Monday, February 21, 2011

LOST

Lama dah tak update blog. Sang sahabat bertanya, kenapa dah lama tak update. Erm... Entah la. I'm not in the right mood now. Banyak menda yang nak dicoretkan. Tapi bila dah login, aku lost. Kosong... Jadinya teruslah meng'sign out'kan diri, tanpa apa-apa coretan.

InsyaAllah, I will be back! Tunggu...

See ya!!! :)

Friday, February 4, 2011

Menyesal

Kadang-kadang aku tertanya pada diri aku. Menyesalkah aku dengan keputusan yang ku ambil ini? 2009 adalah tahun yang ku kira tahun rezeki pada diriku. Dengan izinNya aku telah berjaya memiliki sebuah lagi harta yang kukira orang lain akan fikir aku ni gila ke buat keputusan itu.

Memang dengan memilikinya adalah impian dan keinginanku. Tahun 2009 adalah tahun aku eager to get it. Aku berusaha bersungguh-sungguh ke sana ke mari untuk mencari impian hati. Impian gadis ini, cuma nak cari yang kecil, selesa, dekat dengan office dan tempat belajar dan yang penting selamat. Maklum, belum berkahwin. Jadi, itu adalah kriteria-kriteria yang penting bagiku.

Bila dah jumpa yang berkenan di hati, yang telah memenuhi kriteria di atas, mak dengan abah pulak tak suka. Siap cakap ngan aku, 'kalo ko beli, aku takkan datang umah ko. Tinggi sangat.' Ikut darah muda aku yang hangat ni, aku akan cakap 'ah, ada aku kesah? lagi best kalo tak datang.' Dushh! Aku kembali ke alam nyata. Yang mana, ikutlah dan patuhlah dengan cakap mak dengan abah. Aku cuba sedaya upaya untuk menghormati pendapat mereka. Walaupun merajuk dan kecil hati jugak. Tapi jangan layankan sangat perasaan itu. Sebab nanti susah, mak dengan abah juga yang bantu. Aku pegang menda tu.

Usaha tetap diteruskan. Sehingga aku berjumpa dengan pilihan hati yang telah ku miliki sekarang ini. Bila kuusulkan kepada mak dengan abah, mereka datang tengok bersama-sama dan terus bersetuju untuk aku memilikinya. Tak sampai 24 hours they said "yes, can." Aku terkedu seketika. Betul ke ni? Yes, it's true Arina. Hari tu jugak aku bayar duit booking. Semua duit untuk permulaan dikeluarkan oleh abah aku. Kiranya aku berhutang la dengan abahku untuk memiliki harta ini.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga memiliki impianku ini. Dengan bantuan abah. Banyak ni utang aku ngan abah. Tak tahulah bila nak abis bayo. Huhuhu... Dengan angah yang jadi penjaminku. Maklum gaji tak lepas nak buat loan sesorang. :)

Now dah setahun aku tinggal di sini. Banyak sangat suka dan duka yang ku lalui. Tapi yang banyaknya adalah duka. Maklum, aku menanggung sumanya seorang diri. Tanpa bantuan sesiapa. Kadang-kadang aku rasa nak give-up. Nak surrender. Orang luar hanya nampak kesenangannya sahaja. 'wah, banyak duit dia ni.' Kata mereka. Kesusahan dan kepayahan yang aku tanggung mereka tak nampak.

Tapi, bila kufikirkan kembali, aku seharusnya bersyukur dengan apa yang ku miliki. Tak semua orang dapat apa yang aku miliki sekarang ni. Itulah yang menjadi kekuatan aku sampai sekarang. InsyaAllah, selagi Allah berikan kesihatan yang baik untuk aku bekerja keras, aku akan teruskan. Tiada lagi perkataan menyesal yang akan terlintas difikiranku.

InsyaAllah, dengan adanya mak dan abah dan sahabat yang sentiasa berada di saat susah dan senangku. Aku akan lebih kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan yang mendatang. Merekalah kekuatan aku untuk aku terus berjuang. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisiku.

Buat Angah, InsyaAllah satu hari nanti along akan keluarkan nama kamu daripada menjadi penjamin. Supaya mudah untuk kamu untuk memiliki juga harta kamu sendiri. Tiada lagi bebanan untuk kamu. Itu janji along. Terima kasih kerana sudi menjadi penjamin along di saat diperlukan. Minta maaf andai along menyusahkan. But always deep in my heart 'air dicincang takkan putus'. Hopefully adik-adikku juga sentiasa akan mengingati kata-kata azimat ini sebagai pegangan....

See ya!


Monday, January 24, 2011

Lelaki Misteri

Seorang teman pernah bertanya padaku "Arina, ko nak ke dengan lelaki misteri? Menyusahkan je la." Terdiam aku seketika. "A'ah kan... xmo la aku. Pening pulak aku nanti." Dialog ini kami bualkan ketika berbicara tentang seseorang.

Itulah jawapan yang aku berikan pada si teman. Hasil dari tindak balas logikku ketika itu. Iyalah, sapa aje yang nak dengan orang yang misteri ni kan? Lebih banyak susahnya dari yang senang. Kesabaran yang tinggi juga amat diperlukan di sini. Tetapi mungkin ada juga kemanisannya di sini. We never knows....

Tetapi realitinya, kalo dah jodoh, tak ke mana. If lelaki yang misteri itu, memang sudah tertulis jodoh aku, aku redha dengan ketentuanNya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

Persoalannya sekarang, siapakah lelaki misteri itu? :)

See ya!

Tuesday, January 18, 2011

Menangis suka & menangis duka

Semalam aku menangis sedih dan hari ni aku menangis gembira pula. Warna warni dalam kehidupan itu sungguh indah. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri untuk memberi penafsirannya...

Alhamdulillah, aku masih teguh berdiri di sini dengan kekuatan yang Allah kurniakan kepadaku. Syukur... Semoga apa yang berlaku semalam dan hari ini menjadi pengajaran yang berguna di dalam kehidupanku. Dan lebih mematangkanku. InsyaAllah...

See ya!!!

Sunday, January 16, 2011

Kerana "Ayam Masak Lomak Cili Api"

Sejak 2 menjak ni, keinginan nak memasak amat membuak2. Rasanya macam nak kembali semula ke zaman dolu2. Adakah apa2 yg tersirat & tersurat dengan perubahan ini? Hehehe...

Semalam, teringin sangat nak makan masak lomak cili api. Duk bujang ni, kalo nak makan kena la masak sendiri. Tak pun g la kedai. Tu pun kalo jumpa.

Dengan semangat waja. Ke dapur keluarkan bahan2 nak masak. Yang tak tahan tu, siap kluarkan ayam ngan udang skali. Cadang nak masak sambal udang gak. Confius di situ. Aku nak mkn sorang je. Yang beria sangat nak makan berbagai2 lauk ni apahal? Jadi dengan redha, masukkan semula udang. Tinggallah sang ayam sajo... :)

Tgh potong bawang, pisauku yg kehausan break, telah terhiris jari manisku skali. Makkk.... sakitnya (Mak jugak yg aku sebut. Tu pun xsedar2 lagik asik nak menderhaka je keje aku... huhuhu...). Panic seketika aku takkala tgk darah yang mengalir deras. Aku duduk diam2. Lps cuci ngan air. Darah still kluar ngan banyaknya. Aku amek keputusan tarik tisu banyak2 untuk tahan darah. Mmg tebal la tisu yg aku balut kat jariku yg terluka itu. Then sambung balik potong2 bahan2 yang nak buat masak lomak. Alhamdulillah, darah berjaya berenti jugak.

Alahai Arina oooiii... Nampak sangat yang ko dah lama tak masak. Sampai pisau pun dah tak kenal ko. Tu yang dia siap bagi kusyen a.k.a keychain garisan kat ko. Hahahaha.....

Sememangnya malang memang tidak berbau :) Apapun aku berjaya memasak ayam masak lomak cili api yang aku sangat inginkan. First time ni. Bangga siot! Tak pernah lagi den masak menu ni. Bolelah untuk tekak sendiri, di mana aku makan berulang sampai 4 kali. Itulah kelemahan aku, kalo aku masak. Aku akan makan dengan jayanya jugek ;) Adoyai...

But, masak lomak cili api den ni, still takleh lawan Kak Shima punya. Terbaeekk. Apapun saya akan cuba memperbaikinya di masa hadapan. Practise make perfert!

See ya!!!


Nota kaki: Sambal udang akan dimasak di lain kali. InsyaAllah akan teruskan usaha masak memasak ni. Walaupun posibility untuk makan berulang sangat tinggi. Dengan semangat, akan terus bekerja keras di gym, setelah makan dengan jayanya... :) Make it balance girl!


Sunday, January 9, 2011

Muhasabah Diri

Jumaat lepas kat opih ada perhimpunan bulanan kali pertama untuk tahun 2011. Dlm agenda majlis akan berlangsung dari 9.00am to 11.30am. Mak aii!!! Lamonye... Apo bondo yg nak dikabokan ni? Adus!

Oke. Memula kita nanyi lagu Negaraku. Lps tu ada video xtiviti tahun 2010. Then kita dengo amanat dr Tan Sri Chairman. 10.30am abih dah. Pergh!!! Lega dah abih. Den dah kejung kesejukan kat dlm auditorium ni. Sejuk ya amat. Sahabat kat sebelah kemut nak share shawl dia ;) Lps tu kan tetiba puan pengerusi majlis kata slps ni kita ada sesi motivasi bersama dengan Prof. Dr. Muhaya. Hah??? Sesi motivasi? Prof. Dr. Muhaya? Apakah? Siapakah? Tak mengapa. Mungkin ini pembaharuan yang opis aku nak buat untuk tahun ini.

Orang yang disebut pun tiba. 1st time nampak Prof., sejuk ati den tgk. Perasaan ini dtg dr atiku yg tulus ikhlas ketika memandang wajah beliau. Tak tipu. Ini betul2 punya...

Bermulalah sesi motivasi. MasyaAllah... SubhannaAllah... Sesungguhnya aku sgt bersyukur mendengar talk from Prof. Sgt bersyukur kerana berpeluang untuk mendengarnya. Terima kasih opisku kerana menjemput beliau.

Kesedaran, keinsafan datang takkala beliau menceritakan tentang proses kejadian manusia. Insaf aku sbg hambaNya. Kerdil sungguh aku di sisiNya. Alhamdulillah, syukur, kerna aku masih bisa diberikan kesempatan untuk membetulkan kesalahan, kesilapan & kekhilafanku.

InsyaAllah apa yang Prof. sampaikan akan tersemat dan menjadi pembakar semangat untuk aku menjadi yg lebih baik untuk masa hadapan. Akan ku usahakan untuk memperbaiki kelemahanku ini. Agar aku menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapaku dan insan yang disenangi oleh org yg berada di sekelilingku.

Setelah selesai sumanya. Aku duk kat tempat dan settlekan apa2 yg patut. Maklum nak half day utk gi serbis Cik Natrah lps ni. Then, dgn segera bukak pakcik google utk mencari siapakah gerangan wanita yang besemangat waja dan petah berbicara yg telah menjadi ikon saya ketika ini. Wah... baru saya tau. Saya sgt admire dgn beliau. Slps membaca serba sedikit berkenaan beliau. Di bwh ada sikit maklumat mengenai beliau untuk dikongsi bersama. Yg saya copy & paste dr website beliau.

------------------------------------------

Professor Dr. Muhaya Mohamad currently serves as Consultant Eye Surgeon and Director of PCMC Eye and Lasik Centre Prince Court Medical Centre, Professor of Ophthalmology of Universiti Kebangsaan Malaysia, and Adjunct Professor to International Islamic University of Malaysia. Currently, she is the Chairperson of Malaysian Medical Association Ophthalmological Society.

Besides that, she does motivational speeches to UKM, PCMC staff and students, professionals and on TV and currently she’s also the Director of Personal Development of ACMS.

Prof Muhaya graduated from medical school in 1985, obtained a Fellowship in Uveitis at Moorfields Eye Hospital, United Kingdom in 1998, which culminated in a PhD from University of London in Ocular Immunology. She was the first Malaysian to sub-specialise in Uveitis and started the first Uveitis Service and immunosuppressive therapy in autoimmune eye diseases in the country

To date, she is the point of reference in the management of Uveitis cases since 1998 and has provided training for local ophthalmologists and residents in the field of Uveitis. In 2005, Prof Muhaya was awarded with Special Distinguished Service Award by the Asia Pacific Academy of Ophthalmology (APAO) at the 20th Congress of APAO, Kuala Lumpur.

Prof Muhaya is also the first Malaysian to have a formal training in the use and interpretation of Optical Coherence Tomography which is the latest state of the art diagnostic instrument, crucial in the management of retina and glaucoma cases. In 2006 she organised the first OCT symposium in Malaysia.

Her latest achievement is being the first ophthalmologist in South East Asia to perform bladeless femtosecond LASIK using the Visumax system which is the latest bladeless LASIK system. As a Professor in Ophthalmology, she has been giving lectures to undergraduates and postgraduates of UKM in general ophthalmology, Uveitis, medical retina and neuro-ophthalmology.

Apart from Ophthalmology her other passion is personal development and motivation and she is a regular speaker in the ACMS and PCMC orientation week talking about personal effectiveness and a regular speaker for motivation talks to medical students in UKM, International Islamic University, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia and Cyberjaya University College of Medicine. Her latest invitation on motivation is on Hot at One Motivation on TV1 on 2nd January 2009 and 16th February 2009 on topic “Self Esteem”.

Until today she appears on IKIM, TV1 and TV2 frequently. And to date, she has also recorded her new show on astro prima coming out this year.

She is frequently invited to local mass media to speak about eye diseases and has a regular column on eye care in the Utusan Malaysia. Professor Muhaya uses the holistic approach in dealing with her patients by stressing the importance of being grateful at every moment in their life. Her ability to incorporate Islamic values into everyday life and her professional practice makes her a much sought after speaker in personal and professional development talk and eye surgeon in Malaysia. She was instrumental in starting the personal and professional development module to be incorporated in UKM medical faculty curriculum.


---------------------------------

See ya!!!

p/s: Tak semua yang baik itu dapat diterima oleh suma orang. Ketika aku tgh mkn nasi ayam thai yg lazat & best di cafe. Kedengaran ckp2 kurang enak berkenaan beliau. Ada yang mempertikaian beliau. Ermm... ntahlah. Itu la manusia in reality. Oleh itu, tepuk dada tanya hati. Kalo hati mmg dh tak elok, mmg akan pandang org, sumanya tak elok jugak. Huhuhu... ;) Jd pikir2kanlah! Peace no war!

Friday, January 7, 2011

Vitamin B

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Akhirnya Vitamin yg di nanti2kan untuk mengembalikan tenaga kami, telah pun dapat. Walaupun advance sajo. Tp ia dah memadai. :)

Akhirnya setelah 2 kali appoinment Cik Natrah cancel. Disebabkan ketidakcukupan wang :) Hari ni, aku dengan bangganya pi PERODUA untuk memberi upah kepada Cik Natrah terchenta. Ari ni wat major servis. Dengan kata lain ari ni Cik Natrah buat complete package. Spa, saloon, medi, pedi & massage. Pergh!!! Suku Vit B kat dia sajo... Tp xpa Nat. Kamu dah banyak berjasa padaku. Aku akan bagi yg terbaeekkkk punya kat ko. Promise me that u will be a good buddy k... ;)

Untuk kali ni punya servis, ia memakan masa almost 3 hours. Mak aii... Sampai tersenguk2 den tunggu. Nasib ada national geographic channel yg menarik. Sampai leh tgk 3 rancangan tu... Nak kata org ramai, tak gak. Ntahlah labu...

Settle Cik Natrah, lps ni nak meyetelkan hal Incik Nusa Nine lak. Uish!!! Tanggungan aku ni byk hal la pulok time aku dpt vitamin B ni. Abih kat mereka je la advance kali ni. Tp tidak mengapa. Aku bersyukur. Time mereka memerlukan, aku ada duit. Kalo tak, aku nak cekau mana? Now, berdoa harap2 ada la balance vitamin B coming soon. Harap2nya ada... :) Mari kita berdoa supaya dipermudahkan segalanya...

See ya!!!