Thursday, June 9, 2011

Cite Lawak

Hari ni tetiba dapat call dr Effective Construction a.k.a maintenance opih kat umah aku. Berdebo gak aku nak angkat. Apahal lak. Anything happen kat umah aku ke? Sudah... Saya dh gelabah.

Or aku tak bayo maintenance? Tp, bukankah aku pembayar yg tegar. Tak pernah miss pon 1 bulan. Aku bab2 bayo bil, utang ni, mmg particular skit. Konsepnya, apa yg dah kita guna kita kena bayo. Jgn nak tangguh2. Sbbnya end-up, kena gak bayo. 

Kalo aku miss pon, dah tentu aku dah xleh masok kawasan umah aku tu. Sbbnya sistem akan reject kad kita & palang kat guard house itu takkan terbukak bila kita tak byr maintenance. Ini malu kalo jadi kat aku beb. Maklum aku ni kan bukanlah ramah mesra ngan pak guard. Yang boleh kasik lps je, ngan ayat manis aku. Mau aku tak kuar umah aku selama seminggu. Sbb malu ngan pak guard & jejiran sbb xleh masuk kawasan umah sbb xbayo maintenance. Nehiii...

Sudah, merapu lak aku ni. Back to the topic. Sila baca dialog di bawah. (",)

Aku: Hello
EC: Hello puan.
(Erk... mak sentap kalo org panggil puan ni tau. Tp xpa, i redha je. Mana tau, itu 1 doa. Aminn...)
Aku: Ye, saya.
EC: Saya nak check dgn puan. Puan ada tak adik beradik yg masukkan cek berjumlah RM160 utk duit maintenance? Sbb bank baru call td.
Aku: Eh mana ada.
(Apa? Hadek2 aku nak bayokan maintenace umah aku? Ermm.. tidak mungkin kau berpaling lagi... (dh mcm lagu slam plak) bole kerat kuku la if diaorg bayokan. Huhuhu...)
EC: Norshamsul Abu Bakar bukan adik puan ke?
Aku: Oh bukan.
EC: Confirm ye puan.
Aku Ye sgt confirm. Tu bukan nama adik badik saya.
EC: Ok la puan, kalo macam tu. Sbb saya nak pastikan sahaja. Terima kasih ye.
Aku: Ok. Bye...

Tersenyum sumbing aku lps end the call. Lucu ar... Adik2 aku nak bayokan aku punya bil? Erm... mungkin bila 1 hari nanti, mereka trima hidayah baru diaorg bayokan kot. Hehehe...

See ya!!! :)

Wednesday, June 8, 2011

Berdebar

Sedang menghitung hari result exam nak keluar. Seminggu je lagik. Perasaan sangat tak tenteram. Tapi seperti biasa, buat takda pape je. Kekonon cool la tu. Padahal setiap detik, setiap saat, asik teringat je. Nasib belum start mimpi mengarut lagik. Rutin every sem, sblm result kuar, mesti mimpi. Tak kiralah mimpi ngeri ataupon tidak, tp mimpi kadangkala memberi petunjuk. Ermm...

Sem ni agak kritikal. Kalo result teruk, mau kena kick (tu la main2 lagik). Ya Allah... Semoga aku dijauhkan dengan perkara yang menyedihkan itu. Usaha telah ku lakukan walaupun tak 110%, harapnya akan dapat balasan yang setimpal. Amin...

Esok boss dah masuk opih. Sekojap jo, kan? Gitulah kekdahnya. Tapi lps pkl 5.30pm esok, i pree balik. Hehehe... Jadi pengunjung tetap KLIA nampaknya boss aku dr last month. Dah mcm pramugara lak ye. Hihihi... Apo nak buek. Keleja ma... Takpa leh tambah point enrich (",) Tapi lepas tu lupo nak tebus nilai balik. Hadoi... Bole tak aku? Hahaha... Kena jd reminder yg aktif nampknya aku ni. Yes! 1 KPI lagi akan ditambah dlm appraisal for year 2011.

See ya!!!

Tuesday, June 7, 2011

Syok Sendiri

Ni topik pagi tadi kat HotFM. Aku rasa semua org pernah mengalaminya dan merasainya. Tak kira la ianya membabitkan perasaan atau pun bukan. Tapi selalunya orang akan mengaitkannya dengan perasaan. But for me, skop syok sendiri ni sangat besar.

Macam aku ni, mmg la syok sendiri yang membabitkan perasaan ni, byk aku lalui. Yang tak membabitkan feeling pon banyak. Contohnya nak barang2 yang best. Yang berjenama hebak2. Itupon kira syok sendiri juga kan? Tp, sbb kita bole berusaha untuk mendapatkannya, jd ianya dah tak jadi syok sendiri. Jadi kenyataan la. So kiranya syok sendiri ni adik beradik dengan impian la. Tapi, impian tu mcm positif skit bunyinya. Syok sendiri ni, mcm x best skit bunyinya. Sebab selalunya org akan kaitkannya dengan bertepuk sebelah tangan. Erm...

So kiranya syok sendiri ni lebih relate dengan feeling. What say you???

Picture kat bawah ni pun kiranya syok sendiri gak. Gambo diambil time dapat bonus. Jadi ni kira rotation budak2 exec kena belanja budak2 non-exec. Ni ke'syok'kan sendiri budak2 non-exec. Hahaha...



See ya!!! :)

Thursday, May 12, 2011

Senyummmm


Situasi: Tersenyum lebar apabila dapat surat dari Incik Mathavan :=)

Venue: Bilikku Syurgaku-->Office terchenta

Prop: Pisau

Jeng-jeng....

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V



Alhamdulillah... Rezeki di tengah bulan. Saya telah mejalankan tanggungjawab dan 'mereka' juga telak melaksanakannya... (",) Thumbs up!!! Sangat efisen!

See ya!!! :)



Wednesday, May 11, 2011

Situasi

Kita takkan tahu apakah 'perasan' itu, jika kita tidak berada di situasi tersebut. Kita hanya mampu melihat dan mendengar. Tak lebih dari itu. Tetapi apabila kita sudah pun berada di tempat itu, barulah kita boleh merasainya.

Begitulah aku. Aku tidak lagi menjadi seorang ibu. Hanyalah seorang anak. Yang sangat keras hatinya. Tetapi akan menjadi lembut apabila tersedar dari kewarasannya. Nak dihitung terlalu banyak kesilapan dan kemurkaan yang telah ku lakukan. dan aku cuba untuk menebusnya. Kerana sesungguhnya aku manusia yang lemah yang tidak terlepas dari kesilapan.

Apapun, biarlah masa menentukan segalanya. Semoga kematanganku akan meningkat selaras dengan usiaku. Jauhkan kisah-kisah lampau yang tercuit di hati ini. Semoga ia menjadi iktibar untuk aku meneruskan kehidupan ini dan tidak akan berulang lagi.

Doaku semoga semuanya berjalan lancar. Buruk dan baik aku kena terima. Kerana aku adalah dia. Kenyataan itu takkan berubah sampai aku menutup mata. Redha itulah tuntutannya. Bersyukur dengan apa yang kumiliki. Kerana sesungguhnya ada orang lain yang tidak seberuntung aku. Semoga Allah memrahmati dan memberi pentunjuk dan hidayah kepada kami. Amin...

See ya!!!

Tuesday, March 29, 2011

Cheese Garlic

Semenjak 2 menjak ni sgt addicted dgn cheese garlic naan with ayam tandoori... hehehe... layan seh... apa la yg mamak tu dh taruk kan? Huhuhuhu... but yg paling best ialah kat Restoren Hakim Sek. 7 Shah Alam. Mmg terbaeek. Al-Aqsa Cyberjaya pon xleh beat. Okelah jom kita layan pic! Ni Al-Aqsa punya. Kat Hakim, tak sempat nak amek, sbb dh lapo beno... (",)


Cheese Garlic


Ayam tandoori

Ermmm... mcm nak mkn je esk utk berbuka. Hehehe... wahai 'sahabat' jommm... (",)

See Ya!!!

Wednesday, February 23, 2011

EMAK

Di suatu pagi yang busy. Owh... saya memang sangat busy sejak dapat 'adik-beradik' yang ramai. Hehehe... :) Auntie cleaner dtg tempat aku amek sampah. Mcm biasa, auntie cleaner menegur aku. Hari ni, aku ada mood nak bercrita & beramah mesra lelebih ngan auntie ni. Aku tanya dah sehat ke? Dia jawab dah. Aku sambung keje aku, dan dia sambung buat keje dia. Then, tetiba dia tanya aku.
Auntie: Adik..., awk masih ingat tak lagi saya ada ckp psl mak saya?
Aku: Ada. Dia sudah sehat ke auntie?
Auntie: Dia sudah mati la adik. 12hb ari tu...
Aku: Oooo... ya ka?

Aku pandang muka dia. Ada raut kesayuan di wajahnya. Dia mula bercerita pada aku. Kesedihan terpancar diwajahnya. Satu ayat yg buat aku bertambah sedih bila dia ckp, "sedeylah mak sudah takda". Aku terdiam. Ada linangan air mata yg mengalir. Aku cuba control. "xpa auntie, byk sabar ok". Hanya itu yg mampu ku ucapkan. Dia senyum dan terus berlalu ke bilik bos aku, utk menyambung tugasnya.
Then, aku pun terus telefon mak aku...
Kesimpulannya, EMAK sangat penting dalam kehidupan kita. Kalau mak takda memang sedih. Tak dapat aku nak gambarkan keadaan aku nanti. Namun, apa-apa pun, itulah kitaran kehidupan. Dah sampai masanya nanti, setiap manusia akan kembali kepadaNya. Sebagai manusia kita kena Redha. Oleh itu hargailah saat yang kita ada untuk bersama EMAK kita. Jadilah anak yang terbaik buat EMAK kita...

See ya!