Friday, May 14, 2010

Halal

Suatu petang di Street Mall, 2 org kawan pi lunch kat Pizzeria Grazie. Sbbnya si a ni teringin nak makan pizza kat sini (mengidam ke hapa dia ni???). Jd si r ni pun hikut je la kerenah si a walaupun dia sebenonya tak le suka nak makan makanan cam gini.

Sampai sana, 2 org ni pun order. Lps tu borak2, gelak2, gosip2 dan makan. Gaya tak bole blah, sbb lunch pkl 2. Itu dah luar dr waktu kebiasaan waktu lunch opis. Tp sbb dua2 bos takda, jadi tumbuh tanduk la kan???

Habis makan suma, r pun pi kaunter, nak bayar. Si a mmg suka la kalo kuar ngan r sbb 90% mmg r yg akn kuarkan duit. Hehehe... Settle suma, a & r pun kluar. Tetiba r berhenti di depan pintu

r: wey mana logo halal dia ek?
a: ish, ko ni, dah makan abih baru nak tanya ker?

r ke sana sini mencari menda yg dicari. a pun ikut serta mencari. Dah mcm tresure hunt je. Lastly a masuk balik tanya kat tokey kedai. Then dia kuar balik dgn senyuman.

a: halal?
r: nasib baik halal. kalo tak
a: ko nak buat apa? kuarkan balik ke apa yg ko mkn? lagipun dah tentu2 la dia akan cakap halal beb. bisnes ni...
r: aku nak buat report. sbb ni malaysia. kena la tulis halal ke tak.
a: ek ela... ko sbg customer la yg kena decide samada nak mkn kat situ ke tak. dh kalo mmg xda logo HALAL jgn la masuk. bukan dh byk kali ke kita mkn kat sini. awatnya ari ni baru nak kecoh2 ek?

r diam. a terus start keta. Perbualan itu tamat di situ sahaja. Tiada le conclusion kesah ni.

Bagi aku, menda ni org slalu nak amek mudah. Tarak hal punya. Aku sgt particular bab ni. Apatah lagi kalo aku dh dpt email2 berantai. Walau xsahih lagi menda tu, aku trus dah xmo pi.

Sebagai umat Islam, kita xboleh amek mudah bab ni. Aku ni pun tak la pandai bab2 ni. Tapi aku cuba untuk belajar dan amek tahu. Moga2 aku selalu diberi petunjuk dan hidayah oleNya...

See ya...

No comments:

Post a Comment