Wednesday, June 30, 2010

Kenduri-Bhg 2

Akhirnya ada gak masa pree nak continue kenduri last 2 week. Buat pertama kali aku menjadik maid yg berjaya di rumah sendirik. Actually dah lama sgt2 aku tak ngemas umah. Dahnya mcm mana nak ngemas wak burn ngan wak jimah je yg asik menyetelkan sumanya... ;)

Jadi untuk kenduri ni, tender aku ngemas umah. Pergh... sakit pinggang ye... Inilah bahana org 'rajin'. Yg paling tak tahan atok ikut skali membantu aku dalam proses pengemopan porch kete. Aku ngemop, dia nyapu. Aku ngemop, dia nyapu. Last2 aku ngemop, dia dah lepak sambil ngisap paip. Alalala... sian kat atok aku.

Abah ngan mak dah sah2 amek tender masak memasak ni. Tetamu pertama yg sampai Kak Sar kita. Ye la, dia kena anto kapkek yg aku order. Tak dapat nak jamu dia apa2 sbb dia dah nak bertolak ke Perak. Next time ko kena dtg lagik umah aku tau Na... Kapkek ko santek & sedap oke. Nanti aku order lagik ye.

Lepas tu, sorang2 makcik2, pakcik2 & kazen2 aku sampai. Wah! sgt meriah... I loike. Kecoh la suasana...

Around jam 11 abah dah tukaq baju, nak jemput jiran2 kat area umah. Aku suh jemput jiran2 yg dokat2 umah. Takler sampai ujung jalan aku jemput. Aku ni dah la jenis tak kenal sgt org. Setakat 5, 6 buah jarak umah aku still bole kenal la mereka. Ni mmg wajib dijemput.

Ermm... speaking about jiran ni, aku nak stori skit pasai jiran aku yg betul2 dpn umah aku... Ni bukan nak ngumpat, tp sbg peringatan pd aku jugak la. Kita idup ni bukan sendirian berhad ye. Kita idup berjiran. Jd bercampur la skit ngan org. Aku ni pon, bkn la hebat sgt pon dlm bab2 pergaulan ngan jiran2 ni. But I'm trying my best.

Nak dijadikan crita, abah dtg jemput utk kenduri. Mula2 bg salam. Tak jwb. Then tekan loceng pon takda feedback. So, abah assume, org takda, walaupon 3 biji keta dia ada di umah dia. Motifff???

Tak brapa lama tu, pakcik aku nampak tuan umah lelaki. Immediately panggil abah aku, bgtau yg jiran aku tu ada kat umah. Abah dgn tulus, ikhlas, suci & murni hatinya, pi la lagik ke umah dia. Masa ni, tuan umah lelaki dah masuk umah. Bagi salam tak berjawab ye. Menjenguk pon tidak ye. So, anda fikirkan la sendirik, apakah jenis manusia sebegini?

Crita ni suma aku tau dah ptg. Itu pon masa aku borak ngan abah & mak. Aku tanya kat abah aku. Paling best statement mak aku, "Kaya pon, kalo tak campur ngan org nak buat apa. Orang pon lama2 menyampah." Aku punya statement plak "Kaye ker? Ala sama tarap je ngan along, sbb along pon mampu beli umah kat sini." Pergh... statement balas aku sgt riak ye... MasyaAllah...

Banyak sebenonya kisah psl jiran dpn umah aku ni. Tp, tak payah la kita nak crita pasal keburukan org. Nanti, confirm org akn cerita pulok psl keburukan kita. Jadi, marilah kita bermuhasabah dirik.

So far, jiran2 yg laen okelah. Datang kenduri. Bertegur sapa ngan aku. Masa nilah aku berkenal-kenalan ngan jiran. Almaklum, selama ni aku pi keje pepagi. Balik dah malam. Weekend plak sokmo takda umah. Time kenduri ni la aku pergunakan sebaiknya. Baru la ku tau serba sedikit pasai jiran2 aku ni....

Tetamu terakhir yang datang ialah tuan Rizal. Aku tak tau la dia speed brapa km/h. Sbbnya malam tu, dia dtg dr Seremban. Kiranya Rizal & family adalah penutup majlis.

Paling best, masa Rizal dtg ni la jiran dpn umah baru kluar umah stlh seharian memerap di rumahnya yang mewah itew... Aku nak pandang pon tak hingin, sbb aku dah naik hangin. Ada aku kesah???

Lagi satu buat aku gembira, bila Kak Ena ngan Kak Ayin dtg. Sampai gak diaorg ke umah aku. Dan mereka bermalam di umah aku... ntah pkl brapa agaknya kitaorg tido. Almaklum bertahun tak berjumpa. Macam-macam stori la terkeluar. Terbaekkkk... :)

I'm hepi for my kenduri. Akhirnya tercapai gak impian nak jemput org dtg umah. Bkn nak riak. Tapi niat hati ni ikhlas nak jemput & jamu sedara mara, kengkawan. Terima kasih pada yang sudi hadir.

See ya...

No comments:

Post a Comment