Tuesday, July 12, 2011

Akhirnya

Yeay!!! Akhirnya impian tercapai... Alhamdulillah.

3 minggu lepas dapat email suruh collect 'menda ni' sempena sec week 2011. Masa dpt email tu, senyum lebar ye. Maklum tahun ni langsung x dapat nak join mana-mana lunceon yang dijemput. Lepas collect otak terus diperah nak buat apa ye kali ni?


-Hepi-

As usual, macam-macam cadangan yg munasabah mahupun tidak berlingkar di minda. Tapi masih belum ada mood yang sangat exited. Jadi biarkan dulu. Nanti2lah gunakan menda ni. Lagipon jangka hayat voucher ni setahun. Jd bila2 pon leh guna...

Tetapi, disebabkan ari senin dah amek leave, jd menggatal la skit nak gi jejalan. Huhuhu... Apa pun memang best cuti ari isnin. Dapat rehat lebih skit. Nak gi  buat urusan2 lain & soping pon macam best. Jadinya tercampak la saya ke sini semalam...

Ramai gak orang yg pi sini masa hari bekerja ek...

Pusing-pusing, putar-putar, takda yg berkenan di hati. Biasa la aku. Memang susah skit. Maklum selera beso, tapi ongkosnya nan hado... Jadi pencarian diteruskan. Cari, cari, dan terus mencari... 

Dan akhirnya pencarian tamat. Sebab dah jumpa yang berkenan di hati....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tadaa......


Idaman kalbu dah dapattt!!!

Walaupun kena tambah duit. Tatapi tetap berbaloi2... Kenangan 2011...

See ya!!!

Tuesday, June 28, 2011

TAKUT

Saya takut kehilangan. Kerana ia sakit. Apatah lagi orang yang paling saya sayang dan sangat penting dalam hidup saya. Saya takut dengan orang yang terlalu memberi harapan yang tinggi pada saya, yang saya boleh buat. Kerana saya takut kecewakan orang yang berharap. Saya takut dengan perhubungan. Sebab saya takut kecewa. Saya takut nak memulakan sesuatu yang baru. Sebab saya tiada kekuatan. Saya takut dengan komitmen. Sebab saya tak yakin dengan diri sendiri. Saya takut saya akan sakiti hati orang tanpa saya sedari. Saya takut dengan hari esok. Takut ia tak seindah hari ini. Dulu saya paling takut dengan kucing. Sebab bulu dia geli. Masa sek ren & men saya takut nak pergi toilet seorang diri (ye sila percaya). Mesti ada teman yang jadi mangsa sebagai peneman. Saya takut tengok citer hantu & seram. Sebab nanti saya akan terbawa-bawa. Saya takut tinggi. Ngilu rasanya. Saya takut makan ubat. Sebab ubat tak sedap. Saya takut dengan semua doktor. Especially doktor gigi. Grrr... Saya takut jarum. Tu sebab saya takut derma darah. Saya takut nak naik bas sendiri & takut nak order KFC. Sebab saya takut salah. Saya takut dengan cikgu matematik. Garang. Perggh... Kalau nak disenaraikan TAKUT saya adalah sangat banyak. Tak terhitung rasanya.

Dari kecil sampai besar, kehidupan saya dipenuhi dengan ketakutan. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Hanya Allah sahaja yang sempurna. Itu pasti.

Sifat takut yang menghuni di dalam diri saya ini, sebenarnya banyak mengajar erti kedewasan dalam hidup. Saya banyak belajar dari ketakutan. Di mana ia menjadikan saya lebih kuat dan berpijak ke dunia yang nyata. Dan Alhamdulillah saya berjaya juga mengatasi ketakutan yang wujud dalam diri ini. Tetapi tidak semua. Masih bersisa lagi ketakutan itu. Harapnya ketakutan yang masih bersisa itu, boleh saya atasi, untuk meneruskan kehidupan ini.

Sebagai hambaNya, saya takut mati. Sebab amalan saya tak mencukupi lagi. Masih banyak lagi dosa-dosa yang harus saya minta ampun kepada sesama manusia yang berada di sekeliling dan Pencipta saya. Teralu banyak. Saya takut tak sempat. Tapi mati itu pasti. Jadi saya harus muhasabah diri...

See ya!!!

Monday, June 20, 2011

Short Trip

Last weken, wat keje gilak dengan rakan sekutu. Hahaha... Lepas serbis Cik Natrah yang ayu lagi jelita, next destination is Salak Selatan. Mau tengok wayang. Kekonon nak reward diri sendiri bila dapat result best. 

Actually, memang ritual kiatorg pon bagi reward to ourself. But for tis sem. Lambat skit. Selalunya lepas our last paper je kitaorg trus celebrate. But sem ni, tak dpt, coz paper aku belah pagi, Zie lak belah petang. Jadi memang tak dan nak celebrate. Nak di jadikan cite lak, trip to KK cancel... Sedey hoke. Tapi nak wat camne? Takde rezeki. Maybe next time ada la rezeki tu. InsyaAllah...

Oke, continue. Sesampai je kat umah Zie, as usual, plan nak makan mana. Hahaha... Biasala. Makanan dengan aku, memang tidak dapat dipisahkan. Tgh cite2 tu, aku pon bukak mulut, kan best kalo kita leh gi Melaka ke, mana2 la. Yang penting kuar dari KL. Then Zie kata jom gi Genting nak? Kita tido sana. Aku pon. Oke... Trus patah balik, amek baju & barang2 yang penting cik mek kat umah. Aku? Hehehe... Memang dah ada spare suma tu kat keta. Jadi part aku dah settle (part ni mmg aku excelent dalam penggunaan peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan'. karam singh walia pon mau nanges tgk ke'excelent'an aku)

Dak 2 orang ni, jadik aje. Itulah kelebihan orang single ni. Suka suki je nak gerak gi mana, tanpa ada halangan (tis part i loike for being single (",) syok meh...). Settle sumanya. Siap ngan makan bagai (ni siap beli bekalan makanan bagi. tak agak2 hoke!), trus gerak ke Kota Keriangan. Hilang trus abang Ryan yang aku nak jumpa sangat. Ngeh... ngeh...

Alhamdulillah selamat sampai Genting. Mencabar gak bawak kete ni. 1st time bawak keta naik Genting. Belasah je. Nasib baik Natrah baru lepas serbis. Jadik performance pon mantop.

Maklum 1st time nak overnight kat Genting, banyak menda bila dah sampai sana dak 2 orang ni tak tau. Jadinya belasah aje la. Dengan kondipen, gi la nak check-in la kekononnya. Ni cerita benar ya. Tolong jangan tiru, kalo tak ada kekuatan pizikal & mental. Jeng2... Mana la ada walk-in untuk hotel ni derr... Walaupon bukan cuti sek. Rameinya manusia. Ko g la register as wait list. Yang ke 29. Minggu depan kot baru di call ko, kabo bilik available. Hahaha... Kelakau sungguh dak 2 orang ni. Kondipen tahap karma. Cuciter... cuciter... ada tak orang g genting tak buat booking dulu? The answer is.... kamilah orang tu. :)

Mood aku yang riang ria (maklum kat kota keriangan katanya...) tadik trus down... Rutin ambik gambo pon, ai malas nak layan. Puas la Zie, pujuk suh amek gambo. Memula tak layan sangat. Lepas tu, hambek ko. Tak larat lak ko nak layan aku kan Zie? Nasib baik btry hp & camera dah kong. Harus ko wat sujud syukur waktu ni kan? ;) Tapi ko mmg dah masak ngan perangai kawan ko kan? Jadi ko takda hal punya.


Mood tak mai lagik ni...


Hoke! Mood dah ade...



Redha, walaupon tak le keriangan sangat. Tunggu la nanti. I will be back. Ceh! macam la ko bran sgt nak maen suma yang adventure kat sini...



Sebelum turun, tekak gatei nak pi minum kat sini lak. Feeling verangans je. Jadi layan la ice blended + cekelat tuxedo share berdua. Ngengade tul kan?


Gerak balik KL. Then sampai trus beli tiket kat MBO. Disebabkan kekeciwaan yang melampau. Dak 2 orang ni, tengok dua cite trus. back to back. Hahaha... Kelam kibut balik umah. Tunaikan urusan yang wajib dulu. Then trus gerak tgk wayang. Hoyehhh... dapat gak jumpa abang Ryan. Walaupon citenya nan hado, tapi ai tetap puas ati, sebab dapat menatap wajahnya, Hihihi... 31/2 bintang untuk 1st class & 2 bintang je tuk green lantern. Tu pun sbb ada abang Ryan (",).

Kesimpulannya hari sabtu lepas aku memang keje keras. Dari pagi ke malam badan aku tak rest langsung. Ni takyah g gym pon xpa. Dah bako lemak dengan sewajarnya... Hihihi... Penat pon takpe. Sebab ai buat menda yang ai suka tanpa paksaan dari sesiapa. Yang penting kita enjoy!!! Apapun kami dapat pengalaman for tis trip.

See ya!!! :)

Friday, June 17, 2011

Alhamdulillah...

Sempena keberkatan hari jumaat ini, aku bersyukur kepada Ilahi dengan segala yang dikurniakan padaku....

Hari yang ditunggu2 telah tiba. Pepagi dah datang opis. Sebab nak check result exam. Bukak je email, berdebar. Dup dap dup dap... Dengan lafaz Bismillah... aku bukak email. Trus click kat email from Uitm. Ya Allah... Alhamdulillah. Gugur air mata aku tengok result aku. Tak sia2 usaha gigih aku selama ini. Alhamdulillah.

Trus call Jirrah. Nak bgtau result. Aku nak share dgn orang yang sama2 membantu aku berusaha dengan gigih sem ni. Begitu gak sem2 yg lepas. Thanks Jirr! Gembira sangat.

Betullah kata orang, yang usaha tangga kejayaan. Sem ni aku nampak yang effort aku lebih skit dari biasa. Kenapa la dedulu aku tak cam ni ek? Huhuhu... Tapi naseb baik aku sedar diri sebelum terlambat. At least tak sia2 perjalanan aku ulang alik dari Cyberjaya ke Shah Alam yg sekarang ni dah menjangkau 5 tahun. Ada 1 tahun setengah lagi perjuangan aku akan berakhir. InsyaAllah... Gile lama aku belajo ye. Sila percaya! Hehehe... Minta dipermudahkan segalanya oleh Allah.

Dan hari ni jugak genap 5 tahun aku keje ngan bos aku. Pergh!!! tak sangka dah 5 tahun beb. Dengan bos yang sama.  Aku rasa rekod gak ni. Sebab, seketeri lain kat opih ni, xda kot yg jaga bos sampai 5 tahun. Time flies... Aku rasa mcm baru semalam je aku kena report duty ngan dia. Mengadap lepas lunch hour. Sebab masa tu aku ada latihan kawad kaki sempena hari merdeka 2006 (Owh... sudah 5 tahun jugak aku mengenali kawan2 kawad aku. I luv & miss u all. Korang mmg terbaekkk... ). Jadi shift aku masuk opis ialah selepas lunch. Pepagi dah kena kawad kaki kat kem sungai besi. Cuak gak. Dapat bos baru. Yang selama ni kalo jumpa, just berbalas senyuman je. langsung tak pernah bertegur sapa. Maklum aku ni bukan ramah mesra pon.Hihihi...

5 tahun, pahit dan manis, jatuh dan bangun, suka dan duka. Banyak mengajar aku jadi lebih matang. Dan banyak benda yang aku dapat belajar menjadi seketeri pada bos aku ni. Yang mana pengalaman ni tak bole dijual beli kat mana2. Isetan ngan parkson pon tak ade jual.

Apa yang aku boleh ucapkan. Syukur alhamdulillah. Dikurniakan bos yang ok sangat. Yang tak menyusahkan. Dan tak banyak kerenah dan ragam. Ye ke begitu baik bos aku? Standard la manusia ada sisi baik dan buruk. Dia pon mcm tu gak. Mana la ada manusia yang perfect kat dunia ni. Aku terima seadanya, sebab dia pon kena terima aku seadanya. Hihihi... Dia kira ok sangat as a bos. Kekadang terpikir gak aku, camne la kalo dia dah tak jadik bos aku lagi ek. Sebabnya aku dah berada di zon selesa lama sangat ni. Mau mengelabah aku. Apa pun yang bakal berlaku selepas ni, aku kena redha. Kena kuat.


Apa pon aku ingat sampai sekarang kata2 dia. Bila mana aku ckap ngan dia, "saya ni xda cert seketeri. Jadi saya tak sehebat mereka. Jangan letak harapan tinggi sangat pada saya. Tapi saya akan cuba belajar dan usaha jadi yang terbaik. Minta tolong tegur saya if ada apa2 yang tak betul dan kurang menyenangkan." Gile kentang aku cakap macam tu, masa mula2 mengadap. Tapi itulah aku. Baik aku terus terang. Dari susah di kemudian hari. Then dia jawab, "takpa arina, saya pon tak pernah ada seketeri. You yang pertama, kita belajar sama2". Owh... so swett. Lagi senang keje aku (masa ni aku rasa aku mcm dah tumbuh tanduk seketui. Sambil dalam hati, sgt lega...) Hehehe... (",)

See ya!!! :)

p/s: Sy yg excited 1st time dpt 3 pointer telah salah tertengok tarikh. Actually 17 July baru genap 5 taun. Kikiki... Ampon yer... Nenanti kita citer balik pasal ni.

Thursday, June 16, 2011

KESIHATAN

Hari ni pepagi dah dapat panggilan 'Maut' dari consultant aku kat FF. Pergh... ko ingat lagik kat aku ye? Huhuhu... Dia saja tanya kabo kat aku. Katanya, awat lama dah tak menjenguk gym? Hahaha... Aku cakap aku busy. Serius, memang aku busy sey. Lagipun aku kena jadi manusia 'mata duitan' sekarang ni. Mana la ada masa nak pi. Walaupun keinginan membuak2 nak pi. Tapi... ada menda yang lebih penting nak di dahulukan.

Tapi kan KESIHATAN juga amat penting. Now I have to choose. Or maybe have to balance it. But, now I have opportunity to do what I'm doing now. Takkan nak let go macam tu je. Esok2 tak tau, ada lagi tak kesempatan ini. Erm... saya di dalam delima.

Paling tak larat dia cakap 'u dah kurus dah tak mau exercise ke?" Waklu aku kurus. Aku telah menternak lemak dgn jayanya sejak meninggalkan aktiviti sehat ni wey. If aku g gym balik ni, mesti aku pancit. Tak mcm dulu. Dan yang pasti aku takkan jumpa dulu ngan 3E untuk settlekan my sessions. Aku kasi stamina aku ada dulu, baru aku pi ngadap dia. Amacam brilliant tak idea aku? Kikiki... Masa tu, dia nak belasah aku habis2an pon xpa. Aku kena doa banyak2 supaya dia lebih rileks & cool. (",)

Tapi... Persoalannya... Bilakah aku akan menjejakkan kaki ke sana lagi??? Tanda tanya yang aku sendiri tak tau nak jawab. Camne tu? Tulunnnnnnnnnnn... Buang segala alasan yang ada!!!

See ya!

Wednesday, June 15, 2011

Di manakah jam saya?

Masuk hari ni dah 2 hari aku tak pakai jam. Hari ni baru cuak nak mencari... Jam aku hilang dalam rumah sendiri. Now, buat cool dulu. InsyaAllah jumpa la tu nanti. Mungkin missplace. Kena cari dengan tenang. Ada rezeki jumpa la. Kalau takda nak wat camne. Warghhhhhhhhhh!!! Sangat sedey if jam kesayangan hamba hilang. Beli hasil kenangan Cik 'B' tahun 2008. Sangat sayang dengan FOSSIL ni. Walaupun tak la semahal TISSOT idaman kalbu, tapi itulah jam yang paling mahal aku beli sejak aku start kerja.

See ya!!! :(

Monday, June 13, 2011

Takde Mood

Mood lari bila mana ciktikutulisjiwa mengamok kat umah. Adoii... Dah dkt 2 minggu, tgk kawasan mcm ok je. Maklum, aku bukan la ada kat umah sgt on weekend, 2 minggu ni. Weekdays lak dah mlm br sampai umah. Jadinya mmg tak berasap langsung dapur tu. Bila dapur x berasap, xda la sisa makanan dlm tong sampah. Jadi ku pikir, si dia mmg dah x wujud la kat umah.

Tetapi... mlm td, si dia dgr agaknya tuan umah br beli stok brg dapur. Jadi bergumbira la kot si dia. Dengan harapan ada habuan untuk dia. Perasan tul la si dia ni. Jangan harap! Selepas kedatangan ciktikutulisjiwa yang tidak dijemput apatah lagi dialu-alukan. Tuan tanah lepas masak je, hatta ada sampah skit pon kat tong sampah, dgn gagah malam tu jugak, sebelum beradu, pi kuar buang sampah. Tak nak tinggalkan apa2 pon.

Sakitnya ati. Bila mana tupperware ai yg mahal dah kena kokak 3 biji. Bijak ye si dia ni. Tupperware mahal gak yg dia nak. Yg hak murah tu, aku letak seminggu kat atas meje siap ada roti, xplak jd mangsa. Erm... xmenjadik experimen aku ni. Ni kelas atasan punya ciktikutilisjiwa. Tak agak2 ye. Mangsa seterusnya cawan h'ikea'ku pocah.Dgn ati yg berkecai bak kaca, mlm2 buta menyapu kekaca yg bederai (Skit lagi je ayaq mata aku pon nak berderai gak. Ai sgt cerekarama skit, kalo bab2 gini). Warghh... Xsuka bila benda pecah. Sebab malas nak kemas! Btw ciktikulisjiwa u nak wat rekod pecahkn cwn 1/2 dozen ek? Hwahwahwa... Sambil sapu kaca, bermonolog sendiri, 'awak jgn kacau saya la. saya xkaco awak pon. apa yang awak nak kat saya? saya xda apa2 kat umah ni. tolong la'. Dengan harapan si dia mendengar. Orang kata, jangan marah2 dia. Dia sangat sensetip. Kalo dia sentap, dia ngamuk. Baeek... saya harus menjaga hatinya. Harapnya dia pon sama.

Tetapi... (sambungan ni...) Nan hado. Mlm td seblm beradu, ai dah tgk kawasan, baek punya cantek. Simpan mknan semua dlm fridge. Penuh fridge dgn segala macam menda disumbatkan. Oke, lain clear, ai pon masuk tido.

Hari ini, bangun macam biasa. Masukkan bekalan makanan utk metekedarah kat opis. Start keta g opis. Sampai opis. On komputer bagai. Then meng'offer' kat Pak Hamid. Nak tak roti ngan jem? Saya buatkan (baiknya ati aku pg ni. Tp, niat aku mmg ikhlas). Dgn cot... cet... crita ngan pak hamid, kuarkan la bekalan. Tara........................... Roti ai kena kokok. Ni mesti keje ciktikutilisjiwa. Terdiam aku. Trus berubah muka. Aku letak roti ni bersama-sama maggi kat atas sopa kat ruang tamu. Jadinya si dia dh kuar dr kawasan dapur. Melepasi had sempadan nampaknya. OMG... Habislah... Nak nanges. Sopa aku? Lemari aku? Bakal jd mangsa ka? :( Apa la yg akn terjadi nanti bila aku balik umah nanti... YA ALAAH, tabahkan hati hambaMu ini...

Mood trus ilang. Dh xleh pokus. Mengadu la nasib ngan pak hamid. then dia bg cadangan suh beli gam. OMG sekali lagik. Dah tu, kalo si dia dh melekat kat gam tu, sapa yg nak pi buang. Pak hamid jawab. 'awak la buang'. Ai geli & kesian tak sanggup la. Dulu2 masa mula2 ketahuan, kengkawan, mak ada mencadangkan beli perangkap yg besi tu. Tp, ai x sampai ati. Soklan saya ketika itu, 'nanti, dia dh masuk dalam tu, sapa yg nak buang?' Dush!! Aku mmg penakot hoke ngan haiwan. Then xsampai ati. Badan je beso. Tp ati kecik derr...

Now, berdoa kat dalam ati, supaya abah datang, utk menyetelkan masalah ini. Aku berharap sgt. Owh ketika ini la aku teringat kata2 pak hamid di entri ini. Btw, cakap org yg dah makan garam dulu ni, mmg adakalanya betul. Masa ni baru la terdiam seketika....

See ya!!!

p/s: Inikah balasan yg diberikan slps aku berbuat baik? Tp xpa, aku redha. Mungkin aku buat baik ketika itu, tp aku tak ikhlas. Banyak betul komplen sana sini. Jadi ini mungkin balasan terhadapku. Jadi aku kena insaf dan muhasabah diri. Segala ujian dari Allah itu, ada sebab musababnya...