Wednesday, February 23, 2011

EMAK

Di suatu pagi yang busy. Owh... saya memang sangat busy sejak dapat 'adik-beradik' yang ramai. Hehehe... :) Auntie cleaner dtg tempat aku amek sampah. Mcm biasa, auntie cleaner menegur aku. Hari ni, aku ada mood nak bercrita & beramah mesra lelebih ngan auntie ni. Aku tanya dah sehat ke? Dia jawab dah. Aku sambung keje aku, dan dia sambung buat keje dia. Then, tetiba dia tanya aku.
Auntie: Adik..., awk masih ingat tak lagi saya ada ckp psl mak saya?
Aku: Ada. Dia sudah sehat ke auntie?
Auntie: Dia sudah mati la adik. 12hb ari tu...
Aku: Oooo... ya ka?

Aku pandang muka dia. Ada raut kesayuan di wajahnya. Dia mula bercerita pada aku. Kesedihan terpancar diwajahnya. Satu ayat yg buat aku bertambah sedih bila dia ckp, "sedeylah mak sudah takda". Aku terdiam. Ada linangan air mata yg mengalir. Aku cuba control. "xpa auntie, byk sabar ok". Hanya itu yg mampu ku ucapkan. Dia senyum dan terus berlalu ke bilik bos aku, utk menyambung tugasnya.
Then, aku pun terus telefon mak aku...
Kesimpulannya, EMAK sangat penting dalam kehidupan kita. Kalau mak takda memang sedih. Tak dapat aku nak gambarkan keadaan aku nanti. Namun, apa-apa pun, itulah kitaran kehidupan. Dah sampai masanya nanti, setiap manusia akan kembali kepadaNya. Sebagai manusia kita kena Redha. Oleh itu hargailah saat yang kita ada untuk bersama EMAK kita. Jadilah anak yang terbaik buat EMAK kita...

See ya!

Monday, February 21, 2011

LOST

Lama dah tak update blog. Sang sahabat bertanya, kenapa dah lama tak update. Erm... Entah la. I'm not in the right mood now. Banyak menda yang nak dicoretkan. Tapi bila dah login, aku lost. Kosong... Jadinya teruslah meng'sign out'kan diri, tanpa apa-apa coretan.

InsyaAllah, I will be back! Tunggu...

See ya!!! :)

Friday, February 4, 2011

Menyesal

Kadang-kadang aku tertanya pada diri aku. Menyesalkah aku dengan keputusan yang ku ambil ini? 2009 adalah tahun yang ku kira tahun rezeki pada diriku. Dengan izinNya aku telah berjaya memiliki sebuah lagi harta yang kukira orang lain akan fikir aku ni gila ke buat keputusan itu.

Memang dengan memilikinya adalah impian dan keinginanku. Tahun 2009 adalah tahun aku eager to get it. Aku berusaha bersungguh-sungguh ke sana ke mari untuk mencari impian hati. Impian gadis ini, cuma nak cari yang kecil, selesa, dekat dengan office dan tempat belajar dan yang penting selamat. Maklum, belum berkahwin. Jadi, itu adalah kriteria-kriteria yang penting bagiku.

Bila dah jumpa yang berkenan di hati, yang telah memenuhi kriteria di atas, mak dengan abah pulak tak suka. Siap cakap ngan aku, 'kalo ko beli, aku takkan datang umah ko. Tinggi sangat.' Ikut darah muda aku yang hangat ni, aku akan cakap 'ah, ada aku kesah? lagi best kalo tak datang.' Dushh! Aku kembali ke alam nyata. Yang mana, ikutlah dan patuhlah dengan cakap mak dengan abah. Aku cuba sedaya upaya untuk menghormati pendapat mereka. Walaupun merajuk dan kecil hati jugak. Tapi jangan layankan sangat perasaan itu. Sebab nanti susah, mak dengan abah juga yang bantu. Aku pegang menda tu.

Usaha tetap diteruskan. Sehingga aku berjumpa dengan pilihan hati yang telah ku miliki sekarang ini. Bila kuusulkan kepada mak dengan abah, mereka datang tengok bersama-sama dan terus bersetuju untuk aku memilikinya. Tak sampai 24 hours they said "yes, can." Aku terkedu seketika. Betul ke ni? Yes, it's true Arina. Hari tu jugak aku bayar duit booking. Semua duit untuk permulaan dikeluarkan oleh abah aku. Kiranya aku berhutang la dengan abahku untuk memiliki harta ini.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga memiliki impianku ini. Dengan bantuan abah. Banyak ni utang aku ngan abah. Tak tahulah bila nak abis bayo. Huhuhu... Dengan angah yang jadi penjaminku. Maklum gaji tak lepas nak buat loan sesorang. :)

Now dah setahun aku tinggal di sini. Banyak sangat suka dan duka yang ku lalui. Tapi yang banyaknya adalah duka. Maklum, aku menanggung sumanya seorang diri. Tanpa bantuan sesiapa. Kadang-kadang aku rasa nak give-up. Nak surrender. Orang luar hanya nampak kesenangannya sahaja. 'wah, banyak duit dia ni.' Kata mereka. Kesusahan dan kepayahan yang aku tanggung mereka tak nampak.

Tapi, bila kufikirkan kembali, aku seharusnya bersyukur dengan apa yang ku miliki. Tak semua orang dapat apa yang aku miliki sekarang ni. Itulah yang menjadi kekuatan aku sampai sekarang. InsyaAllah, selagi Allah berikan kesihatan yang baik untuk aku bekerja keras, aku akan teruskan. Tiada lagi perkataan menyesal yang akan terlintas difikiranku.

InsyaAllah, dengan adanya mak dan abah dan sahabat yang sentiasa berada di saat susah dan senangku. Aku akan lebih kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan yang mendatang. Merekalah kekuatan aku untuk aku terus berjuang. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisiku.

Buat Angah, InsyaAllah satu hari nanti along akan keluarkan nama kamu daripada menjadi penjamin. Supaya mudah untuk kamu untuk memiliki juga harta kamu sendiri. Tiada lagi bebanan untuk kamu. Itu janji along. Terima kasih kerana sudi menjadi penjamin along di saat diperlukan. Minta maaf andai along menyusahkan. But always deep in my heart 'air dicincang takkan putus'. Hopefully adik-adikku juga sentiasa akan mengingati kata-kata azimat ini sebagai pegangan....

See ya!