Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

Kenduri-Bhg 2

Akhirnya ada gak masa pree nak continue kenduri last 2 week. Buat pertama kali aku menjadik maid yg berjaya di rumah sendirik. Actually dah lama sgt2 aku tak ngemas umah. Dahnya mcm mana nak ngemas wak burn ngan wak jimah je yg asik menyetelkan sumanya... ;)

Jadi untuk kenduri ni, tender aku ngemas umah. Pergh... sakit pinggang ye... Inilah bahana org 'rajin'. Yg paling tak tahan atok ikut skali membantu aku dalam proses pengemopan porch kete. Aku ngemop, dia nyapu. Aku ngemop, dia nyapu. Last2 aku ngemop, dia dah lepak sambil ngisap paip. Alalala... sian kat atok aku.

Abah ngan mak dah sah2 amek tender masak memasak ni. Tetamu pertama yg sampai Kak Sar kita. Ye la, dia kena anto kapkek yg aku order. Tak dapat nak jamu dia apa2 sbb dia dah nak bertolak ke Perak. Next time ko kena dtg lagik umah aku tau Na... Kapkek ko santek & sedap oke. Nanti aku order lagik ye.

Lepas tu, sorang2 makcik2, pakcik2 & kazen2 aku sampai. Wah! sgt meriah... I loike. Kecoh la suasana...

Around jam 11 abah dah tukaq baju, nak jemput jiran2 kat area umah. Aku suh jemput jiran2 yg dokat2 umah. Takler sampai ujung jalan aku jemput. Aku ni dah la jenis tak kenal sgt org. Setakat 5, 6 buah jarak umah aku still bole kenal la mereka. Ni mmg wajib dijemput.

Ermm... speaking about jiran ni, aku nak stori skit pasai jiran aku yg betul2 dpn umah aku... Ni bukan nak ngumpat, tp sbg peringatan pd aku jugak la. Kita idup ni bukan sendirian berhad ye. Kita idup berjiran. Jd bercampur la skit ngan org. Aku ni pon, bkn la hebat sgt pon dlm bab2 pergaulan ngan jiran2 ni. But I'm trying my best.

Nak dijadikan crita, abah dtg jemput utk kenduri. Mula2 bg salam. Tak jwb. Then tekan loceng pon takda feedback. So, abah assume, org takda, walaupon 3 biji keta dia ada di umah dia. Motifff???

Tak brapa lama tu, pakcik aku nampak tuan umah lelaki. Immediately panggil abah aku, bgtau yg jiran aku tu ada kat umah. Abah dgn tulus, ikhlas, suci & murni hatinya, pi la lagik ke umah dia. Masa ni, tuan umah lelaki dah masuk umah. Bagi salam tak berjawab ye. Menjenguk pon tidak ye. So, anda fikirkan la sendirik, apakah jenis manusia sebegini?

Crita ni suma aku tau dah ptg. Itu pon masa aku borak ngan abah & mak. Aku tanya kat abah aku. Paling best statement mak aku, "Kaya pon, kalo tak campur ngan org nak buat apa. Orang pon lama2 menyampah." Aku punya statement plak "Kaye ker? Ala sama tarap je ngan along, sbb along pon mampu beli umah kat sini." Pergh... statement balas aku sgt riak ye... MasyaAllah...

Banyak sebenonya kisah psl jiran dpn umah aku ni. Tp, tak payah la kita nak crita pasal keburukan org. Nanti, confirm org akn cerita pulok psl keburukan kita. Jadi, marilah kita bermuhasabah dirik.

So far, jiran2 yg laen okelah. Datang kenduri. Bertegur sapa ngan aku. Masa nilah aku berkenal-kenalan ngan jiran. Almaklum, selama ni aku pi keje pepagi. Balik dah malam. Weekend plak sokmo takda umah. Time kenduri ni la aku pergunakan sebaiknya. Baru la ku tau serba sedikit pasai jiran2 aku ni....

Tetamu terakhir yang datang ialah tuan Rizal. Aku tak tau la dia speed brapa km/h. Sbbnya malam tu, dia dtg dr Seremban. Kiranya Rizal & family adalah penutup majlis.

Paling best, masa Rizal dtg ni la jiran dpn umah baru kluar umah stlh seharian memerap di rumahnya yang mewah itew... Aku nak pandang pon tak hingin, sbb aku dah naik hangin. Ada aku kesah???

Lagi satu buat aku gembira, bila Kak Ena ngan Kak Ayin dtg. Sampai gak diaorg ke umah aku. Dan mereka bermalam di umah aku... ntah pkl brapa agaknya kitaorg tido. Almaklum bertahun tak berjumpa. Macam-macam stori la terkeluar. Terbaekkkk... :)

I'm hepi for my kenduri. Akhirnya tercapai gak impian nak jemput org dtg umah. Bkn nak riak. Tapi niat hati ni ikhlas nak jemput & jamu sedara mara, kengkawan. Terima kasih pada yang sudi hadir.

See ya...

Monday, June 21, 2010

Kenduri-Bhg 1

Alhamdulillah...
Semuanya berjalan dgn lancar. Ada la skit2 kekurangan. Tp normal la kan. Nobody perfect ma...
Kpd kawan yang dtg tu, diucapkan terima kasih.
But the most important person yg perlu diucapkan terima kasih ialah Abah ngan Mak. Bertungkus lumus mereka. TIMA KASIH ABAH. TIMA KASIH MAk. Saya sgt terharu dan beruntung jadi anak mereka...

Phew... byk menda yg nak diupdate pasai kenduri ni. Sgt banyak. Tp spt biasa tiada gambo ye. Aku mmg totally lost psl menda ni... adoyai...

As usual PAMA dh ada kat umah start ari rabu. Biasa le nak ngemas apa yg patut. Almaklum anak mereka ni sgt 'rajin'. Hehehe... Yg penting aku sgt suke...

Jumaat aku dah start mencotikan diri. Ni ada cite kelako. Bole tak mak aku pepagi dah tepon aku? Motif, malas nak naik tangga. Aku plak standard bgn lmbt la kan. Dah katanya coti. Haruslah sayang nak tglkan tilam aku yg empuk tu. Aku dah buat muka konpius. Hah? apsal lak mak tepon aku. Sepantas kilat la aku pi turun bawah. Bertanya kabo. Apa ke halnya... Ler, ghupanya nak mengajak aku ke pasar borong beli lauk. Mak... ooo... mak... ;)

Ber3 kami ke pasar borong. Mencarik bahan2 yg diperlukan. Bahan2 tuk kenduri, mlm nanti baru nak dicarik. Pg ni carik dolu bahan2 untuk lunch. Sbb kat umah aku langsung takda menda untuk dimasak selain sardin dlm tin dan telo. Ptg ni atok, nenek, acik2 dr kg dah nak sampai. Takkan nak jamu ngan ikan sardin kot.

To be continue.

See ya...

 

Friday, June 4, 2010

J.U.M.A.A.T

Hari ni Jumaat
Esk Sabtu... Ke Pagoh kita weekend nie...

Tetiba terasa nak tepon mak. Rindu ke? Ntah la. Mayb rasa bersalah kot. Sbb last conversation rabu lps, terputus begitu saje. Sbb masa mak call, ada kat basement parking. Kekonon nak call balik lps tu, tp, biasala aku. Terlupa. Bole???

So sempena ari jumaat yg mulia ni, lps settle suma keje. Call la mak. Spt biasa abah la angkat tepon. Aku baru je nak tanya soklan selanjutnya slps bagi salam, 'wak burn' dah pass kat mak. Ishhh... sokmo aku ckp2 sesorang tau. Abah aku mmg tak mesra alam. Takmo dia bermesra2 ngan aku dulu. 

Borak2 ngan mak. Biasa la dia tanya psl prog aku weekend ni. PAGOH. Then tanya pasal biz kepek aku. And lastly pasal kenduri 19 ni. 

Seriously, w/pun hanya kenduri kesyukuran je. Tp stressnya mengalahkan nak buat kenduri kawen. Start 2 minggu lps, mak ngan abah dah start buat preparation. Aku standard la, rilex je. Ada aku kesah. Sbb aku tau, akhirnya mak+abah gak yg akan buat sumanya. Hwahwahwa... Baguh no perangai aku ni kan??? Sila jgn contohi saya ya.

Oleh itu bebelan mak sudah ku dgr dr 2 minggu lps. Suh beli lampu la. Carik kipas yg sama ngan kipas kat hall, beli cat and bla... bla... bla...

Tetiba mak sebut pasal nak masak kat umah sepupu aku yg kat area2 situ gak. Alasan sbb org tu & geng2nya nak tolong masak. Aku apa lagi, tetiba bad mood naik hangin. Aku kalo mak sebut je nama dia, serta-merta aku punya temprature naik. Aku tak tau la sbb apa. Dia takda salah pun ngan aku rasanya. Tp, sbb aku tak selesa kot. Nanti la aku crita di masa hadapan.

Aku pun argue ngan mak aku. Mak apa lagi keluarkan la jugak hujah2 dia. Aku tak suka la. Mcm la kat umah aku tu tak cukup tempat nak masak. Nak gak g masak kat umah org buat apa? Ish... apa la dia mandrem kat mak aku, sampai dia menjadi idola unggal buat mak aku. 

End up, aku pun malas nak ckp apa. Aku tak ckp ya atau tidak. Selalunya mak aku paham. Tp kekadang dia buat2 tak paham gak. Aku ckp oklah bos along dh panggil tu. Then aku bg salam, nak letak tepon, dia sambung cakap lagi. Aku dah malas nak dengar. Sbb aku dah xmo jd anak derhaka mcm dolu2. Sebab saya nak jadi anak yg baik & solehah. Nak dgr pun dah sakit ati, jadi aku trus bagi salam & bye...

Berdosa la jugak aku ari ni. Tp, aku akan senyap je dulu. Bagi reda dulu. Esok nak bertolak ke Pagoh aku call la.

See ya...

p/s: Entry ini telah dibuat sejak pg. Tetapi baru bole dipublish ptg ni, disebabkan kesibukan ku...
Jd, nantikan back to back entry today. Wa ada mood dan byk idea ma ari nie... ;)