Saturday, October 30, 2010

Week 1st time in my life...

Hari ni tetiba sgt rajin nak meng'update' blog. Hehehe... Nak crita about tis week. Bole?

25.10.2010
Gi keje mcm biasa. Dgn semangat yg hepi mungkin. Sbb esok dh nak start coti. W/pon stress nak exam. Balik lambat. Maklum nak settlekan apa yg patut sblm start coti.

26.10.2010
Dah start cuti. Dr mlm td, tido2 ayam. Bgn, tido, bgn, tido... lama2 pening kapla. Kekonon waktu bgn tu study la... Sgt takot ngan paper ni. Aku xmo repeat. Assessment dia sgt remeh. Jd aku kena wat btl2. Bangun pg lps solat subuh, trus masuk dapor. Perot sgt lapar. Jd masak spageti. Utk 3 in 1 punya konsep. Bekfas, lunch & dinner. Settle masak, makan, nonton tv(sempat tu), pi mandi. Kasik refresh. Then sambung study lagi. Tghari Zie call. Stlh sembang2, kata putus tlh dibuat, aku akn g umah Zie utk study. Itu standard. Sbb Zie cikgu aku. Dia bijak skit dr aku. Hehehe... Jd dia kena la ajo anak murid yg kurang bijak lg malas ni. Ptg tu gerak umah Zie. Sblm kami study, mlm tu kitaorg pekena dulu steak kat bangsar -21 Station-. Terbaekkk... lama dah aku tak mkn kat sini. Huhuhu...

27.10.2010
Bangun pagi. Ikot Zie, g Uniten. Dia ada training. Aku? Tak la ikot dia g training. Aku study kat library Uniten. Sungguh tak ku sangka. Aku study kat library. Pergh!!! 1st time in my life ni... Masa aku amek dip dulu pon aku tak pernah jejak kaki ke library utk study. Saya sgt kagum dgn diri saya ya di situ. Berada di library Uniten, br aku dpt feel seorg student. W/pon mrk muda2 belaka. Aku terasa aku spt mereka juga. Dr segi usia. Hahaha... Tp, otak org dh berusia ni, takleh nak masuk input byk2. 5jam je dh buat otak aku jam. Nak muntah rsnya aku ngadap buku. Lagi2 buku akta ijo ni. Aku dh tak tentu arah. Nasib aku bwk laptop ngan broadband. Bole online. Bukak FB & YM. Tak best pon... Akhirnya aku pon bukak email opis. Huhuhu... Semangat keje tu masih menebal dlm diri aku ye. Siap bc suma email. Bls email je tak. Gila, tak pasal2 next time aku coti pon aku kena tgk email. Ishhh... tak kosa den. Ni pon sbb aku buntu & bosan je... Lps solat zohor aku lepak kat surau. xsampai 30minit Zie dtg. Ajak balik. Ler... Ko mmg slamba la jirrah! ;) Then kitaorg balik. Singgah sat kat gerai2 yg kat dpn Uniten. Sampai umah, aku mintak ngan Zie, nak tido jap. Zie approve. :)
Huhuhu... Aku ngan tido mmg tidak dpt dipisahkan. Lps tu sambung study balik. Rs mcm tak cukup masa je. Padan la muka. Sapa yg suh ko tak start dr awal lg. Skrg br kelam kabut kan? Tp, aku mmg takleh study awal2. Sbb cpt lupa.

28.10.2010
Ari yg dinantikan dah tiba. Inilah harinya untuk memuntahkan kembali apa yang aku dah pelajari. Bgn pg awal. Pkl 6.30 dh bgn. Nak kena gerak awal. Sblm ke Dewan Raja Muda, Ke KFC dulu utk bekfas. Kelass tak kitaorg? Study skit2 sambil mkn. Perasaan aku ketika itu? Takmo g periksa. Sbb sgt tak kondipen. Nak nanges rsnya. But have to face it! 3jam masa utk kami berjuang di dewan ini. Aku? ada yg bole jwb. Ada yg tak. Standard la. Arina kan? Bole tak, 10 minit b4 12. Alarm tepon aku berbunyi. Damm! Aku dh off hp. Apsal lak bbunyi. Adoi... Kelam kabut aku matikan hp. Br teringat yg mmg aku ada on alarm kul 12. But mlm td. Sbb nak bgn study balik. Ya ampun salah time rupanya. 12pm ari khamis aku buat rupanya. Bukan 12am ari khamis. Astaga Arina! 1st time in my life alarm hp aku berbunyi dlm dewan peperiksaan. Malu siot... But, kena control. Aku angkat tangan. Mintak kebenaran nak matikan alarm. Kang bunyi lagi, aku gak yg malu. Malu takpa, kalo dihalau? tak ke parah. Nak tau apa diaolg invigilator ---> 'yess, u can off the alarm. nanti org ingat akn ada letupan bom pulak di sini'. sambil gelak2 ngan aku. Apakah? ooo... i know u cuba menenagkan ati & prasaan i waktu ni kan? Tq. 

Tamat sudah perjuangan kami. Kluar dr dewan dgn berbagai2 perasaan. Zie, sampai tak lalu mkn. Aku? Standard. Mkn tetap mkn. Stress ke tak stress, ttp maintain. Sms my PT nak wat appoinment ngan dia ptg ni. Ye la, baik g gym. Bole lpskan tension kat sana. Tp, punya lambat dia reply sms aku. Sampai aku pon wat plan tgk wyg ngan Zie, lps dia abis training nanti. Zie, anto aku ke umah. Si E ni br la reply sms aku. Tanya nak mai pkl bp. Aku pon jwb, 'sori, u lmbt reply. Jd i dh wat appoinment ngan my pren. Esk la i dtg. U free pkl brapa?' Uhhh... tidak berjawab. Gitulah perangai dia. Mls wa nak layan.

Around 6pm, g Spark tgk movie. Crita yg dipilih ialah The Perfect Wedding. Sapa yg ada scandal. Nak dating, leh la dtg sini. Tak ramai org. Yg ado pon cino. Jd, ko mmg takkan terkantoi. Huhuhu. Tiba masa nak menonton, kami berdua je yg ada dlm panggung ni. Fuh!!! 1st time in my life lg, aku tgk wayang, bayo 20hengget. Kitaorg berdua je ada. Eksklusif nie... Ko ada??? Hahaha... Panggung ini aku yg punya! ;) Ni kalo wat wayang pon bole kat sini. Komen about tis film. Best! Aku enjoy the movie. Pelakon dia mmg pandai berlakon. Berjaya menjiwai watak. Tidak fake oke. Aku dpt rasa, secara trus menerus ke hati dan jiwa. Dan spt biasa, ada mesej yg aku dpt dr filem ini. Huhuhu... Zie, aku tau ko dh nyampah dengo ayat aku ni kan???

Lps tgk movie, Lapo la plak. G la mkn kat Ceruk. Dpt mknan, memasing senyap ye. Nampak no lapanya. Sambil makan. Tgk ulik mayang. Ye skrg saya pon dh tergolong di dalam penonton setia drama ini. Settle suma. Balik anto Zie. Amik brg2 aku. Aku pon chaw. Rindunya kat katilll... Sblm tido, smpt bersms ngan pakcik. Dia ada bg sms pg td. Wish me luck for the exam. Tp sengaja aku tak balas. Mlm br teringat nak balas. Then lelap ngan lena... :)

29.10.2010
Semangat ari ni nak g keje. Maklum dh 3 ari tak masok opih. Ekeleh... br 3 hr. Kecohkan aku ni? Ataupon sbb ari ni bakal berjumpa ngan pakcik? Huhuhu... Nak meng'pass' cd Maher Zain yg aku belikan utk dia actually. Dh 2 minggu aku simpan. Tak terbagi2. Mmg jodoh kami ni agak payah la. Nak jumpa pon susah. Standard bila masuk opis slps bercoti mmg sgt bz. Ya ampun... Stress aku yer... Takpa, utk cari rezeki yg halal. Ku redah jua. Around 2pm, got sms from him. Told me that plan has been changed. Ermm... suka ati ko la nak oii. Wa takda hal. Sbb wa, ari2 dh dengo cd abg maher ni. Huhuhu... Dlm ati, tuhan saja yg tau :(

Didn't reply his sms. Mls. Tepon Zie, ajk g Mines. Sbb Ms. Read ada wat sale. Apa lagi on saja. Kekonon tepat pkl 5 nak chaw dah. But biasa la byk no halnya. Jd lmbt 20 minit kluar dr opis. Trus ke mines. Hoyee... Nak soping. Ilangkan stress. Meet up her at mines, trus g Ms. Read. Pergh! mmg harga dia turun abis2an. Bj yg aku pernah beli, yg berharga 200+ now is 69.90. Nak nanges mak. But takda yg berkenan. Maybe sbb takleh nak fitting kot. Pakai sarong je. Tak best dan puas ati la. Jdnya kami pon pi la ke Nichi. Damm it! byknya bj2 yg menariks. Jd minah 2 org ni pon, capai apa2 yg berkenan di hati dan masuk fitting room. I loike soping! Dlm hepi2 menerai bj PT aku sms. Ask me wat time i will come. Hape?? aku tgh hepi kat  sini, ko g tanya aku nak dtg pkl bape. Smlm aku sms tanya. ko tak jwb. Aku, bila ko tak jwb, konsepnya ko tak bole la. Thats why aku wat another plan. Ishhh mamat ni... Aku pon reply. 'Sori I can't. Esk i will. Wat time u can?' He replied, 'esk i g bank nak amek gran'. Dlm ati aku, suka ati la labu. Sambil mengreply sms dia. 'Ok. Kalo gitu ahad je la. Wat time u bole?' Guess wat? Dia tak reply sms aku. Serabut aku ngan mamat ni. Jd abaikan. Let's continue our hapiness.

Lps dh grab sorang 1 bj kat nichi, lapo la pulak. G la delifrance. Aku amek lasagna. Zie amek kopi je. Lepak2 and boraks2. Shireen dtg join kitaorg. Jd meriah la ngan gelak tawa kiatorg. Sambil2 tu aku bersms ngan pakcik. Dia tanya aku kat mana. Aku ckp kat mines. Then aku tanya dia katne? Dia jwb dia kat putrajaya, lps nie nak g puchong. Motif??? nak ajak aku kluar ka? atau aku yg perasan? Huhuhu... tp, don't letak hrpn setinggi gunung ye. Wat relaks je. Around 9 lebey kitaorg balik.

Got sms from him. 'I otw p puchong bdr puteri'. So wat bro? Ko nak apa? Ermmm. Cik Arina yg lembut ati dan takda hal ni pon jwb la sms. 'Ooo... ye ker? i pon otw nak balik umah. Nak jumpa tak?' Daring tak I? dah mamat ni lembab sgt. Ishhh... aku takleh la. Tp yg ni gak yg aku nak sgt. Adoiii... From Mines smpai dh smpai tol dia tak reply sms aku. Jd I decide to go home je la. Dlm ati, sgt geram. Sampai umah, mandi. Bgn fresh bdn. On laptop. On ym, luahkan rasa kat Zie. Dlm ms tu la br dpt sms from him. 'U katne?' Aku geleng kapla 50 kali. Lembabnya ko ni... Aku jawab. 'I kat umah. Dah atas katil nak tido pon...' He replied, 'sorry, i lmbt reply. I dr td still ada kat sini. Ada org call. Tu yg tak prsan ur sms.' Takpa mmg kita takda jodoh kot... Jdnya Maher Zain masih lagi bersama saya. Tak tau la bila akan bertukar hak milik.  

Yerrr... Sy tau. Sungguh panjang entry ini. Tp, sgt sgt suka utk mencoretkannya di dlm blog sy. Motifff???

See ya! :) :) :)

Ke Jalan TAR

Weekend dtg lagi... Apa yg aku akan lakukan yer????

Jeng... Jeng... Jeng... Aku kena jd driver mak ngan abah hari ni. Mak ajak g Jalan TAR... Ermm... mak aku mmg suka ngan Jalan TAR. Aku ikut jer... Niat di hati nak jd anak yg berbakti pada mak ngan abah ;)

Around kul 9 lebey, br gerak. smpai KL dh dkt kul 11. Jammed ko... Lupa yg next week dh deepavali. Jd kaum india ramai la nak bersoping. Yg kitaorg ni sama nak bersoping apa hal? Huhuhu... Rasa mcm kat bombay je td. Tp, best gak tgk gelagat org soping raya ni. Itulah uniknya Malaysia...

Dpt la ngepau mak 2 pasang kain. Senin ni nak anto kat Zairul. Utk wedding Piza ujung bln dpn. Yeahhh... akhirnya dpt gak bj. W/pon tak mengikot tema sgt. Takpa... Asalkan bj baru.. I loike... Tima kasih mak... ;)

Sgt penat la ari ni. Sbb ngadap jln jammed. Apapun wa tabik sama mak wa. W/pon selama ni, dia duk je kat sblh abah. Tak pernah bwk keta. Tp, dia tau, jln2 nak ke KL. Ari ni aku belajo 2 jln. Along respect la kat mak!

See ya! :)


Sunday, October 24, 2010

Bubur nasi + sup ayam

Tido tak bape lena. Maklum bdn tak bape sehat. Pg td je 4 kali terjaga. Pkl 5am, solat isyak. Perangai agak truk la aku ni. Lately ni sokmo solat isyak lambat. Isyy... camne nie??? Then tido. Pkl 6.30am solat subuh lak. Then tido balik. Around 8am terbangun, Teringat kat mak. Kata nak dtg ari ni. Trus capai tepon. Call mak. Ermm... tgh rewang lak. Suh aku tepon esk. Apakah??? ptg ni tak leh ker? Hahaha... mak aku gabra, jwb tepon dikhalayak ramai... Tido balik lps end the call. Pukul 10 lebey br terbangun. Trus teringin nak mkn bubur nasi ngan sup ayam yg mcm Zie masak utk adik dia hr tu. Lama gak aku tak masak bubur ngan sup ni. Apa lg, trus bgn. Trun bawah.

Sblm turun tu, jenguk bilik adik aku dulu. Ermm... xda. Keje la tu. OT. Maklum, org nak beli keta. Semangat tgh berkobar2 la tu...

Sampai bwh bukak pintu, langsir, bg cahaya masuk umah skit. Malap je umah nie... Jenguk luar ujan. La, ujan ka. Patut la aku syok je tido. Huhuhu...

Jenguk fridge, kuarkan bahan2 nak wat sup ayam. Lama gak ayam ni tersimpan dlm fridge. Tak termasak2. Br perasan yg stok bahan mentah byk dlm fridge ni. Isy... Malas sungguh aku nak memasak skrg nie. Then masak bubur. Tamak tak tamak aku nie, pi basuh beras sbyk 1 pot. Lupa yg bubur bila dimasak jd banyak. Hambek ko, byknye... Takpa, adik ada.

Siap suma, mkn la bubur ngan sup ayam yg dimasak. Tawo habiak. Nampak no, msk utk org sakit ni. Takpa la. Janji ada menda yg bole alas perot. Kasi bdn sehat skit. Lps mkn, sangap. Huhuhu... Takleh jd ni. Naik atas. Mandi, solat zohor. Baru fresh balik.

La nie, bercinta nak bukak notes law... Wargh... sgt xda mood. Cpt la dtg wahai mood. Target for A Arina for this paper. Don't target for C. Erkkk.. Itu nasihat Kak Haila mlm td. Mampukah aku? InsyaAllah... Mudah2an.

So, lets go babe! Start now!

See ya! :)



Saturday, October 23, 2010

Before final - Part 1

Badan nak demam. Bkn sbb study kuat sgt. But keje keras kat gym 2 ari berturut2. PT aku kalo bad mood, mmg aku jd mangsa. Dia blasah aku abis2an... Apa nak wat, dpt PT yg beremosi... redha je la... tp sesekali aku kena warn gak mamat nie. Nasehat akak utk adeknya... bole??? hihihi...

Tgh berkira2 samada esk nak on training ke tidak. Tak leh jd nie. Den nak exam next week. Org kata, skrg tahap kritikal. Hv to decide by tonight. Jd can inform him. But, I nak achieve my target. Syg nak cxl... Camne ek??? Alahai...

Dlm bz nak exam tu, sempat gak tgk movie ngan rohani. Tgk cite 'Life Is We Know It'. Lakonan Katherine Heigl & Josh Duhamel. Layan la crita ni. Sbb takyah nak pikir sgt. Crita simple but hv a msg.

Okela... tak larat rsnya. kapla suda pusing. To be continued.

See ya...

p/s: br sms incik pt, utk cxl training esk. btmbh bengang la dia ngan aku.... hihihi...

Wednesday, October 13, 2010

Last Week

Hati dan perasaan tak tenteram sejak akhir2 ini. Macam-macam yg berlaku. But, life must go on... Perasaan yg paling teruk adalah last week.

on 6 Oct tu, belah pagi, as usual call mak @ Wak Jimah. Biasa le. Every week mesti call. Tanya kabo. Suddenly tgh crita2 dia mintak 1 of my member punya no. Ish pelik la pulok. Tak pernah2 pon. Then aku pun tanya la nak wat pe? She answer me "adalah". Me, tak puas ati. Korek selagi bole. Then, dia nak suh aku kawen ngan member aku ni. Apakah? Why? With him? Now look my parents yg desperate.

Ya Allah... Berikan kekuatan pada hambaMu ini. Inilah perkara yg selama ini aku takuti dan aku takmo pikir sgt. Now, its happen. Aku bole rilex and cool kalo ada org tanya pasal menda ni. But when its come from my parents... Owh... saya sgt tertekan. Sgtt... And now looks like saya ni sgt tak laku. My parents plak yg terhengeh2 nak suh aku kawen ngan mamat ni. Beria-ria ni. Tak paham aku. The arguments happen here. Aku jadi anak yg derhaka skjp masa tu. Ye aku berdosa sgt. Maklum, ko takmo kan. Cuba ngan org yg ko nak. Tanpa byk ckp, onnn jer... :)

But then, I need to told her the truth. Everything. About me, 'pakcik', and him. Then, after that she cool down. Me too :). In this case I have to be rational and honest. They are my parents. I have to respect them. Bak kata org 'tarik rambut dlm tepung, jgn sampai tepung berterabur'. Is it true eh? Ah! belasah. Nanti aku check ngan Karam Singh Walia.

Mak, Abah, along tau umur Along dah meningkat. But please... please... please... Jodoh dan maut semuanya ketentuanNya. Ada jodoh nanti InsyaAllah ada la tu. Kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukannya. Usaha dah dilakukan, skrg ni kita serahkan padaNya... InsyaAllah akan sampai jua saat dan detik itu 1 hari nanti. Along tahu Mak ngan Abah risau. Nak pikir lagi orang keliling punya kata2. Ye mungkin Along tak berada di situasi Mak ngan Abah. Tp, kita jgn pikirkan sgt kata2 org keliling. Sbb menda ni takkan abis. People always talking and they never stop. That's life! Apa2 pun, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Mak ngan Abah terus berdoa untuk anakmu ye...

Lps dah nangis2, sedih, sedu sedan. Masuk toilet. Ye la, kang bos nampak mata merah, menangis, dia banyak tanya plak. Tak ke aku meraung plak dpn dia. Maklum, jiwa tgh kaco.

Dah stabil skit, pi turun bwh plak. Nak bg some doc to my insurance agent. Then aku kembali senyum... :) Sampai telinga ko... Apapun alhamdulillah. Syukurrr... Naik atas pon, aku still senyum... Bila dpt call, lg la nak wat lompat bintang rasanya. Hihihihi...

Petang tu, balik dr opis g raya umah Kam. Hahaha.. raya dh nak abih pon. Kat umah Kam, di jamu ngan nasik impit, kuah kacang, rendang ayam. Pergh!!! Ptg ni nak g FF. Macam mana ni??? Belasah... Rezeki jgn ditolak...

Dr Bangi ke Puchong. Sampai tepat pada masanya. Tp, still lambat gak. Sbb tak tukar bj lg. Mcm biasa PT aku ni membebel gak ngan aku. Aku plak melawan. Confirm mamat ni bengang ngan aku. Ishh... kuat melawan budak ni. Apapon sy tlh meng'hepi'kan dia. Bcoz, within 2 month train with him, I manage to reduce my weight, 6kg. Wah!!! Suker... Giler tak suka. Penat lelah, derita, kepayahan masa aku train terus aku lupakan. Dia siap tunjuk kat consultant aku, bos dia, kwn2 dia, yg dia dh berjaya. Poyo kan mamat ni??? Takpa, tu kerja dia...

Abih from training got sms from Abe ngan 'pakcik'. Ajk gi karok kat tgkt 3. Perasaan masa tu, nak ke tak nak. Ish... susah nak decide. SMS Zie, tanya pendapat, tak berbls. Then lps selesai mandi, jwb la sms Abe. 'Oke. Sat lg aku naik'. Betulkah keputusan aku ni? But this is my choice. Nak release. Persoalannya, release ka? Hahaha... Aku punya rasa dlm 1 hari tu, mcm2 ada. Sedih, suka, confius, complicated... Mcm2 la... but thats life babe! It's colourful!!!

To be continued...

See ya...

Tuesday, October 5, 2010

Doaku untukmu...

Hati risau memikirkan seseorang. Malam tido tak lena. Terkadang macam termimpikannya. Sangat tak selesa. Sebab, setelah mencuba berulangkali nak buang semua perasaan ni, pasti akan gagal. Dah tak terkira & terbilang kegagalan aku untuk membuangnya. Persoalannya, adakah dia begitu?

Almost 5 years terkurung dlm situasi ini, agaknya bila akan berakhir semua ni??? Penat, letih, sedih semuanya dah tak tau nak didescribekan. YaAllah bantulah hambaMu ini. Semoga aku terus tabah untuk menghadapinya. Kuatkan imanku dan tabahkanlah hatiku dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Sesungguhnya aku redha YaAllah. 

YaAllah kau berilah jua dia kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Berilah petunjuk dan hidayahMu kepadaNya, agar dia dapat menjadi manusia yang lebih baik dari semalam. Semoga jalan yang dipilihnya tidak tersasar jauh dari rahmat dan keberkatanMu. Dan semoga dia tabah dan sabar menghadapi ujian dariMu.
 Amin...