Friday, June 17, 2011

Alhamdulillah...

Sempena keberkatan hari jumaat ini, aku bersyukur kepada Ilahi dengan segala yang dikurniakan padaku....

Hari yang ditunggu2 telah tiba. Pepagi dah datang opis. Sebab nak check result exam. Bukak je email, berdebar. Dup dap dup dap... Dengan lafaz Bismillah... aku bukak email. Trus click kat email from Uitm. Ya Allah... Alhamdulillah. Gugur air mata aku tengok result aku. Tak sia2 usaha gigih aku selama ini. Alhamdulillah.

Trus call Jirrah. Nak bgtau result. Aku nak share dgn orang yang sama2 membantu aku berusaha dengan gigih sem ni. Begitu gak sem2 yg lepas. Thanks Jirr! Gembira sangat.

Betullah kata orang, yang usaha tangga kejayaan. Sem ni aku nampak yang effort aku lebih skit dari biasa. Kenapa la dedulu aku tak cam ni ek? Huhuhu... Tapi naseb baik aku sedar diri sebelum terlambat. At least tak sia2 perjalanan aku ulang alik dari Cyberjaya ke Shah Alam yg sekarang ni dah menjangkau 5 tahun. Ada 1 tahun setengah lagi perjuangan aku akan berakhir. InsyaAllah... Gile lama aku belajo ye. Sila percaya! Hehehe... Minta dipermudahkan segalanya oleh Allah.

Dan hari ni jugak genap 5 tahun aku keje ngan bos aku. Pergh!!! tak sangka dah 5 tahun beb. Dengan bos yang sama.  Aku rasa rekod gak ni. Sebab, seketeri lain kat opih ni, xda kot yg jaga bos sampai 5 tahun. Time flies... Aku rasa mcm baru semalam je aku kena report duty ngan dia. Mengadap lepas lunch hour. Sebab masa tu aku ada latihan kawad kaki sempena hari merdeka 2006 (Owh... sudah 5 tahun jugak aku mengenali kawan2 kawad aku. I luv & miss u all. Korang mmg terbaekkk... ). Jadi shift aku masuk opis ialah selepas lunch. Pepagi dah kena kawad kaki kat kem sungai besi. Cuak gak. Dapat bos baru. Yang selama ni kalo jumpa, just berbalas senyuman je. langsung tak pernah bertegur sapa. Maklum aku ni bukan ramah mesra pon.Hihihi...

5 tahun, pahit dan manis, jatuh dan bangun, suka dan duka. Banyak mengajar aku jadi lebih matang. Dan banyak benda yang aku dapat belajar menjadi seketeri pada bos aku ni. Yang mana pengalaman ni tak bole dijual beli kat mana2. Isetan ngan parkson pon tak ade jual.

Apa yang aku boleh ucapkan. Syukur alhamdulillah. Dikurniakan bos yang ok sangat. Yang tak menyusahkan. Dan tak banyak kerenah dan ragam. Ye ke begitu baik bos aku? Standard la manusia ada sisi baik dan buruk. Dia pon mcm tu gak. Mana la ada manusia yang perfect kat dunia ni. Aku terima seadanya, sebab dia pon kena terima aku seadanya. Hihihi... Dia kira ok sangat as a bos. Kekadang terpikir gak aku, camne la kalo dia dah tak jadik bos aku lagi ek. Sebabnya aku dah berada di zon selesa lama sangat ni. Mau mengelabah aku. Apa pun yang bakal berlaku selepas ni, aku kena redha. Kena kuat.


Apa pon aku ingat sampai sekarang kata2 dia. Bila mana aku ckap ngan dia, "saya ni xda cert seketeri. Jadi saya tak sehebat mereka. Jangan letak harapan tinggi sangat pada saya. Tapi saya akan cuba belajar dan usaha jadi yang terbaik. Minta tolong tegur saya if ada apa2 yang tak betul dan kurang menyenangkan." Gile kentang aku cakap macam tu, masa mula2 mengadap. Tapi itulah aku. Baik aku terus terang. Dari susah di kemudian hari. Then dia jawab, "takpa arina, saya pon tak pernah ada seketeri. You yang pertama, kita belajar sama2". Owh... so swett. Lagi senang keje aku (masa ni aku rasa aku mcm dah tumbuh tanduk seketui. Sambil dalam hati, sgt lega...) Hehehe... (",)

See ya!!! :)

p/s: Sy yg excited 1st time dpt 3 pointer telah salah tertengok tarikh. Actually 17 July baru genap 5 taun. Kikiki... Ampon yer... Nenanti kita citer balik pasal ni.

No comments:

Post a Comment