Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Situasi

Kita takkan tahu apakah 'perasan' itu, jika kita tidak berada di situasi tersebut. Kita hanya mampu melihat dan mendengar. Tak lebih dari itu. Tetapi apabila kita sudah pun berada di tempat itu, barulah kita boleh merasainya.

Begitulah aku. Aku tidak lagi menjadi seorang ibu. Hanyalah seorang anak. Yang sangat keras hatinya. Tetapi akan menjadi lembut apabila tersedar dari kewarasannya. Nak dihitung terlalu banyak kesilapan dan kemurkaan yang telah ku lakukan. dan aku cuba untuk menebusnya. Kerana sesungguhnya aku manusia yang lemah yang tidak terlepas dari kesilapan.

Apapun, biarlah masa menentukan segalanya. Semoga kematanganku akan meningkat selaras dengan usiaku. Jauhkan kisah-kisah lampau yang tercuit di hati ini. Semoga ia menjadi iktibar untuk aku meneruskan kehidupan ini dan tidak akan berulang lagi.

Doaku semoga semuanya berjalan lancar. Buruk dan baik aku kena terima. Kerana aku adalah dia. Kenyataan itu takkan berubah sampai aku menutup mata. Redha itulah tuntutannya. Bersyukur dengan apa yang kumiliki. Kerana sesungguhnya ada orang lain yang tidak seberuntung aku. Semoga Allah memrahmati dan memberi pentunjuk dan hidayah kepada kami. Amin...

See ya!!!

Wednesday, February 23, 2011

EMAK

Di suatu pagi yang busy. Owh... saya memang sangat busy sejak dapat 'adik-beradik' yang ramai. Hehehe... :) Auntie cleaner dtg tempat aku amek sampah. Mcm biasa, auntie cleaner menegur aku. Hari ni, aku ada mood nak bercrita & beramah mesra lelebih ngan auntie ni. Aku tanya dah sehat ke? Dia jawab dah. Aku sambung keje aku, dan dia sambung buat keje dia. Then, tetiba dia tanya aku.
Auntie: Adik..., awk masih ingat tak lagi saya ada ckp psl mak saya?
Aku: Ada. Dia sudah sehat ke auntie?
Auntie: Dia sudah mati la adik. 12hb ari tu...
Aku: Oooo... ya ka?

Aku pandang muka dia. Ada raut kesayuan di wajahnya. Dia mula bercerita pada aku. Kesedihan terpancar diwajahnya. Satu ayat yg buat aku bertambah sedih bila dia ckp, "sedeylah mak sudah takda". Aku terdiam. Ada linangan air mata yg mengalir. Aku cuba control. "xpa auntie, byk sabar ok". Hanya itu yg mampu ku ucapkan. Dia senyum dan terus berlalu ke bilik bos aku, utk menyambung tugasnya.
Then, aku pun terus telefon mak aku...
Kesimpulannya, EMAK sangat penting dalam kehidupan kita. Kalau mak takda memang sedih. Tak dapat aku nak gambarkan keadaan aku nanti. Namun, apa-apa pun, itulah kitaran kehidupan. Dah sampai masanya nanti, setiap manusia akan kembali kepadaNya. Sebagai manusia kita kena Redha. Oleh itu hargailah saat yang kita ada untuk bersama EMAK kita. Jadilah anak yang terbaik buat EMAK kita...

See ya!

Friday, February 4, 2011

Menyesal

Kadang-kadang aku tertanya pada diri aku. Menyesalkah aku dengan keputusan yang ku ambil ini? 2009 adalah tahun yang ku kira tahun rezeki pada diriku. Dengan izinNya aku telah berjaya memiliki sebuah lagi harta yang kukira orang lain akan fikir aku ni gila ke buat keputusan itu.

Memang dengan memilikinya adalah impian dan keinginanku. Tahun 2009 adalah tahun aku eager to get it. Aku berusaha bersungguh-sungguh ke sana ke mari untuk mencari impian hati. Impian gadis ini, cuma nak cari yang kecil, selesa, dekat dengan office dan tempat belajar dan yang penting selamat. Maklum, belum berkahwin. Jadi, itu adalah kriteria-kriteria yang penting bagiku.

Bila dah jumpa yang berkenan di hati, yang telah memenuhi kriteria di atas, mak dengan abah pulak tak suka. Siap cakap ngan aku, 'kalo ko beli, aku takkan datang umah ko. Tinggi sangat.' Ikut darah muda aku yang hangat ni, aku akan cakap 'ah, ada aku kesah? lagi best kalo tak datang.' Dushh! Aku kembali ke alam nyata. Yang mana, ikutlah dan patuhlah dengan cakap mak dengan abah. Aku cuba sedaya upaya untuk menghormati pendapat mereka. Walaupun merajuk dan kecil hati jugak. Tapi jangan layankan sangat perasaan itu. Sebab nanti susah, mak dengan abah juga yang bantu. Aku pegang menda tu.

Usaha tetap diteruskan. Sehingga aku berjumpa dengan pilihan hati yang telah ku miliki sekarang ini. Bila kuusulkan kepada mak dengan abah, mereka datang tengok bersama-sama dan terus bersetuju untuk aku memilikinya. Tak sampai 24 hours they said "yes, can." Aku terkedu seketika. Betul ke ni? Yes, it's true Arina. Hari tu jugak aku bayar duit booking. Semua duit untuk permulaan dikeluarkan oleh abah aku. Kiranya aku berhutang la dengan abahku untuk memiliki harta ini.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga memiliki impianku ini. Dengan bantuan abah. Banyak ni utang aku ngan abah. Tak tahulah bila nak abis bayo. Huhuhu... Dengan angah yang jadi penjaminku. Maklum gaji tak lepas nak buat loan sesorang. :)

Now dah setahun aku tinggal di sini. Banyak sangat suka dan duka yang ku lalui. Tapi yang banyaknya adalah duka. Maklum, aku menanggung sumanya seorang diri. Tanpa bantuan sesiapa. Kadang-kadang aku rasa nak give-up. Nak surrender. Orang luar hanya nampak kesenangannya sahaja. 'wah, banyak duit dia ni.' Kata mereka. Kesusahan dan kepayahan yang aku tanggung mereka tak nampak.

Tapi, bila kufikirkan kembali, aku seharusnya bersyukur dengan apa yang ku miliki. Tak semua orang dapat apa yang aku miliki sekarang ni. Itulah yang menjadi kekuatan aku sampai sekarang. InsyaAllah, selagi Allah berikan kesihatan yang baik untuk aku bekerja keras, aku akan teruskan. Tiada lagi perkataan menyesal yang akan terlintas difikiranku.

InsyaAllah, dengan adanya mak dan abah dan sahabat yang sentiasa berada di saat susah dan senangku. Aku akan lebih kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan yang mendatang. Merekalah kekuatan aku untuk aku terus berjuang. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisiku.

Buat Angah, InsyaAllah satu hari nanti along akan keluarkan nama kamu daripada menjadi penjamin. Supaya mudah untuk kamu untuk memiliki juga harta kamu sendiri. Tiada lagi bebanan untuk kamu. Itu janji along. Terima kasih kerana sudi menjadi penjamin along di saat diperlukan. Minta maaf andai along menyusahkan. But always deep in my heart 'air dicincang takkan putus'. Hopefully adik-adikku juga sentiasa akan mengingati kata-kata azimat ini sebagai pegangan....

See ya!


Monday, January 24, 2011

Lelaki Misteri

Seorang teman pernah bertanya padaku "Arina, ko nak ke dengan lelaki misteri? Menyusahkan je la." Terdiam aku seketika. "A'ah kan... xmo la aku. Pening pulak aku nanti." Dialog ini kami bualkan ketika berbicara tentang seseorang.

Itulah jawapan yang aku berikan pada si teman. Hasil dari tindak balas logikku ketika itu. Iyalah, sapa aje yang nak dengan orang yang misteri ni kan? Lebih banyak susahnya dari yang senang. Kesabaran yang tinggi juga amat diperlukan di sini. Tetapi mungkin ada juga kemanisannya di sini. We never knows....

Tetapi realitinya, kalo dah jodoh, tak ke mana. If lelaki yang misteri itu, memang sudah tertulis jodoh aku, aku redha dengan ketentuanNya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

Persoalannya sekarang, siapakah lelaki misteri itu? :)

See ya!

Tuesday, January 18, 2011

Menangis suka & menangis duka

Semalam aku menangis sedih dan hari ni aku menangis gembira pula. Warna warni dalam kehidupan itu sungguh indah. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri untuk memberi penafsirannya...

Alhamdulillah, aku masih teguh berdiri di sini dengan kekuatan yang Allah kurniakan kepadaku. Syukur... Semoga apa yang berlaku semalam dan hari ini menjadi pengajaran yang berguna di dalam kehidupanku. Dan lebih mematangkanku. InsyaAllah...

See ya!!!

Sunday, January 9, 2011

Muhasabah Diri

Jumaat lepas kat opih ada perhimpunan bulanan kali pertama untuk tahun 2011. Dlm agenda majlis akan berlangsung dari 9.00am to 11.30am. Mak aii!!! Lamonye... Apo bondo yg nak dikabokan ni? Adus!

Oke. Memula kita nanyi lagu Negaraku. Lps tu ada video xtiviti tahun 2010. Then kita dengo amanat dr Tan Sri Chairman. 10.30am abih dah. Pergh!!! Lega dah abih. Den dah kejung kesejukan kat dlm auditorium ni. Sejuk ya amat. Sahabat kat sebelah kemut nak share shawl dia ;) Lps tu kan tetiba puan pengerusi majlis kata slps ni kita ada sesi motivasi bersama dengan Prof. Dr. Muhaya. Hah??? Sesi motivasi? Prof. Dr. Muhaya? Apakah? Siapakah? Tak mengapa. Mungkin ini pembaharuan yang opis aku nak buat untuk tahun ini.

Orang yang disebut pun tiba. 1st time nampak Prof., sejuk ati den tgk. Perasaan ini dtg dr atiku yg tulus ikhlas ketika memandang wajah beliau. Tak tipu. Ini betul2 punya...

Bermulalah sesi motivasi. MasyaAllah... SubhannaAllah... Sesungguhnya aku sgt bersyukur mendengar talk from Prof. Sgt bersyukur kerana berpeluang untuk mendengarnya. Terima kasih opisku kerana menjemput beliau.

Kesedaran, keinsafan datang takkala beliau menceritakan tentang proses kejadian manusia. Insaf aku sbg hambaNya. Kerdil sungguh aku di sisiNya. Alhamdulillah, syukur, kerna aku masih bisa diberikan kesempatan untuk membetulkan kesalahan, kesilapan & kekhilafanku.

InsyaAllah apa yang Prof. sampaikan akan tersemat dan menjadi pembakar semangat untuk aku menjadi yg lebih baik untuk masa hadapan. Akan ku usahakan untuk memperbaiki kelemahanku ini. Agar aku menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapaku dan insan yang disenangi oleh org yg berada di sekelilingku.

Setelah selesai sumanya. Aku duk kat tempat dan settlekan apa2 yg patut. Maklum nak half day utk gi serbis Cik Natrah lps ni. Then, dgn segera bukak pakcik google utk mencari siapakah gerangan wanita yang besemangat waja dan petah berbicara yg telah menjadi ikon saya ketika ini. Wah... baru saya tau. Saya sgt admire dgn beliau. Slps membaca serba sedikit berkenaan beliau. Di bwh ada sikit maklumat mengenai beliau untuk dikongsi bersama. Yg saya copy & paste dr website beliau.

------------------------------------------

Professor Dr. Muhaya Mohamad currently serves as Consultant Eye Surgeon and Director of PCMC Eye and Lasik Centre Prince Court Medical Centre, Professor of Ophthalmology of Universiti Kebangsaan Malaysia, and Adjunct Professor to International Islamic University of Malaysia. Currently, she is the Chairperson of Malaysian Medical Association Ophthalmological Society.

Besides that, she does motivational speeches to UKM, PCMC staff and students, professionals and on TV and currently she’s also the Director of Personal Development of ACMS.

Prof Muhaya graduated from medical school in 1985, obtained a Fellowship in Uveitis at Moorfields Eye Hospital, United Kingdom in 1998, which culminated in a PhD from University of London in Ocular Immunology. She was the first Malaysian to sub-specialise in Uveitis and started the first Uveitis Service and immunosuppressive therapy in autoimmune eye diseases in the country

To date, she is the point of reference in the management of Uveitis cases since 1998 and has provided training for local ophthalmologists and residents in the field of Uveitis. In 2005, Prof Muhaya was awarded with Special Distinguished Service Award by the Asia Pacific Academy of Ophthalmology (APAO) at the 20th Congress of APAO, Kuala Lumpur.

Prof Muhaya is also the first Malaysian to have a formal training in the use and interpretation of Optical Coherence Tomography which is the latest state of the art diagnostic instrument, crucial in the management of retina and glaucoma cases. In 2006 she organised the first OCT symposium in Malaysia.

Her latest achievement is being the first ophthalmologist in South East Asia to perform bladeless femtosecond LASIK using the Visumax system which is the latest bladeless LASIK system. As a Professor in Ophthalmology, she has been giving lectures to undergraduates and postgraduates of UKM in general ophthalmology, Uveitis, medical retina and neuro-ophthalmology.

Apart from Ophthalmology her other passion is personal development and motivation and she is a regular speaker in the ACMS and PCMC orientation week talking about personal effectiveness and a regular speaker for motivation talks to medical students in UKM, International Islamic University, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia and Cyberjaya University College of Medicine. Her latest invitation on motivation is on Hot at One Motivation on TV1 on 2nd January 2009 and 16th February 2009 on topic “Self Esteem”.

Until today she appears on IKIM, TV1 and TV2 frequently. And to date, she has also recorded her new show on astro prima coming out this year.

She is frequently invited to local mass media to speak about eye diseases and has a regular column on eye care in the Utusan Malaysia. Professor Muhaya uses the holistic approach in dealing with her patients by stressing the importance of being grateful at every moment in their life. Her ability to incorporate Islamic values into everyday life and her professional practice makes her a much sought after speaker in personal and professional development talk and eye surgeon in Malaysia. She was instrumental in starting the personal and professional development module to be incorporated in UKM medical faculty curriculum.


---------------------------------

See ya!!!

p/s: Tak semua yang baik itu dapat diterima oleh suma orang. Ketika aku tgh mkn nasi ayam thai yg lazat & best di cafe. Kedengaran ckp2 kurang enak berkenaan beliau. Ada yang mempertikaian beliau. Ermm... ntahlah. Itu la manusia in reality. Oleh itu, tepuk dada tanya hati. Kalo hati mmg dh tak elok, mmg akan pandang org, sumanya tak elok jugak. Huhuhu... ;) Jd pikir2kanlah! Peace no war!

Tuesday, January 4, 2011

Apa yang kau mahu?

Soalan itu muncul dari seorang teman semalam. Ketika pertanyaan itu terpancul dari mulutnya aku terdiam seketika. Lama... Dan jawapan yang terkeluar dari mulut aku ialah 'aku nak abiskan degree aku.' Itulah jawapan yang dapat aku fikirkan masa tu. Erm... I'm lost actually...

Bagi aku, banyak yang aku inginkan dalam kehidupan ini. Tak tertulis rasanya. Itulah manusia. Tak pernah cukup dan puas dengan apa yang dimiliki.

Masa kat sekolah menengah dulu. Aku pernah cakap ngan nenek yang lepas SPM aku nak kawen. Hahaha... GATAL kan aku? Nenek aku gelak je. Dia tanya kenapa? Aku jawab, 'along takmo jadi macam abah. Dah tua tapi anak masih sekolah lagi.' Yer, mulut aku agak kelongkangan di situ. Hahaha... :) Nenek aku dengan cool jawab. 'ye bole.' Nenek memang best!

Itu cerita 11 tahun dahulu. Kalo nenek aku ungkit crita ni, aku sengih je la. Harapnye nenek tak ingat cita2 kawen muda aku ni ;) Itu apa yang aku mahu ketika itu. Realitinya sungguh berbeza. Sampai sekarang jodoh aku tak sampai lagik :) Amek ko, now, usia aku pun dah nak mencecah usia abah aku masa dia kawen dulu. Hohoho... Lumrah kehidupan, kita hanya merancang Allah juga yang akan menentukan...

Menjalani kehidupan sekarang ni, Allhamdulillah... Aku bersyukur kepada Allah dengan apa yang aku miliki. Sangat bersyukur... ;)

Jadi apa yang anda mahu? Lain orang lain kemahuannya. Jadi marilah kita terus berusaha untuk mencapai segala impian yang kita ingini.

See ya!

Wednesday, December 29, 2010

Wasatiah - Part 1

Semalam berlunch-lunch kat luar. Bos coti, jadi panjang langkah skit nak kuar g lunch ni :) Lama sudah tak kluar makan ngan wak. Kitaorg suka kluar ngan dia. Sbbnya dia akan bwk kete. Org 'P' tinggi ni ada reserved furking. Tak macam kami yg takat 'S' ni. Kalo dh dpt furking kat basement, mmg bercinta nak g kluar mana2. Maklum sayang keta. Hehehe... Lagi satu yg paling best dia akan blanja kitaorg makan. Yehaa!!! Jarang kalo kuar ngan wak, duit kat wallet kami akan berkurangan... ;) 

Otw nak ke kedai mkn. Singgah Petronas. Nak jumpa pokcik cimb yg kayo tu. Sambil nunggu nak parking, kuar lah dialog ni. Yang sikit sebanyak memberi iktibar kat aku.

Aku: Anak ko brapa org?
Wak: Anak aku 7
Dia jwb sambil gelak.
Aku: Anak ko yg sekolah la...
Wak: Oooo... ko tak ckp. 5 org.
Aku pandang dia...

Apa yang aku nak crita kat sini. Ialah tentang kesederhanaan. Wak yang aku kenal. Orang yang sempoi. Eventhough dia seorg manager. Tp gaya, cara dia xserupa manager pon. Dia Seorang yg selamba. Anak 7 orang. Wife tidak bekerja. Aku yg nmpk dr luaran ni, salute dgn dia. Mcm mana dia boleh manage. Yg kat dlm tu kita tak bole nampak la. Susah senang hanya dia yang tahu.

Aku yg single mingle ni pon kekadang tak bole nak manage. Especially bab duit. Di akui bahawa saya sangat teruk dalam bab pengurusan kewangan. Huhuhu... tu sebab tak jadi akauntan.

Ok, mari kita kembali ke cerita asal ye. Satu benda yg wak cakap dengan aku masa aku tanya dia macam mana dia bole manage dgn dia seorg shj yg bekerja. Jawapan dia sgt simple. "Ko ada seringgit, belanja la dgn cara ada duit singgit. Jgn pulak ko belanja mcm ko ada duit 10 ringgit". Aku terdiam...

Life is simple. Kita manusia ni yang selalu membuatkannya susah. Jadi, marilah kita berwasatiah dalam kehidupan. InsyaAllah hidup kita akan aman & damai...

See ya!!! :)