Sunday, January 16, 2011

Kerana "Ayam Masak Lomak Cili Api"

Sejak 2 menjak ni, keinginan nak memasak amat membuak2. Rasanya macam nak kembali semula ke zaman dolu2. Adakah apa2 yg tersirat & tersurat dengan perubahan ini? Hehehe...

Semalam, teringin sangat nak makan masak lomak cili api. Duk bujang ni, kalo nak makan kena la masak sendiri. Tak pun g la kedai. Tu pun kalo jumpa.

Dengan semangat waja. Ke dapur keluarkan bahan2 nak masak. Yang tak tahan tu, siap kluarkan ayam ngan udang skali. Cadang nak masak sambal udang gak. Confius di situ. Aku nak mkn sorang je. Yang beria sangat nak makan berbagai2 lauk ni apahal? Jadi dengan redha, masukkan semula udang. Tinggallah sang ayam sajo... :)

Tgh potong bawang, pisauku yg kehausan break, telah terhiris jari manisku skali. Makkk.... sakitnya (Mak jugak yg aku sebut. Tu pun xsedar2 lagik asik nak menderhaka je keje aku... huhuhu...). Panic seketika aku takkala tgk darah yang mengalir deras. Aku duduk diam2. Lps cuci ngan air. Darah still kluar ngan banyaknya. Aku amek keputusan tarik tisu banyak2 untuk tahan darah. Mmg tebal la tisu yg aku balut kat jariku yg terluka itu. Then sambung balik potong2 bahan2 yang nak buat masak lomak. Alhamdulillah, darah berjaya berenti jugak.

Alahai Arina oooiii... Nampak sangat yang ko dah lama tak masak. Sampai pisau pun dah tak kenal ko. Tu yang dia siap bagi kusyen a.k.a keychain garisan kat ko. Hahahaha.....

Sememangnya malang memang tidak berbau :) Apapun aku berjaya memasak ayam masak lomak cili api yang aku sangat inginkan. First time ni. Bangga siot! Tak pernah lagi den masak menu ni. Bolelah untuk tekak sendiri, di mana aku makan berulang sampai 4 kali. Itulah kelemahan aku, kalo aku masak. Aku akan makan dengan jayanya jugek ;) Adoyai...

But, masak lomak cili api den ni, still takleh lawan Kak Shima punya. Terbaeekk. Apapun saya akan cuba memperbaikinya di masa hadapan. Practise make perfert!

See ya!!!


Nota kaki: Sambal udang akan dimasak di lain kali. InsyaAllah akan teruskan usaha masak memasak ni. Walaupun posibility untuk makan berulang sangat tinggi. Dengan semangat, akan terus bekerja keras di gym, setelah makan dengan jayanya... :) Make it balance girl!


No comments:

Post a Comment