Tuesday, June 28, 2011

TAKUT

Saya takut kehilangan. Kerana ia sakit. Apatah lagi orang yang paling saya sayang dan sangat penting dalam hidup saya. Saya takut dengan orang yang terlalu memberi harapan yang tinggi pada saya, yang saya boleh buat. Kerana saya takut kecewakan orang yang berharap. Saya takut dengan perhubungan. Sebab saya takut kecewa. Saya takut nak memulakan sesuatu yang baru. Sebab saya tiada kekuatan. Saya takut dengan komitmen. Sebab saya tak yakin dengan diri sendiri. Saya takut saya akan sakiti hati orang tanpa saya sedari. Saya takut dengan hari esok. Takut ia tak seindah hari ini. Dulu saya paling takut dengan kucing. Sebab bulu dia geli. Masa sek ren & men saya takut nak pergi toilet seorang diri (ye sila percaya). Mesti ada teman yang jadi mangsa sebagai peneman. Saya takut tengok citer hantu & seram. Sebab nanti saya akan terbawa-bawa. Saya takut tinggi. Ngilu rasanya. Saya takut makan ubat. Sebab ubat tak sedap. Saya takut dengan semua doktor. Especially doktor gigi. Grrr... Saya takut jarum. Tu sebab saya takut derma darah. Saya takut nak naik bas sendiri & takut nak order KFC. Sebab saya takut salah. Saya takut dengan cikgu matematik. Garang. Perggh... Kalau nak disenaraikan TAKUT saya adalah sangat banyak. Tak terhitung rasanya.

Dari kecil sampai besar, kehidupan saya dipenuhi dengan ketakutan. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Hanya Allah sahaja yang sempurna. Itu pasti.

Sifat takut yang menghuni di dalam diri saya ini, sebenarnya banyak mengajar erti kedewasan dalam hidup. Saya banyak belajar dari ketakutan. Di mana ia menjadikan saya lebih kuat dan berpijak ke dunia yang nyata. Dan Alhamdulillah saya berjaya juga mengatasi ketakutan yang wujud dalam diri ini. Tetapi tidak semua. Masih bersisa lagi ketakutan itu. Harapnya ketakutan yang masih bersisa itu, boleh saya atasi, untuk meneruskan kehidupan ini.

Sebagai hambaNya, saya takut mati. Sebab amalan saya tak mencukupi lagi. Masih banyak lagi dosa-dosa yang harus saya minta ampun kepada sesama manusia yang berada di sekeliling dan Pencipta saya. Teralu banyak. Saya takut tak sempat. Tapi mati itu pasti. Jadi saya harus muhasabah diri...

See ya!!!

No comments:

Post a Comment