Wednesday, September 22, 2010

Macam-macam ada...

Kadang-kadang kita cepat lupa apa yang telah terjadi pada diri kita suatu ketika dahulu. Hari ini kita menangis sedih dan sebak. Esok kita bergelak ketawa gembira. Lepas itu semuanya kita lupa. Bila perkara itu berulang kembali, barulah kita teringat. Itulah lumrah kehidupan.

Semoga aku akan sentiasa muhasabah diri. Kerana sesungguhnya aku manusia yang tak lepas dari kesilapan. Tidak sempurna. Semoga manusia-manusia yang berada disekelilingku tidak terasa hati, dengan perbuatan dan kesalahan yang terkadang aku sendiri perasan dan tidak perasan. Dan semoga aku terus berpegang teguh dengan apa yang aku pegang selama ini. "Biar orang 'buat' kita takpa. Tapi kita jangan 'buat' orang". Siapalah kita untuk menghakimi orang lain. Orang kata, roda tu berpusing, tak selamanya kita akan berada di atas. Suatu hari nanti, kita akan berada di bawah jua. Sebab sekarang ni kita dapat balasan 'cash' terus. Tak payah tunggu pada hari kita ditimbang tara nanti.

Wah! Sangat feeling aku ari ni yer... Meluahkan rasa di hati gitu. Apa2pon harapan setinggi gunung aku ari ni nak balik cpt, hancur punah ye. Maklum bos nak pi outstation. Byk menda yg nak kena settle. Nasib takda class ari ni. Kalo tak, pecah rekod aku, 3 ari berturut2 tuang kelas. Dapat la mengupdate blog yg dh lama di tinggalkan ni, sementara tunggu bos balik dr meeting.

Mcm biasa hari ni ada appoinment ngan boipren garang & poyo. Tak sabo rsnya nak jumpa dia. Bukan sbb dah rindu kat dia. Tp sbb minggu ni, aku mkn mcm org yg dah berbln2 tak jumpa mknan. Confirm berat aku dh naik balik. Warghhh!!! sesia usaha aku. Ahad lps, ms buat mkn2 kat umah, melantak bole tahan. Sbb suma mknan adalah peberet aku. Semalam plak masa jamuan raya opih, bagai nak rak juga aku belasah. Dan hari ni, mlm td dah pasang niat nak pose 6, tetiba pkl 9 lebey, aku nampak yong tau fu yang melambak kat pantry, aku trus bukak pose. Breakfast & lunch adalah menu yg sama. Bole??? Adoyai... sengal la aku ni... Iman tak kuat. Tp, mmg aku teringin sangat nak makan. Sbb mlm td, aku tak dpt mkn. Kawan aku ckp, kalo teringin nak mkn, baik kita mkn. Tu yg aku buka pose tu... Hehehe...

Apapun mlm ni, kalo berat bdn aku ni nak training, aku dah tau la sbb apa... So redha je la dengan apa yg bakal berlaku kat aku... Eleh! mcm aku tak biasa. Rileks la... aku kan kental. Hahaha...

Okey ler... Kita sambung esok yer. Bos dah balik...

See ya! :)

Thursday, September 9, 2010

Esok Kita Raya

Masa berlalu begitu pantas... Esok dah nak raya. Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadhan. Adakah tahun dpn aku akan bertemu lg dgn Ramadhan? InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki dptlah kita bertemu lagi. Harapnya tahun depan perkara-perkara yang aku terlepas dan tak dpt buat pd Ramadhan kali ini, dpt aku buat tahun depan. InsyaAllah...

Banyak perkara yang berlaku pada Ramadhan kali ni. Alhamdulillah sumanya benda2 yg menggembirakan. Yg tak best tu kita hapuskan trus dlm ingatan. Jgn dikenang.

Mood raya mmg dah sampai tahap maksimum ni. Start dr aku balik kg last week lg. Rasa dah takmo keje minggu ni. Tp, disebabkan masih ada perkara2 yg perlu dilunaskan, tak bole la nak buat gitu. Walaupun badan di tempat kerja dan kelas, fikiran mmg dah kat kg jer... tak sabo rasanya nak balik kg. Maklum this year suma org balik umah nenek. Saya sgt suka tahun ini... Yeay... bole buat sesi bergambar sampai pengsan... Letih la sepupu sepapat aku nak melayan kerenah aku ni...

Perkara yg agak menggembirakan aku jgk utk Ramadhan thn ni ialah berat bdn aku berjaya turun... Alhamdulillah.... Berkat usaha gigih aku, akhirnya aku nmpk resultnya. Dan ramai gak yg dah tgur aku. Tp, aku tak puas ati selagi bos aku tak tegur aku. Ye la, sbb dia org yg nmpk aku tiap2 ari. Jd aku sdg menanti... :) Oleh itu raya ni, aku kena berwaspada skit. Mkn kena control. Tak bole ikut suka jer... Semoga aku berjaya control napsu aku...

Oke la, wa nak chaw dulu. Ari ni bole balik 3.30pm. Jd la...

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan Batin...

See ya... :) :) :)