Monday, June 13, 2011

Takde Mood

Mood lari bila mana ciktikutulisjiwa mengamok kat umah. Adoii... Dah dkt 2 minggu, tgk kawasan mcm ok je. Maklum, aku bukan la ada kat umah sgt on weekend, 2 minggu ni. Weekdays lak dah mlm br sampai umah. Jadinya mmg tak berasap langsung dapur tu. Bila dapur x berasap, xda la sisa makanan dlm tong sampah. Jadi ku pikir, si dia mmg dah x wujud la kat umah.

Tetapi... mlm td, si dia dgr agaknya tuan umah br beli stok brg dapur. Jadi bergumbira la kot si dia. Dengan harapan ada habuan untuk dia. Perasan tul la si dia ni. Jangan harap! Selepas kedatangan ciktikutulisjiwa yang tidak dijemput apatah lagi dialu-alukan. Tuan tanah lepas masak je, hatta ada sampah skit pon kat tong sampah, dgn gagah malam tu jugak, sebelum beradu, pi kuar buang sampah. Tak nak tinggalkan apa2 pon.

Sakitnya ati. Bila mana tupperware ai yg mahal dah kena kokak 3 biji. Bijak ye si dia ni. Tupperware mahal gak yg dia nak. Yg hak murah tu, aku letak seminggu kat atas meje siap ada roti, xplak jd mangsa. Erm... xmenjadik experimen aku ni. Ni kelas atasan punya ciktikutilisjiwa. Tak agak2 ye. Mangsa seterusnya cawan h'ikea'ku pocah.Dgn ati yg berkecai bak kaca, mlm2 buta menyapu kekaca yg bederai (Skit lagi je ayaq mata aku pon nak berderai gak. Ai sgt cerekarama skit, kalo bab2 gini). Warghh... Xsuka bila benda pecah. Sebab malas nak kemas! Btw ciktikulisjiwa u nak wat rekod pecahkn cwn 1/2 dozen ek? Hwahwahwa... Sambil sapu kaca, bermonolog sendiri, 'awak jgn kacau saya la. saya xkaco awak pon. apa yang awak nak kat saya? saya xda apa2 kat umah ni. tolong la'. Dengan harapan si dia mendengar. Orang kata, jangan marah2 dia. Dia sangat sensetip. Kalo dia sentap, dia ngamuk. Baeek... saya harus menjaga hatinya. Harapnya dia pon sama.

Tetapi... (sambungan ni...) Nan hado. Mlm td seblm beradu, ai dah tgk kawasan, baek punya cantek. Simpan mknan semua dlm fridge. Penuh fridge dgn segala macam menda disumbatkan. Oke, lain clear, ai pon masuk tido.

Hari ini, bangun macam biasa. Masukkan bekalan makanan utk metekedarah kat opis. Start keta g opis. Sampai opis. On komputer bagai. Then meng'offer' kat Pak Hamid. Nak tak roti ngan jem? Saya buatkan (baiknya ati aku pg ni. Tp, niat aku mmg ikhlas). Dgn cot... cet... crita ngan pak hamid, kuarkan la bekalan. Tara........................... Roti ai kena kokok. Ni mesti keje ciktikutilisjiwa. Terdiam aku. Trus berubah muka. Aku letak roti ni bersama-sama maggi kat atas sopa kat ruang tamu. Jadinya si dia dh kuar dr kawasan dapur. Melepasi had sempadan nampaknya. OMG... Habislah... Nak nanges. Sopa aku? Lemari aku? Bakal jd mangsa ka? :( Apa la yg akn terjadi nanti bila aku balik umah nanti... YA ALAAH, tabahkan hati hambaMu ini...

Mood trus ilang. Dh xleh pokus. Mengadu la nasib ngan pak hamid. then dia bg cadangan suh beli gam. OMG sekali lagik. Dah tu, kalo si dia dh melekat kat gam tu, sapa yg nak pi buang. Pak hamid jawab. 'awak la buang'. Ai geli & kesian tak sanggup la. Dulu2 masa mula2 ketahuan, kengkawan, mak ada mencadangkan beli perangkap yg besi tu. Tp, ai x sampai ati. Soklan saya ketika itu, 'nanti, dia dh masuk dalam tu, sapa yg nak buang?' Dush!! Aku mmg penakot hoke ngan haiwan. Then xsampai ati. Badan je beso. Tp ati kecik derr...

Now, berdoa kat dalam ati, supaya abah datang, utk menyetelkan masalah ini. Aku berharap sgt. Owh ketika ini la aku teringat kata2 pak hamid di entri ini. Btw, cakap org yg dah makan garam dulu ni, mmg adakalanya betul. Masa ni baru la terdiam seketika....

See ya!!!

p/s: Inikah balasan yg diberikan slps aku berbuat baik? Tp xpa, aku redha. Mungkin aku buat baik ketika itu, tp aku tak ikhlas. Banyak betul komplen sana sini. Jadi ini mungkin balasan terhadapku. Jadi aku kena insaf dan muhasabah diri. Segala ujian dari Allah itu, ada sebab musababnya...

No comments:

Post a Comment