Friday, December 31, 2010

2010

Hari ni, hari terakhir dalam tahun 2010. Standard soklan. Apa pencapaian dan kejadian suka dan duka yg dah dikecapi pd tahun ni? Aku??? Mari kita senaraikan ikot bulan, yg mana aku ingat la kan... Yg tak senarai tu, pepaham suda... ;)
  1. Jan - x
  2. Feb - x
  3. Mar - x
  4. Apr - x
  5. May - Wujudnya blog ini. Tq Zie, sbb ajo aku buat blog. :)
  6. Jun - Ke Perhentian membawa diri yg lara... huhuhu...
  7. Jul - Start join Fitness First dan 30 sesi yg sengsara bersama PTku yg poyo & emo but byk membantuku. :)
  8. Aug - x
  9. Sept - x
  10. Oct - x
  11. Nov - 1st - Demam yg teruk ketika exam. But ku gagahi jua. Coz I want to sit my exam. 2nd - Piza dh jd isteri org. Wedding cucu Tok Din & Nek Mon yg pertama. Meriah! Aku jd salah sorang orang kuat. Which is, I'm happy. Penat pun tak terasa. Coz I loike wedding...
  12. Dec - Banyak yg berlaku pd bulan ni. 1st - Aku ke Bandung lagi utk kali ke 4. Seperti biasa, belum balik M'sia lagik, dh cadang nak pi lagik! Ngamok mak aku kalo dia tau ni. Kali ni kalo nak pi lagi kena ajak dia. Sbg sogokan. Hahaha... 2nd - Bos aku naik pangkat & naik gaji :). Tapi aku tak naik apa pun :(. Cuma org nampak aku jg bos beso jer. Agak sadis di situ ye. But this is reality di opihku. Never change. Huhuhu... Kena redha. Yg penting carik rezeki yg halal. 3rd - Result yg sgt tak best but is expected. REDHA... Kesedaran mula wujud dlm diri ini. Dan aku berharap xkan lenyap semangat itu sehingga aku berjaya mencapainya!
Jadi, kesimpulannya idak la byk yg kucapai tahun 2010 ni. Byk yg x tu, mostly pasal somebody. Especially after bln Jun... :) :( Coz before Jun tu, aku tercrash ngan org lain. But, sad ending. Tu yg bwk diri g Perhentian tu... Hahaha... Br aku prasan, aku sangat poyo di situ ye... ;) But, ada aku kesah? I'm human lor...

1 pencapaian dan kisah suka yg boleh dilihat dengan mata kasar yg tlh tercapai tahun ni. Aku berjaya menurunkan berat badan. Yeah! This list mmg ada every year. But this year baru tercapai. But still not achive the target. Have to workout more on this. Ada lagi 8 sesi bersam 3E. Jd harus gunakannya sebaik mungkin next year. Alhamdulillah... :)

Bagi kisah duka pulak. Biarlah ia menjadi pengajaran buat diri ini. Sesungguhnya Allah tidak pernah akan menurunkan sesuatu perkara tanpa sebab. InsyaAllah ada hikmah di sebalik semuanya ini... Apapun aku bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk membetulkan kesilapanku. Alhamdulillah...

So, apa pulak new resolutions for this year? Wah! Sgt banyak sebenarnya. Tapi kita buat yg the most important je dulu ye. Jomm senarai... (harap maklum, senarai ini adalah yg aku sgt inginkan. SGGGTTTT)
  1. Better muslim
  2. Better daughter
  3. Better financial management
  4. 60KG :) :) :) = Better health!
  5. Better CGPA
  6. Married ;)
Tak banyak aku punya resolutions for 2011. But, hebak & mencabar jugak... InsyaAllah, aku akan usahakan supaya suma ini akan tercapai. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.

Selamat tinggal 2010. Semua kenangan akan tersemat indah di dlm hati untuk dijadikan tauladan dan sempadan. Selamat datang 2011. Semoga akan memberikan sinar kebahagian dan kegembiraan buat semua.

See ya! :) :) :)

Wednesday, December 29, 2010

Wasatiah - Part 1

Semalam berlunch-lunch kat luar. Bos coti, jadi panjang langkah skit nak kuar g lunch ni :) Lama sudah tak kluar makan ngan wak. Kitaorg suka kluar ngan dia. Sbbnya dia akan bwk kete. Org 'P' tinggi ni ada reserved furking. Tak macam kami yg takat 'S' ni. Kalo dh dpt furking kat basement, mmg bercinta nak g kluar mana2. Maklum sayang keta. Hehehe... Lagi satu yg paling best dia akan blanja kitaorg makan. Yehaa!!! Jarang kalo kuar ngan wak, duit kat wallet kami akan berkurangan... ;) 

Otw nak ke kedai mkn. Singgah Petronas. Nak jumpa pokcik cimb yg kayo tu. Sambil nunggu nak parking, kuar lah dialog ni. Yang sikit sebanyak memberi iktibar kat aku.

Aku: Anak ko brapa org?
Wak: Anak aku 7
Dia jwb sambil gelak.
Aku: Anak ko yg sekolah la...
Wak: Oooo... ko tak ckp. 5 org.
Aku pandang dia...

Apa yang aku nak crita kat sini. Ialah tentang kesederhanaan. Wak yang aku kenal. Orang yang sempoi. Eventhough dia seorg manager. Tp gaya, cara dia xserupa manager pon. Dia Seorang yg selamba. Anak 7 orang. Wife tidak bekerja. Aku yg nmpk dr luaran ni, salute dgn dia. Mcm mana dia boleh manage. Yg kat dlm tu kita tak bole nampak la. Susah senang hanya dia yang tahu.

Aku yg single mingle ni pon kekadang tak bole nak manage. Especially bab duit. Di akui bahawa saya sangat teruk dalam bab pengurusan kewangan. Huhuhu... tu sebab tak jadi akauntan.

Ok, mari kita kembali ke cerita asal ye. Satu benda yg wak cakap dengan aku masa aku tanya dia macam mana dia bole manage dgn dia seorg shj yg bekerja. Jawapan dia sgt simple. "Ko ada seringgit, belanja la dgn cara ada duit singgit. Jgn pulak ko belanja mcm ko ada duit 10 ringgit". Aku terdiam...

Life is simple. Kita manusia ni yang selalu membuatkannya susah. Jadi, marilah kita berwasatiah dalam kehidupan. InsyaAllah hidup kita akan aman & damai...

See ya!!! :)

Sunday, December 26, 2010

Dentist

Sedang membuat perhitungan samada nak gi ke xmo gi. Kene pi jugak. Lama sudah tak cuci gigi ni. Tak cun dah.

Wargh!!! Saya sgt takot jumpa doktor gigi. Teringat zaman kanak2 dolu2.

Apapun kena ada peneman untuk ke klinik. Saya takut nak g sesorg. Walaupun peneman hanya duduk di luar tidak mengapa. Itu sudah memadai.

See ya!!!

Sunday, December 19, 2010

Hari Ahad

Ari ni just lepak umah. Tak ke gym ari ni. Appoinment cxl. PT aku kata dia mcm nak deman. Apakah? Smlm dia yg mengerjakan aku sampai aku melawat toilet sbyk 2kali. Patut aku yg plat. Siap ckp aku sumpah dia lagik. Yoyo la dia tu... Tp ok gak. Sbb ari ni bdn aku sakit2. Especially from pinggang ke bwh. Nak bgn & duduk pun sakit. Adoi... But aku suka penderitaan ini. I can see the different now. I loike! :)

Pepagi dh ngemas bilik no.2 a.k.a stor penyimpanan barang. Sbb nak menyusun semula beg2 yg di bawa ke bandung last 2 week. Yer... now br nak kemas. Huhuhu... Dlm ngemas jumpa 1 t-shirt from Singapore. Erm... muat ni aku pakai. Sapa punya ek? Tak aku, adik aku la kot. Sapa lg kan? Blasah je la. Aku basuh then aku pkai la wat basahan nanti. Hihihi... Ni kalo adik aku punya pon xmo dia pakai. I know his taste. Maklum org high taste ni. Apa kelas kan???

Then turun bawah, trus dgn semangat nak memasak ari ni. Lama sudah tak masuk dapur, memasak. Sure terkujat kuali aku ni. :) Nak masak apa ek? Apa yg ada yer? Xpa kita masak nasi dulu. Br pikir apa lauknya. Sambil ngemas2 dapur. Tangan trus capai kentang, bwg, cili api. Ok dh ada idea. Today's menu ialah masak air kentang ngan tahu kering & soon, sambal sardin dan telur dadar. Simple je. Masakan org bujang utk tekak sendiri. Kompom 5 kali ngulang ni karang. Abih la aku... Terasa sia2 penyiksaan aku smlm. At 10am, settle masak. Then trus mkn. Konsepnya, masakan ari ni adalah utk bekfas, lunch dan juga dinner. Sonang baitu... :)

Lps mkn kita ngemas cabinet tv lak. Selak2 laci kat kabinet. Tgk2 apa yg patut. Ok, jumpa 2 cd korea cik jir. Kena pulang ni. :) Then jumpa lak aksesori den. Uih! bersepah2. Maklum, lps pakai trus letak je kat laci. Tak return back kat tempat asal. Tu yg merata2. Kutip sumanya dan simpan ke tempat asal kembali. Bukak laci yg keempat. Jumpa lak t-shirt merah, MU, cap nike, made from thailand. Kap kum kap. Erm... actually tis is for somebody yg aku tercrash skjp dulu. :) Souviner from bandung katanya. Last year punya trip. Nampaknya bkn rejeki dia. Mayb rejeki aku kot. :) Apa lagik, trus kluarkan from plastik, then trus sarung kat badan. Sompit skit la. Tang punggung. Atas oke. But, ada aku kisah? Blasah je la. W/pon aku bkn la fanatik MU. But sbb it's a red color. My peberet color gitu. Takkan nak bg kat adik lak? Nanti bukan dia pakai pon. Tgk je la dlm bilik dia tu. Brapa helai bj yg aku belikan utk dia. Bkn dia pkai pun. Bkn taste dia kot. So, my lesson, jgn la belikan apa2 kat dia kalo balik dr bercuti. Beli je mknan. Confirm dia blasah punya. Tak sakit ati aku. Duit aku pun jimat gak. ;)

So kesimpulan ari ni, aku dpt 2 t-shirt dlm umah aku sendiri. Yeha... Ada 2 baju baru! Suka... :)

Now tgh berdoa, supaya dpt mengawal napsu, tidak makan berulang kali dgn jayanya dengan apa yg aku masak td. Owh... thats why aku tak suka masak. Sbb menda ni la...

Atau mungkin perlu ke gym sat lagik. Dpt mengayuh basikal sambil menonton tv selama 30  minit, dan berjalan2 di trademill 20 minit  pun tidak mengapa. Nanti la akan dipertimbangkan...

See ya! ;)

Saturday, December 11, 2010

REDHA

Sesungguhnya redha itu sangat manis. Bila kita redha kita rasa sangat tenang. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Senyummm... :)

Tanggal 10.12.10, result exam kuar. As my expectation after last exam, it's happen. No regret. Coz I know, I can't do it.

So let's try harder for next sem. InsyaAllah if others can, why don't you? Be strong girl!

See ya! :)


Tuesday, November 23, 2010

2KG lagi

Quick update.
Mcm biasa g FF appoinment with 3E. Hajat di hati ari ni kena blasah diri sendiri kaw kaw. Tak payah tunggu dia blasah aku. Ni aku sendiri nak buat utk diri sendiri. Sbb lunch td dh mkn nasi arab, Jd sgt bersalah. :(

Lps abih warming up, dia suh aku timbang berat. Amak!!! Aku berdebo dah ni. Apasal la ari ni pon dia nak timbang berat aku. Masa ari aku melantak nasi arab lak. Adoi. Dgn berat ati, berat ponggong dan berat segala2nya la aku naik kat scale.

OMG.
Naik 2KG.
Wargh!!! Ngan muka sedey & keciwa aku turun dr scale. "Arina berat u naik, butttt... jgn risau. Your fat turun. 5%. Byk tu." Aku wat muka blur kat dia. Sambil pakai stoking dan kasut. "Tak paham ye?" He asked me. "Meh sini I terangkan." Adoi! Time ni la ko nak jd cikgu kan. Jiwa gua tgh kaco ni.

"Blaa... blaa... blaa...... Paham tak?" Soal dia kat aku. "OOO... mcm tu? Ok I paham." Aku sengih mcm kerang busuk.

Now I get it. Stlh diselidiki, diterangkan, akhirnya aku paham. Yer! Berat aku bertambah. Sbb aku tak jg makan. Kalo aku target nak turun berat aku kena buat banyak kardio. Which is mmg aku tak suka nak buat pon. Warming up kat treadmill pon tak pernahnya aku lari. Jalan je pon. Huhuhu... Maklum malas. Mcm mana la nak turun kan? Paham2 sendiri suda...

My fat decrease. Thats y aku punya bj suma dah longgar. Sbb 3E train aku, jdkan suma fat tu sbg muscle. Itu mmg tak dinafikan. Sbb suma menda yg dia suh aku buat. Dia mmg focus nak dptkan shape utk aku. Which is, itu pon permintaan aku kat dia. ;) Jgn la bdn aku jd ketak2 lps ni suda. I tak rela...

So, conclusionnya kalo aku nak weight & fat aku turun sama. Aku kena wat exercise yg seimbang. Supaya dapat kedua2nya. Dan jaga makan.

Owh... Arina plsss... Try hard for food! Not to avoid it! But to choose wat u eat! Go for healthy food!

Apapun setelah pengakuan sy makan nasi td, 3E tak marah sy. :) Hahaha... Dia gelak je. Dia train aku ari ni pon light2 je. Tak la mcm weekend lps. Mcm haram! Huhuhu... Maybe he's on good mood kot today. Aku sukee...

So, balance training and choose healthy food is your target now. Don't play2 ha... ;)

See ya! :) :) :)


Apakah???

Seorang sahabat mengusulkan supaya aku menerai seseorg. Gelak goling2 gak aku dgn usulannya. Huhuhuhu.... Owh! Sahabatku. Terima kasih. Kerna keprihatinanmu. Aku bersyukur ada org yg ambil berat ttg diriku.

But, I'm not ready yet. Now, I'm having difficult time to let go then to accept somebody. Give me time. InsyaAllah, someday, somehow, I will open my heart. It's just about a time.

Nway, thanks again my pren. I'm bless to Allah, bcoz i got u as a pren. I know u want me to hepi.  InsyaAllah, I will! Aku mmg sentiasa hepi wat. Suma yg tak hepi2 tu aku sorok jauh2 supaya org tak nampak. Kalo ko nampak pon, ko buat2 tak nampak sudah la ek... :)

See ya! :) :) :)

Sunday, November 21, 2010

Different

Lama sungguh tak update blog. Nak kata bz, tak juga. But mayb need time to back to normal. Banyak yg nak di update ni. But for tis post aku nak update tis thing. Huhuhu... Aku sgt teruja. Walaupun tidak la berjaya seperti Fish kat The Biggest Loser Asia 2 tu. But at least, there are different. And my suffering berbaloi2...


Lebaran 2008


 
Lebaran 2010
Can see the different. Maap la. Gambo raye je la yg ada. Itu pon pic 2008 & 2010. 2009 xda la pulok. :) Gambo2 yg lain akan diambil lagi. Aku ni kan gila bergambo. Kena beli kamera gak la dpt bonus kali ni. Huhuhu...

Apa pon ramai org dh nampak perubahan ni. Ada yg dh tegur. Aku apa lagik. Sengeh je la. Yg mana rapat ngan aku tu, aku siap melompat. Hahaha... Sgt exited! Gembira tak terkata.

Xpa la Eliff, u nak buat I muntah banyak kali pon I tak kesah (itulah ayat yg dia slalu sebut kat aku bila aku train ngan dia). I redha... Sbb I dh bole pkai bj lama I balik. Especially kemeja yg berbutang2. Yg aku tak suka nak pakai sbb byk masalah yg akn timbul bila aku memakainya. Yehaa!!!

But still kena beli wardrobe baru. Amak!!! Abih duit aku. Dan kena otee bj2 kurung aku. Sbb bila aku pkai, dh mcm pinjam baju org je gayanya. Kain takyah ckp la. Siap berpin2 bagai. Owh... Saya bukan riak. But itulah kenyataan yg harus diterima.

Now, stlh 2 minggu coti berehat. Badan aku sakit2 after training. But xpa. Aku sukaaa... :) Utk diri sendiri gak kan? But aku tak jaga makan sangat la. Sbb aku blasah je. Nasi ari2 aku mkn. Tu yg dr raya aritu lps trun 6kg aku dh tak turun2 lagi. Ni kalo si Eliff tau aku blasah makan nasik mati aku kena blasah kaw2 masa training. Kenot, kenot, dia tak boley tau. Huhuhu...

So kena start posa balik la gamaknya ni. Sbb dgn posa je aku bole kurang makan. Kalo tak mmg hancur. Now aku tgl lagi 12 session. Kena gunakan sepenuhnya utk capai target. Takkan kot nak sambung lagik. Abih la kalo camtu... Feninnn... Sbb ada ura2 nak sambung balik pon.

Apa pon keep up a good work Arina! U can do it. InsyaAllah... Harapnya lps abih session ni berat aku makin berkurang la tidak kembali spt asal. Owh no... Jauhkan la...

See ya!



Thursday, November 11, 2010

Super Duper Sad

Kesihatan tidak lagi pulih. Pelik juga. Kenapa agaknya ye? Ubat sudah abis dimakan. Tp, masih begini juga. Esk kena g klinik. Or mayb hospital. But I still hv 1 paper to sit for tis sem. Anything will happen...

Why I'm super duper sad today? Well, 1 of the reason is my health. Then of coz my paper today. Get feeling that hv to see again Pn Fadilah Puteh next sem. Sad... :( The q is not difficult. Too comment sense. But I can't answer. Why? Don't know.... Damm it!

Pray the best for my health and next paper then.

See ya! :( :( :(

Tuesday, November 9, 2010

Tak Sehat

Demam dtg lagi.. Lately ni aku rs, aku ni mudah beno diserang sakit. Lagi2 lps aku jumpa 3E. Erm... he push me to maximum kot ms training. But hv too la kan? Takkan dia nak wat biasa2 je ngan aku... Tak berbaloi la kan???

But this week mmg sgt truk. Ari sabtu, lps jump2, aku yg ter'jump2' kat dlm toilet. Bole? Muntah. He ask me. Breakfast tak? Aku ckp la aku bekfas. U mkn apa? Donat. Aku ckp. Padahal aku mentekedarah nasi lomak buah bidara. Ohoii... :)  Muka dia dh cuak da... Tau takot. Pandai tak aku berlakon. Tp mmg btl pon aku sgt pancit. Then trus wat rutin yg simple2.

Ahad plak, dia nak jdkn aku minah body builder gamaknya... Bpk besi tu dia suh aku angkat. Siot je... Mmg la aku ckp ngan dia nak kasik kecik aku punya lengan. Then dia blasah, tang tu je... Sampai la ni I got tight muscle. Mcm bengkak pon ada gak lengan aku ni. Xpa la. This week disebabkan nak periksa. Aku amek coti seminggu dr g gym. Dia suh dtg. Aku ckp la xbole. I kalo balik dr jumpa u mesti I akn demam. Nanti dlm exam hall, I blank sp nak tolong? U? Bole dia jwb, ala arina, paling koman pon u repeat. Siot la ko... Itu la benda yg aku tak mahu tau...

Bila sakit2 cam gini, br la rs perlukan seseorg di sisi. Especially smlm. Lps blk dr gym. Bdn panas. Demam trus melanda. Duk umah sesorg. Nak g klinik tak terdaya. Mkn je la obat yg ada bg kurang skit sakit yg ada. Text cik jir. Bkn la nak minta simpati. But nak meluahkan rasa. Huhuhu... Apa2 pun bersyukur dgn adanya kawan2 di sisi.

Lps mkn ubat trus lena smpai pkl 12mlm... Nasib baik aku sedar. But langgar la 2 waktu. Qada' la jwbnya... Sedey la jgk. Aku ni bole dikatakan insan yg sgt berdikari. But sometimes kita akan kalah juga. But I hv to face it la. Ini adalah ketentuanNya. Aku harus Redha. Harapnya sakit ni akan berkurangan. Supaya dpt jwb periksa dgn tenang. InsyaAllah...

See ya! :)

Saturday, October 30, 2010

Week 1st time in my life...

Hari ni tetiba sgt rajin nak meng'update' blog. Hehehe... Nak crita about tis week. Bole?

25.10.2010
Gi keje mcm biasa. Dgn semangat yg hepi mungkin. Sbb esok dh nak start coti. W/pon stress nak exam. Balik lambat. Maklum nak settlekan apa yg patut sblm start coti.

26.10.2010
Dah start cuti. Dr mlm td, tido2 ayam. Bgn, tido, bgn, tido... lama2 pening kapla. Kekonon waktu bgn tu study la... Sgt takot ngan paper ni. Aku xmo repeat. Assessment dia sgt remeh. Jd aku kena wat btl2. Bangun pg lps solat subuh, trus masuk dapor. Perot sgt lapar. Jd masak spageti. Utk 3 in 1 punya konsep. Bekfas, lunch & dinner. Settle masak, makan, nonton tv(sempat tu), pi mandi. Kasik refresh. Then sambung study lagi. Tghari Zie call. Stlh sembang2, kata putus tlh dibuat, aku akn g umah Zie utk study. Itu standard. Sbb Zie cikgu aku. Dia bijak skit dr aku. Hehehe... Jd dia kena la ajo anak murid yg kurang bijak lg malas ni. Ptg tu gerak umah Zie. Sblm kami study, mlm tu kitaorg pekena dulu steak kat bangsar -21 Station-. Terbaekkk... lama dah aku tak mkn kat sini. Huhuhu...

27.10.2010
Bangun pagi. Ikot Zie, g Uniten. Dia ada training. Aku? Tak la ikot dia g training. Aku study kat library Uniten. Sungguh tak ku sangka. Aku study kat library. Pergh!!! 1st time in my life ni... Masa aku amek dip dulu pon aku tak pernah jejak kaki ke library utk study. Saya sgt kagum dgn diri saya ya di situ. Berada di library Uniten, br aku dpt feel seorg student. W/pon mrk muda2 belaka. Aku terasa aku spt mereka juga. Dr segi usia. Hahaha... Tp, otak org dh berusia ni, takleh nak masuk input byk2. 5jam je dh buat otak aku jam. Nak muntah rsnya aku ngadap buku. Lagi2 buku akta ijo ni. Aku dh tak tentu arah. Nasib aku bwk laptop ngan broadband. Bole online. Bukak FB & YM. Tak best pon... Akhirnya aku pon bukak email opis. Huhuhu... Semangat keje tu masih menebal dlm diri aku ye. Siap bc suma email. Bls email je tak. Gila, tak pasal2 next time aku coti pon aku kena tgk email. Ishhh... tak kosa den. Ni pon sbb aku buntu & bosan je... Lps solat zohor aku lepak kat surau. xsampai 30minit Zie dtg. Ajak balik. Ler... Ko mmg slamba la jirrah! ;) Then kitaorg balik. Singgah sat kat gerai2 yg kat dpn Uniten. Sampai umah, aku mintak ngan Zie, nak tido jap. Zie approve. :)
Huhuhu... Aku ngan tido mmg tidak dpt dipisahkan. Lps tu sambung study balik. Rs mcm tak cukup masa je. Padan la muka. Sapa yg suh ko tak start dr awal lg. Skrg br kelam kabut kan? Tp, aku mmg takleh study awal2. Sbb cpt lupa.

28.10.2010
Ari yg dinantikan dah tiba. Inilah harinya untuk memuntahkan kembali apa yang aku dah pelajari. Bgn pg awal. Pkl 6.30 dh bgn. Nak kena gerak awal. Sblm ke Dewan Raja Muda, Ke KFC dulu utk bekfas. Kelass tak kitaorg? Study skit2 sambil mkn. Perasaan aku ketika itu? Takmo g periksa. Sbb sgt tak kondipen. Nak nanges rsnya. But have to face it! 3jam masa utk kami berjuang di dewan ini. Aku? ada yg bole jwb. Ada yg tak. Standard la. Arina kan? Bole tak, 10 minit b4 12. Alarm tepon aku berbunyi. Damm! Aku dh off hp. Apsal lak bbunyi. Adoi... Kelam kabut aku matikan hp. Br teringat yg mmg aku ada on alarm kul 12. But mlm td. Sbb nak bgn study balik. Ya ampun salah time rupanya. 12pm ari khamis aku buat rupanya. Bukan 12am ari khamis. Astaga Arina! 1st time in my life alarm hp aku berbunyi dlm dewan peperiksaan. Malu siot... But, kena control. Aku angkat tangan. Mintak kebenaran nak matikan alarm. Kang bunyi lagi, aku gak yg malu. Malu takpa, kalo dihalau? tak ke parah. Nak tau apa diaolg invigilator ---> 'yess, u can off the alarm. nanti org ingat akn ada letupan bom pulak di sini'. sambil gelak2 ngan aku. Apakah? ooo... i know u cuba menenagkan ati & prasaan i waktu ni kan? Tq. 

Tamat sudah perjuangan kami. Kluar dr dewan dgn berbagai2 perasaan. Zie, sampai tak lalu mkn. Aku? Standard. Mkn tetap mkn. Stress ke tak stress, ttp maintain. Sms my PT nak wat appoinment ngan dia ptg ni. Ye la, baik g gym. Bole lpskan tension kat sana. Tp, punya lambat dia reply sms aku. Sampai aku pon wat plan tgk wyg ngan Zie, lps dia abis training nanti. Zie, anto aku ke umah. Si E ni br la reply sms aku. Tanya nak mai pkl bp. Aku pon jwb, 'sori, u lmbt reply. Jd i dh wat appoinment ngan my pren. Esk la i dtg. U free pkl brapa?' Uhhh... tidak berjawab. Gitulah perangai dia. Mls wa nak layan.

Around 6pm, g Spark tgk movie. Crita yg dipilih ialah The Perfect Wedding. Sapa yg ada scandal. Nak dating, leh la dtg sini. Tak ramai org. Yg ado pon cino. Jd, ko mmg takkan terkantoi. Huhuhu. Tiba masa nak menonton, kami berdua je yg ada dlm panggung ni. Fuh!!! 1st time in my life lg, aku tgk wayang, bayo 20hengget. Kitaorg berdua je ada. Eksklusif nie... Ko ada??? Hahaha... Panggung ini aku yg punya! ;) Ni kalo wat wayang pon bole kat sini. Komen about tis film. Best! Aku enjoy the movie. Pelakon dia mmg pandai berlakon. Berjaya menjiwai watak. Tidak fake oke. Aku dpt rasa, secara trus menerus ke hati dan jiwa. Dan spt biasa, ada mesej yg aku dpt dr filem ini. Huhuhu... Zie, aku tau ko dh nyampah dengo ayat aku ni kan???

Lps tgk movie, Lapo la plak. G la mkn kat Ceruk. Dpt mknan, memasing senyap ye. Nampak no lapanya. Sambil makan. Tgk ulik mayang. Ye skrg saya pon dh tergolong di dalam penonton setia drama ini. Settle suma. Balik anto Zie. Amik brg2 aku. Aku pon chaw. Rindunya kat katilll... Sblm tido, smpt bersms ngan pakcik. Dia ada bg sms pg td. Wish me luck for the exam. Tp sengaja aku tak balas. Mlm br teringat nak balas. Then lelap ngan lena... :)

29.10.2010
Semangat ari ni nak g keje. Maklum dh 3 ari tak masok opih. Ekeleh... br 3 hr. Kecohkan aku ni? Ataupon sbb ari ni bakal berjumpa ngan pakcik? Huhuhu... Nak meng'pass' cd Maher Zain yg aku belikan utk dia actually. Dh 2 minggu aku simpan. Tak terbagi2. Mmg jodoh kami ni agak payah la. Nak jumpa pon susah. Standard bila masuk opis slps bercoti mmg sgt bz. Ya ampun... Stress aku yer... Takpa, utk cari rezeki yg halal. Ku redah jua. Around 2pm, got sms from him. Told me that plan has been changed. Ermm... suka ati ko la nak oii. Wa takda hal. Sbb wa, ari2 dh dengo cd abg maher ni. Huhuhu... Dlm ati, tuhan saja yg tau :(

Didn't reply his sms. Mls. Tepon Zie, ajk g Mines. Sbb Ms. Read ada wat sale. Apa lagi on saja. Kekonon tepat pkl 5 nak chaw dah. But biasa la byk no halnya. Jd lmbt 20 minit kluar dr opis. Trus ke mines. Hoyee... Nak soping. Ilangkan stress. Meet up her at mines, trus g Ms. Read. Pergh! mmg harga dia turun abis2an. Bj yg aku pernah beli, yg berharga 200+ now is 69.90. Nak nanges mak. But takda yg berkenan. Maybe sbb takleh nak fitting kot. Pakai sarong je. Tak best dan puas ati la. Jdnya kami pon pi la ke Nichi. Damm it! byknya bj2 yg menariks. Jd minah 2 org ni pon, capai apa2 yg berkenan di hati dan masuk fitting room. I loike soping! Dlm hepi2 menerai bj PT aku sms. Ask me wat time i will come. Hape?? aku tgh hepi kat  sini, ko g tanya aku nak dtg pkl bape. Smlm aku sms tanya. ko tak jwb. Aku, bila ko tak jwb, konsepnya ko tak bole la. Thats why aku wat another plan. Ishhh mamat ni... Aku pon reply. 'Sori I can't. Esk i will. Wat time u can?' He replied, 'esk i g bank nak amek gran'. Dlm ati aku, suka ati la labu. Sambil mengreply sms dia. 'Ok. Kalo gitu ahad je la. Wat time u bole?' Guess wat? Dia tak reply sms aku. Serabut aku ngan mamat ni. Jd abaikan. Let's continue our hapiness.

Lps dh grab sorang 1 bj kat nichi, lapo la pulak. G la delifrance. Aku amek lasagna. Zie amek kopi je. Lepak2 and boraks2. Shireen dtg join kitaorg. Jd meriah la ngan gelak tawa kiatorg. Sambil2 tu aku bersms ngan pakcik. Dia tanya aku kat mana. Aku ckp kat mines. Then aku tanya dia katne? Dia jwb dia kat putrajaya, lps nie nak g puchong. Motif??? nak ajak aku kluar ka? atau aku yg perasan? Huhuhu... tp, don't letak hrpn setinggi gunung ye. Wat relaks je. Around 9 lebey kitaorg balik.

Got sms from him. 'I otw p puchong bdr puteri'. So wat bro? Ko nak apa? Ermmm. Cik Arina yg lembut ati dan takda hal ni pon jwb la sms. 'Ooo... ye ker? i pon otw nak balik umah. Nak jumpa tak?' Daring tak I? dah mamat ni lembab sgt. Ishhh... aku takleh la. Tp yg ni gak yg aku nak sgt. Adoiii... From Mines smpai dh smpai tol dia tak reply sms aku. Jd I decide to go home je la. Dlm ati, sgt geram. Sampai umah, mandi. Bgn fresh bdn. On laptop. On ym, luahkan rasa kat Zie. Dlm ms tu la br dpt sms from him. 'U katne?' Aku geleng kapla 50 kali. Lembabnya ko ni... Aku jawab. 'I kat umah. Dah atas katil nak tido pon...' He replied, 'sorry, i lmbt reply. I dr td still ada kat sini. Ada org call. Tu yg tak prsan ur sms.' Takpa mmg kita takda jodoh kot... Jdnya Maher Zain masih lagi bersama saya. Tak tau la bila akan bertukar hak milik.  

Yerrr... Sy tau. Sungguh panjang entry ini. Tp, sgt sgt suka utk mencoretkannya di dlm blog sy. Motifff???

See ya! :) :) :)

Ke Jalan TAR

Weekend dtg lagi... Apa yg aku akan lakukan yer????

Jeng... Jeng... Jeng... Aku kena jd driver mak ngan abah hari ni. Mak ajak g Jalan TAR... Ermm... mak aku mmg suka ngan Jalan TAR. Aku ikut jer... Niat di hati nak jd anak yg berbakti pada mak ngan abah ;)

Around kul 9 lebey, br gerak. smpai KL dh dkt kul 11. Jammed ko... Lupa yg next week dh deepavali. Jd kaum india ramai la nak bersoping. Yg kitaorg ni sama nak bersoping apa hal? Huhuhu... Rasa mcm kat bombay je td. Tp, best gak tgk gelagat org soping raya ni. Itulah uniknya Malaysia...

Dpt la ngepau mak 2 pasang kain. Senin ni nak anto kat Zairul. Utk wedding Piza ujung bln dpn. Yeahhh... akhirnya dpt gak bj. W/pon tak mengikot tema sgt. Takpa... Asalkan bj baru.. I loike... Tima kasih mak... ;)

Sgt penat la ari ni. Sbb ngadap jln jammed. Apapun wa tabik sama mak wa. W/pon selama ni, dia duk je kat sblh abah. Tak pernah bwk keta. Tp, dia tau, jln2 nak ke KL. Ari ni aku belajo 2 jln. Along respect la kat mak!

See ya! :)


Sunday, October 24, 2010

Bubur nasi + sup ayam

Tido tak bape lena. Maklum bdn tak bape sehat. Pg td je 4 kali terjaga. Pkl 5am, solat isyak. Perangai agak truk la aku ni. Lately ni sokmo solat isyak lambat. Isyy... camne nie??? Then tido. Pkl 6.30am solat subuh lak. Then tido balik. Around 8am terbangun, Teringat kat mak. Kata nak dtg ari ni. Trus capai tepon. Call mak. Ermm... tgh rewang lak. Suh aku tepon esk. Apakah??? ptg ni tak leh ker? Hahaha... mak aku gabra, jwb tepon dikhalayak ramai... Tido balik lps end the call. Pukul 10 lebey br terbangun. Trus teringin nak mkn bubur nasi ngan sup ayam yg mcm Zie masak utk adik dia hr tu. Lama gak aku tak masak bubur ngan sup ni. Apa lg, trus bgn. Trun bawah.

Sblm turun tu, jenguk bilik adik aku dulu. Ermm... xda. Keje la tu. OT. Maklum, org nak beli keta. Semangat tgh berkobar2 la tu...

Sampai bwh bukak pintu, langsir, bg cahaya masuk umah skit. Malap je umah nie... Jenguk luar ujan. La, ujan ka. Patut la aku syok je tido. Huhuhu...

Jenguk fridge, kuarkan bahan2 nak wat sup ayam. Lama gak ayam ni tersimpan dlm fridge. Tak termasak2. Br perasan yg stok bahan mentah byk dlm fridge ni. Isy... Malas sungguh aku nak memasak skrg nie. Then masak bubur. Tamak tak tamak aku nie, pi basuh beras sbyk 1 pot. Lupa yg bubur bila dimasak jd banyak. Hambek ko, byknye... Takpa, adik ada.

Siap suma, mkn la bubur ngan sup ayam yg dimasak. Tawo habiak. Nampak no, msk utk org sakit ni. Takpa la. Janji ada menda yg bole alas perot. Kasi bdn sehat skit. Lps mkn, sangap. Huhuhu... Takleh jd ni. Naik atas. Mandi, solat zohor. Baru fresh balik.

La nie, bercinta nak bukak notes law... Wargh... sgt xda mood. Cpt la dtg wahai mood. Target for A Arina for this paper. Don't target for C. Erkkk.. Itu nasihat Kak Haila mlm td. Mampukah aku? InsyaAllah... Mudah2an.

So, lets go babe! Start now!

See ya! :)



Saturday, October 23, 2010

Before final - Part 1

Badan nak demam. Bkn sbb study kuat sgt. But keje keras kat gym 2 ari berturut2. PT aku kalo bad mood, mmg aku jd mangsa. Dia blasah aku abis2an... Apa nak wat, dpt PT yg beremosi... redha je la... tp sesekali aku kena warn gak mamat nie. Nasehat akak utk adeknya... bole??? hihihi...

Tgh berkira2 samada esk nak on training ke tidak. Tak leh jd nie. Den nak exam next week. Org kata, skrg tahap kritikal. Hv to decide by tonight. Jd can inform him. But, I nak achieve my target. Syg nak cxl... Camne ek??? Alahai...

Dlm bz nak exam tu, sempat gak tgk movie ngan rohani. Tgk cite 'Life Is We Know It'. Lakonan Katherine Heigl & Josh Duhamel. Layan la crita ni. Sbb takyah nak pikir sgt. Crita simple but hv a msg.

Okela... tak larat rsnya. kapla suda pusing. To be continued.

See ya...

p/s: br sms incik pt, utk cxl training esk. btmbh bengang la dia ngan aku.... hihihi...

Wednesday, October 13, 2010

Last Week

Hati dan perasaan tak tenteram sejak akhir2 ini. Macam-macam yg berlaku. But, life must go on... Perasaan yg paling teruk adalah last week.

on 6 Oct tu, belah pagi, as usual call mak @ Wak Jimah. Biasa le. Every week mesti call. Tanya kabo. Suddenly tgh crita2 dia mintak 1 of my member punya no. Ish pelik la pulok. Tak pernah2 pon. Then aku pun tanya la nak wat pe? She answer me "adalah". Me, tak puas ati. Korek selagi bole. Then, dia nak suh aku kawen ngan member aku ni. Apakah? Why? With him? Now look my parents yg desperate.

Ya Allah... Berikan kekuatan pada hambaMu ini. Inilah perkara yg selama ini aku takuti dan aku takmo pikir sgt. Now, its happen. Aku bole rilex and cool kalo ada org tanya pasal menda ni. But when its come from my parents... Owh... saya sgt tertekan. Sgtt... And now looks like saya ni sgt tak laku. My parents plak yg terhengeh2 nak suh aku kawen ngan mamat ni. Beria-ria ni. Tak paham aku. The arguments happen here. Aku jadi anak yg derhaka skjp masa tu. Ye aku berdosa sgt. Maklum, ko takmo kan. Cuba ngan org yg ko nak. Tanpa byk ckp, onnn jer... :)

But then, I need to told her the truth. Everything. About me, 'pakcik', and him. Then, after that she cool down. Me too :). In this case I have to be rational and honest. They are my parents. I have to respect them. Bak kata org 'tarik rambut dlm tepung, jgn sampai tepung berterabur'. Is it true eh? Ah! belasah. Nanti aku check ngan Karam Singh Walia.

Mak, Abah, along tau umur Along dah meningkat. But please... please... please... Jodoh dan maut semuanya ketentuanNya. Ada jodoh nanti InsyaAllah ada la tu. Kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukannya. Usaha dah dilakukan, skrg ni kita serahkan padaNya... InsyaAllah akan sampai jua saat dan detik itu 1 hari nanti. Along tahu Mak ngan Abah risau. Nak pikir lagi orang keliling punya kata2. Ye mungkin Along tak berada di situasi Mak ngan Abah. Tp, kita jgn pikirkan sgt kata2 org keliling. Sbb menda ni takkan abis. People always talking and they never stop. That's life! Apa2 pun, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Mak ngan Abah terus berdoa untuk anakmu ye...

Lps dah nangis2, sedih, sedu sedan. Masuk toilet. Ye la, kang bos nampak mata merah, menangis, dia banyak tanya plak. Tak ke aku meraung plak dpn dia. Maklum, jiwa tgh kaco.

Dah stabil skit, pi turun bwh plak. Nak bg some doc to my insurance agent. Then aku kembali senyum... :) Sampai telinga ko... Apapun alhamdulillah. Syukurrr... Naik atas pon, aku still senyum... Bila dpt call, lg la nak wat lompat bintang rasanya. Hihihihi...

Petang tu, balik dr opis g raya umah Kam. Hahaha.. raya dh nak abih pon. Kat umah Kam, di jamu ngan nasik impit, kuah kacang, rendang ayam. Pergh!!! Ptg ni nak g FF. Macam mana ni??? Belasah... Rezeki jgn ditolak...

Dr Bangi ke Puchong. Sampai tepat pada masanya. Tp, still lambat gak. Sbb tak tukar bj lg. Mcm biasa PT aku ni membebel gak ngan aku. Aku plak melawan. Confirm mamat ni bengang ngan aku. Ishh... kuat melawan budak ni. Apapon sy tlh meng'hepi'kan dia. Bcoz, within 2 month train with him, I manage to reduce my weight, 6kg. Wah!!! Suker... Giler tak suka. Penat lelah, derita, kepayahan masa aku train terus aku lupakan. Dia siap tunjuk kat consultant aku, bos dia, kwn2 dia, yg dia dh berjaya. Poyo kan mamat ni??? Takpa, tu kerja dia...

Abih from training got sms from Abe ngan 'pakcik'. Ajk gi karok kat tgkt 3. Perasaan masa tu, nak ke tak nak. Ish... susah nak decide. SMS Zie, tanya pendapat, tak berbls. Then lps selesai mandi, jwb la sms Abe. 'Oke. Sat lg aku naik'. Betulkah keputusan aku ni? But this is my choice. Nak release. Persoalannya, release ka? Hahaha... Aku punya rasa dlm 1 hari tu, mcm2 ada. Sedih, suka, confius, complicated... Mcm2 la... but thats life babe! It's colourful!!!

To be continued...

See ya...

Tuesday, October 5, 2010

Doaku untukmu...

Hati risau memikirkan seseorang. Malam tido tak lena. Terkadang macam termimpikannya. Sangat tak selesa. Sebab, setelah mencuba berulangkali nak buang semua perasaan ni, pasti akan gagal. Dah tak terkira & terbilang kegagalan aku untuk membuangnya. Persoalannya, adakah dia begitu?

Almost 5 years terkurung dlm situasi ini, agaknya bila akan berakhir semua ni??? Penat, letih, sedih semuanya dah tak tau nak didescribekan. YaAllah bantulah hambaMu ini. Semoga aku terus tabah untuk menghadapinya. Kuatkan imanku dan tabahkanlah hatiku dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Sesungguhnya aku redha YaAllah. 

YaAllah kau berilah jua dia kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Berilah petunjuk dan hidayahMu kepadaNya, agar dia dapat menjadi manusia yang lebih baik dari semalam. Semoga jalan yang dipilihnya tidak tersasar jauh dari rahmat dan keberkatanMu. Dan semoga dia tabah dan sabar menghadapi ujian dariMu.
 Amin...


Wednesday, September 22, 2010

Macam-macam ada...

Kadang-kadang kita cepat lupa apa yang telah terjadi pada diri kita suatu ketika dahulu. Hari ini kita menangis sedih dan sebak. Esok kita bergelak ketawa gembira. Lepas itu semuanya kita lupa. Bila perkara itu berulang kembali, barulah kita teringat. Itulah lumrah kehidupan.

Semoga aku akan sentiasa muhasabah diri. Kerana sesungguhnya aku manusia yang tak lepas dari kesilapan. Tidak sempurna. Semoga manusia-manusia yang berada disekelilingku tidak terasa hati, dengan perbuatan dan kesalahan yang terkadang aku sendiri perasan dan tidak perasan. Dan semoga aku terus berpegang teguh dengan apa yang aku pegang selama ini. "Biar orang 'buat' kita takpa. Tapi kita jangan 'buat' orang". Siapalah kita untuk menghakimi orang lain. Orang kata, roda tu berpusing, tak selamanya kita akan berada di atas. Suatu hari nanti, kita akan berada di bawah jua. Sebab sekarang ni kita dapat balasan 'cash' terus. Tak payah tunggu pada hari kita ditimbang tara nanti.

Wah! Sangat feeling aku ari ni yer... Meluahkan rasa di hati gitu. Apa2pon harapan setinggi gunung aku ari ni nak balik cpt, hancur punah ye. Maklum bos nak pi outstation. Byk menda yg nak kena settle. Nasib takda class ari ni. Kalo tak, pecah rekod aku, 3 ari berturut2 tuang kelas. Dapat la mengupdate blog yg dh lama di tinggalkan ni, sementara tunggu bos balik dr meeting.

Mcm biasa hari ni ada appoinment ngan boipren garang & poyo. Tak sabo rsnya nak jumpa dia. Bukan sbb dah rindu kat dia. Tp sbb minggu ni, aku mkn mcm org yg dah berbln2 tak jumpa mknan. Confirm berat aku dh naik balik. Warghhh!!! sesia usaha aku. Ahad lps, ms buat mkn2 kat umah, melantak bole tahan. Sbb suma mknan adalah peberet aku. Semalam plak masa jamuan raya opih, bagai nak rak juga aku belasah. Dan hari ni, mlm td dah pasang niat nak pose 6, tetiba pkl 9 lebey, aku nampak yong tau fu yang melambak kat pantry, aku trus bukak pose. Breakfast & lunch adalah menu yg sama. Bole??? Adoyai... sengal la aku ni... Iman tak kuat. Tp, mmg aku teringin sangat nak makan. Sbb mlm td, aku tak dpt mkn. Kawan aku ckp, kalo teringin nak mkn, baik kita mkn. Tu yg aku buka pose tu... Hehehe...

Apapun mlm ni, kalo berat bdn aku ni nak training, aku dah tau la sbb apa... So redha je la dengan apa yg bakal berlaku kat aku... Eleh! mcm aku tak biasa. Rileks la... aku kan kental. Hahaha...

Okey ler... Kita sambung esok yer. Bos dah balik...

See ya! :)

Thursday, September 9, 2010

Esok Kita Raya

Masa berlalu begitu pantas... Esok dah nak raya. Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadhan. Adakah tahun dpn aku akan bertemu lg dgn Ramadhan? InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki dptlah kita bertemu lagi. Harapnya tahun depan perkara-perkara yang aku terlepas dan tak dpt buat pd Ramadhan kali ini, dpt aku buat tahun depan. InsyaAllah...

Banyak perkara yang berlaku pada Ramadhan kali ni. Alhamdulillah sumanya benda2 yg menggembirakan. Yg tak best tu kita hapuskan trus dlm ingatan. Jgn dikenang.

Mood raya mmg dah sampai tahap maksimum ni. Start dr aku balik kg last week lg. Rasa dah takmo keje minggu ni. Tp, disebabkan masih ada perkara2 yg perlu dilunaskan, tak bole la nak buat gitu. Walaupun badan di tempat kerja dan kelas, fikiran mmg dah kat kg jer... tak sabo rasanya nak balik kg. Maklum this year suma org balik umah nenek. Saya sgt suka tahun ini... Yeay... bole buat sesi bergambar sampai pengsan... Letih la sepupu sepapat aku nak melayan kerenah aku ni...

Perkara yg agak menggembirakan aku jgk utk Ramadhan thn ni ialah berat bdn aku berjaya turun... Alhamdulillah.... Berkat usaha gigih aku, akhirnya aku nmpk resultnya. Dan ramai gak yg dah tgur aku. Tp, aku tak puas ati selagi bos aku tak tegur aku. Ye la, sbb dia org yg nmpk aku tiap2 ari. Jd aku sdg menanti... :) Oleh itu raya ni, aku kena berwaspada skit. Mkn kena control. Tak bole ikut suka jer... Semoga aku berjaya control napsu aku...

Oke la, wa nak chaw dulu. Ari ni bole balik 3.30pm. Jd la...

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan Batin...

See ya... :) :) :)




Thursday, August 19, 2010

Penderaan Ramadhan

Best tak tajuk kat atas? Hehehe... bikin gempak je ;)

Tp realitinya mmg mlm td aku kena dera. Sampai nak muntah. Tgl lg tak muntah je dpn PT aku. Stlh dkt 2minggu tak ketemu mmg dia balas dendam dgn aku. Siap dia gelak2 & rasa nak buat lompat bintang gamaknya. Sbb berjaya buat aku muntah. Mamat ni sengal2 skit. Tp ok la, bole buat aku gelak2. Xla la 24hrs serius. Tp, kena terima la. Sbb dia menjalankan tugas dia. Xla dia mkn gaji buta kan... ;)

Dan yg bestnya ari ni bdn aku tak la sakit2 mcm 1st week aku traning. Alhamdulillah. Cuma kat lutut ni je rs ketaq skit. Tp xla seteruk ari tu. Hari2 bgn tido, bdn aku rs mcm baru kena blasah ngan 10 org je. Might be sbb dh jd rutin. Bdn aku dh bole adjust. Dah xterkujut lg daa...

Dan yg tak bestnya aku bole blasah sepinggan spegeti yg aku msk smlm pd pkl 11pm. Apakah? Tak berbaloi btl aku workout smpai nak muntah mlm td. Ngapa la aku ni tak berubah2 ye? Tak insap2 pulok tu. Dah abih mkn br rs menyesal... :(

Tp kan yg paling best kan aku tanya 2 soklan kat dia (actually byk je benda aku tanya kat dia. tp 2 ni je yg penting bg aku. yg lain2 tu, ala2 warming up je). Hahaha...
Aku: I ada soklan. Nak tanya bole?
PT: Apa dia?
Aku: Kita punya training ni smpai bln bape ek?
PT: Apsal u dah xlrt ke? Ni br skit je. Lps ada byk lg yg akn bg kat u. sampai menangis la u nanti.
(Dlm ati, mmg aku dah tak larat dol. Suka suki je nak buat aku nangis. Mak kental hoke. Ikutkan aku dh nak surrender ni. Aku ni ngan masa xcukup, penat... dah terkangkang kiap aku dibuatnya. adoiii... tp bila pikir my health. aku nekad aku kena teruskan. mesti!!!)
Aku: La soklan je. salah ke? (aku mmg suka carik gado ngan mamat ni... hehehe...)
PT: Tak salah. Ntah la. tgk u la. Ni lagik nak musim2 raya. sure la u asik tak leh g training je. sibuk ngan ketupat la, lemang la. (dia gelak).
Terasa mak noks. Masa ni jelingan mata ku mmg tak henggat la.
PT: Jgn risau. Dlm nov nanti abih la.
Aku: Mak aii lama lagik. (sambil buat muka)

Aku trus blah utk minum air, tanpa tgk reaksi muka dia. Pergh!!! 3 bln lagik. Lamanya... Aku dah xlarat..... Xpa Arina, redha ye. ini adalah pilihan anda. InsyaAllah pulangannya nanti lumayann...

Okela. Sambung esk. Utk soklan ke-2 tu. Nak g class ni.

See ya... :)

Thursday, July 29, 2010

Sapa kata???

Kalo ati tak kuat nak hadapi suma ni, nak je rasanya tinggalkan sumanya.
Tp, tanggungjawab aku sangat banyak dan berat. Kena fikir panjang untuk tinggalkan suma ni.

Jadi... kena selesaikan apa yang telah dimulakan sampai ke penghujungnya...
Harapnya aku diberikan kekuatan olehNya untuk menghadapi suma ni dengan tabah dan sabar.

Sapa kata keje seketeri tak mencabar? Bagi aku sometimes la. And depends with the situation. Lagi2 time mcm ari ni. Stress seh!

Apapun bos aku ttp terbaek. Itu mmg tidak dpt disangkal. Sangat bersyukur dpt bos yg mcm ni. Yang tak best tu aku akn trus je delete from my memory. Tak elok simpan lelama. 

Lambat dtg class dah biasa. Ponteng class? Pepaham sendirik la ek. Apapun, I'm happy with my life now. Eventhough penat, stress, nak terkangkang, etc. But this is my choice. So, just carry on with flying colors. Perhaps. :)

See ya...


Monday, July 26, 2010

Is it true??? Yess! It's true!

Sampai malam td aku still tak percaya yg aku dah join FF. Pergh!!! itu adalah benda yg aku tak pernah terpikir nak buat selama ini. Tp, pada 24 July 2010 aku dgn rasminya jdk member. 25 July 2010 pulok aku dah start training.

Actually ada sbb musabab gak aku join FF ni. Yg pasti bukan sbb org lain. Tp sbb utama adalah utk diri sendiri. Yo la... dolu2 ada 'orang' suh aku loss my weight. Masa aku belajar dan masa aku keje skrg ni. Baru 'mereka' consider nak accept aku. But, itu tak buat aku tercabar. Ada aku kesah. Coz, kalo ko btl nak kat org tu, ko kena accept diri org tu seadanya. Sbb kat donia ni sumanya sementara je.

Tp sejak last week, lps aku call mak, terbuka pintu hatiku. Sbbnya abah baru g wat check-up, dan didapati dah ada darah tinggi dan kencing manis. Ya Allah... Sgt ngeri bila aku dpt berita ni. Before ni mak je yg ada penyakit2 ni. Skrg ni, abah pun ada gak. Abah adalah seorg insan yg tak ada apa2 penyakit selama ini. Accept for batu karang. Tu yg buat aku terkedu seketika. So, posibility aku nak dpt penyakit ni adalah sgt tinggi. Apatah lagi dgn berat aku skrg ni. Org kata, confirm dpt jugak la.

Jadinya inilah sbb utama aku g FF. Supaya aku sedar diri skit. Bak kata Zie, duit yg aku g soping tiap2 bulan tu, baik aku invest utk kesihatan diri aku. Supaya aku sehat. Yg lain2 tu kiranya plus utk aku la.


FF
Aku wat appoinment ngan PT pkl 5. Mmg nak memulakan sesuatu yg baru tu agak payah ye. Bila dah ada kat umah ni, malas sgt nak pi mana2. Tu yg pg tu pun aku cancel nak g tgk futsal kat sunway. Sbb umah aku pon dah mcm tongkang pocah ghupenya. So kesimpulannya aku ngemas rumah la aktiviti aku pg tu.

Nak g IOI Mall tu mcm nak g ke KL gamaknya. Padahal tak sampai 15 minit pon. Jd dgn ujan yg agak lebat, aku redah je ke IOI. Kena semangat ni. Duit dah dilaburkan. Jd kena pi jgk. Ni kalo g yg kat opis, mau aku tarik selimut tido balik. Tak kosa aku nak pi. Hehehe... Ini pon salah satu sbb aku join FF ni. Supaya aku berdisiplin.

Agak terkejut bila PT aku terangkan pasal BMI aku. 50%+ kandungan isi bdn aku adalah fat. Tulang, organ dalaman & kulit cuma 40% je. Hambek ko. MasyaAllah... ni lagi buat aku insap. Sgt... 

For first class, aku kena buat 10+ menda. Kalo tak silap aku la. 6 aktiviti yg aku buat dari 10+ tu dia amek markah aku. Totalnya adalah 24. Time ni aku gelak je. "aik, siap nak amek markah ka?" "ye la kita nak tau u punya strength, weak blablabla...." Ermm... oke, aku rehda. Nak tau result dia bape. Ish... Ish... Ish... mamat ni mesti kena keja keras la nak 'mengajo' aku lps ni. Aku cuma dapat 7 markah dari 24 je. So, sy sgt weak ye.

BTW, ye... PT saya adalah seorg lelaki. Aku rasa PT-PT pompuan/lelaki kat sana pelik gak tgk aku. Yola. Aku ni pompuan, bertudung plak tu, tp amk PT lelaki. Nampak kat muka memasing tanda ?????. PT aku pon siap tanya "U mmg request PT lelaki ye?" "I tak kesah. Mana2 pon oke je." Mmg masa Vitri si consultant, masa sesi consult-mengconsult ari tu ada tanya kat aku. " U ada special request tak on PT?" Aku jawab menda yg sama cuma ada tambahan "I tak kesah. Mana2 pon oke je. Tp I takmo yg garang ye". Boleee??? Hehehe... Then trus dia jwb "If like that I will give u yg garang. Supaya u more berdisiplin & serius". Nehiiii... Amek ko. Mmg dpt yg garang pon. But I must think +ve.

So kesimpulannya hari ni, badan aku sgt sakit. Rasa mcm baru kena pkl ngan segerombolan org je. Especially on my leg. Kiri dan kanan. Ye la. Sabtu aku tibai main bowling, stlh setahun lebih tak turun gelanggang. Smlm plak pi FF. Di mana banyak guna tgn. Pumping 1minit aku hanya mampu buat 7 je. Itupon stlh PT aku tolak sbb aku main tipu. Hehehe...

Semoga, aktiviti baru aku ni akan merubah kehidupan aku, especially on my health. Lebih baik mencegah dari merawat. Eh, betul ka, kata2 aku ni? Belasah je la labu...

See ya... :)


Wednesday, July 14, 2010

Student Life Begin!

Hari ni xda class. Yeeha! Lega rasanya. Penatnya... setiap hari ada class.Tapi aku harus gagah dan kuatkan diri utk teruskan perjuangan ini...

This sem amek 4 subjek. Start this sem kena amek 4 subjek every sem, sampai aku grad. Padan muka aku. Masa awal2 dulu, banyak beno berehat. Takmo amek byk2. Ni la org kata bersenang2 dahulu, bersusah2 kemdian. Now u give, u get back la. Hehehehe....


Apa2 pun, InsyaAllah, aku mesti grad. Moga Allah permudahkan segalanya. Harapnya aku akn kuat mengharungi semua ni... Chaiyok! Chaiyok!

So far, dah masuk 2 class ni rasanya semakin lama kita belajar, bertambah tough papernya.

Paling gerun paper law. Wargh!!! Walaupun dolu2 saya mmg ada cita2 nak jdk lawyer, tp mmg sy tak bole blah ngan paper law. Naseb la aku tak truskan hajat aku nak amek law dolu. Kalo tak, dah tentu aku akan kantoi ditengah jalan. Ada hikmah ghupanya... :)

Nampaknya betul kata cik lecturer, start from now kena makan kismis for my memory. Tetiba aku terpandang Sun-Maid Raisins yg ada atas meja aku ni. Tak agak2 yg beso plak aku beli. Berkurun aku beli menda ni. Tak smpai setengah pun luak. Persoalannya, bole makan lagik ke? Tu blm kira lagi yg aku dah pernah beli yg dlm packing kecik2 tu. Kekonon nak buat mkn mcm jajan. Tapi nan ado. Di mana akhirnya tong sampah lah riwayatnya... Hampeh betul aku ni. Semangatnya bukan main. Tapi hangat2 taik ayam. Daa... It's me!

For HRM paper, lecturer sgt bersemangat. Saya sgt kagum. Aku dah layu2 duk mengadap dia. Tinggal tak mengaup 100kali je. Tp dia bagi lecture, pergh! wa cakap lu. Penuh semangat. She try to attract her students yg dah lemau stlh seharian bekerja. Saya sgt respect la ngan puan ni. Semoga aku juga mendapat semangat seperti dia.

Tgl lagi 2 paper yg aku tak masuk lagik classnya. Harapnya, dapatla lecturer yg ok. Jgn la dpt lect psiko. Hazab le kalo dpt yg jenis2 cam gini. So far, sepanjang bergelar PLK student ni, ada la gak terjumpa yg mcm ni. Tp, crita lama tak mau dikenang. Sbb smpai skrg aku tak amek2 lagi paper tu. Tunggula... Harapnya mintak dijauhkan. Kalo dapat gak, mintak semoga dikuatkan fizikal & mental untuk menghadapinya.

Walau macam mana pun, perjuangan mesti diteruskan. Apa yg dah dimulakan, mesti dihabiskan. Untuk masa depan yg lebih baik! InsyaAllah.... 

See ya... :)                       

Thursday, July 1, 2010

Dilema

Nak pi ka xmo pi ek???
Skrg saya konpius. Padahal inilah yg saya nanti2kan selama ini. Yang diangan2kan. Almost 5 years ma...

Ermm... kita tunggu dan lihat la mcm mana. Moga Allah berikan aku petunjuk dan hidayahNya dan saya menjadi seorang yang kuat dan tabah untuk berhadapan apa jua situasi selepas ini...

Amin...

See ya... 

Wednesday, June 30, 2010

Salam Pantai Timur...



Next post will update about percotian yg best utk tahun ini...

See ya... :)

Kenduri-Bhg 2

Akhirnya ada gak masa pree nak continue kenduri last 2 week. Buat pertama kali aku menjadik maid yg berjaya di rumah sendirik. Actually dah lama sgt2 aku tak ngemas umah. Dahnya mcm mana nak ngemas wak burn ngan wak jimah je yg asik menyetelkan sumanya... ;)

Jadi untuk kenduri ni, tender aku ngemas umah. Pergh... sakit pinggang ye... Inilah bahana org 'rajin'. Yg paling tak tahan atok ikut skali membantu aku dalam proses pengemopan porch kete. Aku ngemop, dia nyapu. Aku ngemop, dia nyapu. Last2 aku ngemop, dia dah lepak sambil ngisap paip. Alalala... sian kat atok aku.

Abah ngan mak dah sah2 amek tender masak memasak ni. Tetamu pertama yg sampai Kak Sar kita. Ye la, dia kena anto kapkek yg aku order. Tak dapat nak jamu dia apa2 sbb dia dah nak bertolak ke Perak. Next time ko kena dtg lagik umah aku tau Na... Kapkek ko santek & sedap oke. Nanti aku order lagik ye.

Lepas tu, sorang2 makcik2, pakcik2 & kazen2 aku sampai. Wah! sgt meriah... I loike. Kecoh la suasana...

Around jam 11 abah dah tukaq baju, nak jemput jiran2 kat area umah. Aku suh jemput jiran2 yg dokat2 umah. Takler sampai ujung jalan aku jemput. Aku ni dah la jenis tak kenal sgt org. Setakat 5, 6 buah jarak umah aku still bole kenal la mereka. Ni mmg wajib dijemput.

Ermm... speaking about jiran ni, aku nak stori skit pasai jiran aku yg betul2 dpn umah aku... Ni bukan nak ngumpat, tp sbg peringatan pd aku jugak la. Kita idup ni bukan sendirian berhad ye. Kita idup berjiran. Jd bercampur la skit ngan org. Aku ni pon, bkn la hebat sgt pon dlm bab2 pergaulan ngan jiran2 ni. But I'm trying my best.

Nak dijadikan crita, abah dtg jemput utk kenduri. Mula2 bg salam. Tak jwb. Then tekan loceng pon takda feedback. So, abah assume, org takda, walaupon 3 biji keta dia ada di umah dia. Motifff???

Tak brapa lama tu, pakcik aku nampak tuan umah lelaki. Immediately panggil abah aku, bgtau yg jiran aku tu ada kat umah. Abah dgn tulus, ikhlas, suci & murni hatinya, pi la lagik ke umah dia. Masa ni, tuan umah lelaki dah masuk umah. Bagi salam tak berjawab ye. Menjenguk pon tidak ye. So, anda fikirkan la sendirik, apakah jenis manusia sebegini?

Crita ni suma aku tau dah ptg. Itu pon masa aku borak ngan abah & mak. Aku tanya kat abah aku. Paling best statement mak aku, "Kaya pon, kalo tak campur ngan org nak buat apa. Orang pon lama2 menyampah." Aku punya statement plak "Kaye ker? Ala sama tarap je ngan along, sbb along pon mampu beli umah kat sini." Pergh... statement balas aku sgt riak ye... MasyaAllah...

Banyak sebenonya kisah psl jiran dpn umah aku ni. Tp, tak payah la kita nak crita pasal keburukan org. Nanti, confirm org akn cerita pulok psl keburukan kita. Jadi, marilah kita bermuhasabah dirik.

So far, jiran2 yg laen okelah. Datang kenduri. Bertegur sapa ngan aku. Masa nilah aku berkenal-kenalan ngan jiran. Almaklum, selama ni aku pi keje pepagi. Balik dah malam. Weekend plak sokmo takda umah. Time kenduri ni la aku pergunakan sebaiknya. Baru la ku tau serba sedikit pasai jiran2 aku ni....

Tetamu terakhir yang datang ialah tuan Rizal. Aku tak tau la dia speed brapa km/h. Sbbnya malam tu, dia dtg dr Seremban. Kiranya Rizal & family adalah penutup majlis.

Paling best, masa Rizal dtg ni la jiran dpn umah baru kluar umah stlh seharian memerap di rumahnya yang mewah itew... Aku nak pandang pon tak hingin, sbb aku dah naik hangin. Ada aku kesah???

Lagi satu buat aku gembira, bila Kak Ena ngan Kak Ayin dtg. Sampai gak diaorg ke umah aku. Dan mereka bermalam di umah aku... ntah pkl brapa agaknya kitaorg tido. Almaklum bertahun tak berjumpa. Macam-macam stori la terkeluar. Terbaekkkk... :)

I'm hepi for my kenduri. Akhirnya tercapai gak impian nak jemput org dtg umah. Bkn nak riak. Tapi niat hati ni ikhlas nak jemput & jamu sedara mara, kengkawan. Terima kasih pada yang sudi hadir.

See ya...

Monday, June 21, 2010

Kenduri-Bhg 1

Alhamdulillah...
Semuanya berjalan dgn lancar. Ada la skit2 kekurangan. Tp normal la kan. Nobody perfect ma...
Kpd kawan yang dtg tu, diucapkan terima kasih.
But the most important person yg perlu diucapkan terima kasih ialah Abah ngan Mak. Bertungkus lumus mereka. TIMA KASIH ABAH. TIMA KASIH MAk. Saya sgt terharu dan beruntung jadi anak mereka...

Phew... byk menda yg nak diupdate pasai kenduri ni. Sgt banyak. Tp spt biasa tiada gambo ye. Aku mmg totally lost psl menda ni... adoyai...

As usual PAMA dh ada kat umah start ari rabu. Biasa le nak ngemas apa yg patut. Almaklum anak mereka ni sgt 'rajin'. Hehehe... Yg penting aku sgt suke...

Jumaat aku dah start mencotikan diri. Ni ada cite kelako. Bole tak mak aku pepagi dah tepon aku? Motif, malas nak naik tangga. Aku plak standard bgn lmbt la kan. Dah katanya coti. Haruslah sayang nak tglkan tilam aku yg empuk tu. Aku dah buat muka konpius. Hah? apsal lak mak tepon aku. Sepantas kilat la aku pi turun bawah. Bertanya kabo. Apa ke halnya... Ler, ghupanya nak mengajak aku ke pasar borong beli lauk. Mak... ooo... mak... ;)

Ber3 kami ke pasar borong. Mencarik bahan2 yg diperlukan. Bahan2 tuk kenduri, mlm nanti baru nak dicarik. Pg ni carik dolu bahan2 untuk lunch. Sbb kat umah aku langsung takda menda untuk dimasak selain sardin dlm tin dan telo. Ptg ni atok, nenek, acik2 dr kg dah nak sampai. Takkan nak jamu ngan ikan sardin kot.

To be continue.

See ya...

 

Friday, June 4, 2010

Last Weken - Part I


Coti panjang last week banyak sungguh aktiviti yg aku buat. Tetiba esok dah nak weekend balik. Ermm.. cpt sungguh masa berlalu kan.

Alkesahnya, sbb coti pjg, gagah la jugek mencarik menda2 yg dinyatakan di entry yg lps. Berkenaan bebelan mak, suh carik brg2 yg tak cukup lagi. Khamis mlm, lps balik keje, gi Ace Hardware kat IOI ngan Adek. Pi pun dah lambat, sbb tunggu dia balik dr main bola dulu.

Actually lama dah plan nak pi, sbb nak carik tangga+cat. Tetapi asyik tertunda jer. Banyaknya sbb dia asyik tak bole nak pi jer. Asyik training bola jer. Tak gak ko jd wakil negeri kan??? Tetiba aku teringat salah satu conversation aku ngan Pak Hamid. Ada la Pak Hamid pernah ckp psl menda ni. Masa kitaorg borak2 waktu pagi, sambil tgk kerenah org sampai opih kat tingkap aku ni... :) I ada view yg menariks hoke. Later aku akn buat entry ni. :)

"Arina awak kena kawen cepat. Senang skit nak ajak laki awak ke mana2." aku pun menjawab la kan. Aku kan tak bole nak kalah ngan Pak Hamid. Hehehe... "Ala, skrg ni pun ok apa. Saya ada 2 org adik yg rela hati terpaksa ikut arahan saya kalo saya ajak g teman ke mana2". Pak Hamid sengih je dgr jawpan aku.

Tu ayat nak cover sebenonya. Ala aku pun bukan suka no, adik2 aku membontot aku. Cuma kalo benda2 yg memerlukan tenaga lelaki untuk angkat brg berat & pendapat lelaki, baru la aku ajk diaorg. Tu mempergunakan peluang yg ada namanya. Hihihi... Kalo tak, aku xmo la ngajak diaorg. Rimas. Baik aku g sesorang atau gi ngan geng sekutu aku. Baru ada feel. Opps! sudah melalut pulok.

Ok, back to d story. Tangga adalah benda yg tlh lama ingin dibeli setelah duk kat umah ni. Susah ye takda tangga kat umah sbb syiling kat umah agak tinggi dan kami punya ketinggian pun ala2 pokok rendang tak berbuah jer, di mana ia agak menyukarkan untuk kerja2 pembaikpulihan yg simple2 untuk dilakukan. Setelah lebih kurang 20m. Ngukur, tgk rega (mahal gak ye rega tangga), berpikir, Adek ckp takyah beli. Dia suh aku g ngan Angah je. Sbb Angah punya keta beso skit. Keta aku confirm tak muat. Pulok... Baeek... Ikut je la. Malas nak argue.

Jadi kami pun ke bahagian cat pulak. Nak carik cat untuk tembok batu yg tlh lama dibuat oleh jiran sebelah umah. Terjengok2 kitaorg carik org yg incharge bhg ni. Bole takda org ye. Mentang2 Kedai dah nak tutup. Nak ngulor la tu...

Aku pun pi la mencari. Then dpt la sorang mamat ni. Muka toya ye. Muka tak ikhlas nak layan. Dah penat gamaknya. Aku ckp la nak beli cat. Dia bagi katalog yg ada bermacam2 color & suh aku pilih color apa. Aku pandang adik aku, dia pun pandang aku jugek. Kesengalan tlh berlaku di situ ye. "Wey, kelabu yg mana ek? Banyak ni." "Ntah mana aku tau." Aku tepuk dahi. Mamat cat tu, dah pandang kitaorg. Aku pun tgk balik pilihan color. Dan dgn confident tunjuk kat mamat tu yg mana satu. Dalam ati berdoa, supaya jgn la lari jauh colornya dgn dinding kat umah tu. 

Satu benda baru, aku dpt tau ari tu, (sebenarnya aku agak jakun ye) ialah color yg aku pilih tu, dia cuma amek color basic sajo iaitu color putih. Then baru dia add skit color hitam mengikut peratusan yg tertera kat computer. Then jd la color kelabu pilihan kalbu.  

Aku siap berbisik ngan adek. "Ooii... mcm ni ke Dek? Canggih siot!". "Mmg la. Takkan ko baru tau". Selamba je dia jwb. Siot je la budak ni. Potong keterujan aku je. Nasib baek dia ckp slow, kalo tak malu gak aku ngan mamat cat tu. Tp, ada aku kesah.

Pergh!!! canggih seh! Ni 1st time oke. Sebelum2 ni kalo aku beli cat, aku ckp je, nak color apa, then dia trus amek tinnya. Takda la canggih mcm ni. Mungkin dah lama je teknologi ni, tp aku baru tau kot. Seperti yg adik aku ckp la.  Apa pun aku kagum tgk proses ini berlaku. Sampai lupa nak amek gambo. Hehehe...

Settle suma, aku g kaunter pi bayo. Then kitaorg trus balik. Yo la, badan dah penat. Esok misi lain pulok.

See ya...