Tuesday, January 4, 2011

Apa yang kau mahu?

Soalan itu muncul dari seorang teman semalam. Ketika pertanyaan itu terpancul dari mulutnya aku terdiam seketika. Lama... Dan jawapan yang terkeluar dari mulut aku ialah 'aku nak abiskan degree aku.' Itulah jawapan yang dapat aku fikirkan masa tu. Erm... I'm lost actually...

Bagi aku, banyak yang aku inginkan dalam kehidupan ini. Tak tertulis rasanya. Itulah manusia. Tak pernah cukup dan puas dengan apa yang dimiliki.

Masa kat sekolah menengah dulu. Aku pernah cakap ngan nenek yang lepas SPM aku nak kawen. Hahaha... GATAL kan aku? Nenek aku gelak je. Dia tanya kenapa? Aku jawab, 'along takmo jadi macam abah. Dah tua tapi anak masih sekolah lagi.' Yer, mulut aku agak kelongkangan di situ. Hahaha... :) Nenek aku dengan cool jawab. 'ye bole.' Nenek memang best!

Itu cerita 11 tahun dahulu. Kalo nenek aku ungkit crita ni, aku sengih je la. Harapnye nenek tak ingat cita2 kawen muda aku ni ;) Itu apa yang aku mahu ketika itu. Realitinya sungguh berbeza. Sampai sekarang jodoh aku tak sampai lagik :) Amek ko, now, usia aku pun dah nak mencecah usia abah aku masa dia kawen dulu. Hohoho... Lumrah kehidupan, kita hanya merancang Allah juga yang akan menentukan...

Menjalani kehidupan sekarang ni, Allhamdulillah... Aku bersyukur kepada Allah dengan apa yang aku miliki. Sangat bersyukur... ;)

Jadi apa yang anda mahu? Lain orang lain kemahuannya. Jadi marilah kita terus berusaha untuk mencapai segala impian yang kita ingini.

See ya!

No comments:

Post a Comment