Wednesday, October 13, 2010

Last Week

Hati dan perasaan tak tenteram sejak akhir2 ini. Macam-macam yg berlaku. But, life must go on... Perasaan yg paling teruk adalah last week.

on 6 Oct tu, belah pagi, as usual call mak @ Wak Jimah. Biasa le. Every week mesti call. Tanya kabo. Suddenly tgh crita2 dia mintak 1 of my member punya no. Ish pelik la pulok. Tak pernah2 pon. Then aku pun tanya la nak wat pe? She answer me "adalah". Me, tak puas ati. Korek selagi bole. Then, dia nak suh aku kawen ngan member aku ni. Apakah? Why? With him? Now look my parents yg desperate.

Ya Allah... Berikan kekuatan pada hambaMu ini. Inilah perkara yg selama ini aku takuti dan aku takmo pikir sgt. Now, its happen. Aku bole rilex and cool kalo ada org tanya pasal menda ni. But when its come from my parents... Owh... saya sgt tertekan. Sgtt... And now looks like saya ni sgt tak laku. My parents plak yg terhengeh2 nak suh aku kawen ngan mamat ni. Beria-ria ni. Tak paham aku. The arguments happen here. Aku jadi anak yg derhaka skjp masa tu. Ye aku berdosa sgt. Maklum, ko takmo kan. Cuba ngan org yg ko nak. Tanpa byk ckp, onnn jer... :)

But then, I need to told her the truth. Everything. About me, 'pakcik', and him. Then, after that she cool down. Me too :). In this case I have to be rational and honest. They are my parents. I have to respect them. Bak kata org 'tarik rambut dlm tepung, jgn sampai tepung berterabur'. Is it true eh? Ah! belasah. Nanti aku check ngan Karam Singh Walia.

Mak, Abah, along tau umur Along dah meningkat. But please... please... please... Jodoh dan maut semuanya ketentuanNya. Ada jodoh nanti InsyaAllah ada la tu. Kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukannya. Usaha dah dilakukan, skrg ni kita serahkan padaNya... InsyaAllah akan sampai jua saat dan detik itu 1 hari nanti. Along tahu Mak ngan Abah risau. Nak pikir lagi orang keliling punya kata2. Ye mungkin Along tak berada di situasi Mak ngan Abah. Tp, kita jgn pikirkan sgt kata2 org keliling. Sbb menda ni takkan abis. People always talking and they never stop. That's life! Apa2 pun, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Mak ngan Abah terus berdoa untuk anakmu ye...

Lps dah nangis2, sedih, sedu sedan. Masuk toilet. Ye la, kang bos nampak mata merah, menangis, dia banyak tanya plak. Tak ke aku meraung plak dpn dia. Maklum, jiwa tgh kaco.

Dah stabil skit, pi turun bwh plak. Nak bg some doc to my insurance agent. Then aku kembali senyum... :) Sampai telinga ko... Apapun alhamdulillah. Syukurrr... Naik atas pon, aku still senyum... Bila dpt call, lg la nak wat lompat bintang rasanya. Hihihihi...

Petang tu, balik dr opis g raya umah Kam. Hahaha.. raya dh nak abih pon. Kat umah Kam, di jamu ngan nasik impit, kuah kacang, rendang ayam. Pergh!!! Ptg ni nak g FF. Macam mana ni??? Belasah... Rezeki jgn ditolak...

Dr Bangi ke Puchong. Sampai tepat pada masanya. Tp, still lambat gak. Sbb tak tukar bj lg. Mcm biasa PT aku ni membebel gak ngan aku. Aku plak melawan. Confirm mamat ni bengang ngan aku. Ishh... kuat melawan budak ni. Apapon sy tlh meng'hepi'kan dia. Bcoz, within 2 month train with him, I manage to reduce my weight, 6kg. Wah!!! Suker... Giler tak suka. Penat lelah, derita, kepayahan masa aku train terus aku lupakan. Dia siap tunjuk kat consultant aku, bos dia, kwn2 dia, yg dia dh berjaya. Poyo kan mamat ni??? Takpa, tu kerja dia...

Abih from training got sms from Abe ngan 'pakcik'. Ajk gi karok kat tgkt 3. Perasaan masa tu, nak ke tak nak. Ish... susah nak decide. SMS Zie, tanya pendapat, tak berbls. Then lps selesai mandi, jwb la sms Abe. 'Oke. Sat lg aku naik'. Betulkah keputusan aku ni? But this is my choice. Nak release. Persoalannya, release ka? Hahaha... Aku punya rasa dlm 1 hari tu, mcm2 ada. Sedih, suka, confius, complicated... Mcm2 la... but thats life babe! It's colourful!!!

To be continued...

See ya...

Tuesday, October 5, 2010

Doaku untukmu...

Hati risau memikirkan seseorang. Malam tido tak lena. Terkadang macam termimpikannya. Sangat tak selesa. Sebab, setelah mencuba berulangkali nak buang semua perasaan ni, pasti akan gagal. Dah tak terkira & terbilang kegagalan aku untuk membuangnya. Persoalannya, adakah dia begitu?

Almost 5 years terkurung dlm situasi ini, agaknya bila akan berakhir semua ni??? Penat, letih, sedih semuanya dah tak tau nak didescribekan. YaAllah bantulah hambaMu ini. Semoga aku terus tabah untuk menghadapinya. Kuatkan imanku dan tabahkanlah hatiku dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Sesungguhnya aku redha YaAllah. 

YaAllah kau berilah jua dia kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Berilah petunjuk dan hidayahMu kepadaNya, agar dia dapat menjadi manusia yang lebih baik dari semalam. Semoga jalan yang dipilihnya tidak tersasar jauh dari rahmat dan keberkatanMu. Dan semoga dia tabah dan sabar menghadapi ujian dariMu.
 Amin...


Wednesday, September 22, 2010

Macam-macam ada...

Kadang-kadang kita cepat lupa apa yang telah terjadi pada diri kita suatu ketika dahulu. Hari ini kita menangis sedih dan sebak. Esok kita bergelak ketawa gembira. Lepas itu semuanya kita lupa. Bila perkara itu berulang kembali, barulah kita teringat. Itulah lumrah kehidupan.

Semoga aku akan sentiasa muhasabah diri. Kerana sesungguhnya aku manusia yang tak lepas dari kesilapan. Tidak sempurna. Semoga manusia-manusia yang berada disekelilingku tidak terasa hati, dengan perbuatan dan kesalahan yang terkadang aku sendiri perasan dan tidak perasan. Dan semoga aku terus berpegang teguh dengan apa yang aku pegang selama ini. "Biar orang 'buat' kita takpa. Tapi kita jangan 'buat' orang". Siapalah kita untuk menghakimi orang lain. Orang kata, roda tu berpusing, tak selamanya kita akan berada di atas. Suatu hari nanti, kita akan berada di bawah jua. Sebab sekarang ni kita dapat balasan 'cash' terus. Tak payah tunggu pada hari kita ditimbang tara nanti.

Wah! Sangat feeling aku ari ni yer... Meluahkan rasa di hati gitu. Apa2pon harapan setinggi gunung aku ari ni nak balik cpt, hancur punah ye. Maklum bos nak pi outstation. Byk menda yg nak kena settle. Nasib takda class ari ni. Kalo tak, pecah rekod aku, 3 ari berturut2 tuang kelas. Dapat la mengupdate blog yg dh lama di tinggalkan ni, sementara tunggu bos balik dr meeting.

Mcm biasa hari ni ada appoinment ngan boipren garang & poyo. Tak sabo rsnya nak jumpa dia. Bukan sbb dah rindu kat dia. Tp sbb minggu ni, aku mkn mcm org yg dah berbln2 tak jumpa mknan. Confirm berat aku dh naik balik. Warghhh!!! sesia usaha aku. Ahad lps, ms buat mkn2 kat umah, melantak bole tahan. Sbb suma mknan adalah peberet aku. Semalam plak masa jamuan raya opih, bagai nak rak juga aku belasah. Dan hari ni, mlm td dah pasang niat nak pose 6, tetiba pkl 9 lebey, aku nampak yong tau fu yang melambak kat pantry, aku trus bukak pose. Breakfast & lunch adalah menu yg sama. Bole??? Adoyai... sengal la aku ni... Iman tak kuat. Tp, mmg aku teringin sangat nak makan. Sbb mlm td, aku tak dpt mkn. Kawan aku ckp, kalo teringin nak mkn, baik kita mkn. Tu yg aku buka pose tu... Hehehe...

Apapun mlm ni, kalo berat bdn aku ni nak training, aku dah tau la sbb apa... So redha je la dengan apa yg bakal berlaku kat aku... Eleh! mcm aku tak biasa. Rileks la... aku kan kental. Hahaha...

Okey ler... Kita sambung esok yer. Bos dah balik...

See ya! :)

Thursday, September 9, 2010

Esok Kita Raya

Masa berlalu begitu pantas... Esok dah nak raya. Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadhan. Adakah tahun dpn aku akan bertemu lg dgn Ramadhan? InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki dptlah kita bertemu lagi. Harapnya tahun depan perkara-perkara yang aku terlepas dan tak dpt buat pd Ramadhan kali ini, dpt aku buat tahun depan. InsyaAllah...

Banyak perkara yang berlaku pada Ramadhan kali ni. Alhamdulillah sumanya benda2 yg menggembirakan. Yg tak best tu kita hapuskan trus dlm ingatan. Jgn dikenang.

Mood raya mmg dah sampai tahap maksimum ni. Start dr aku balik kg last week lg. Rasa dah takmo keje minggu ni. Tp, disebabkan masih ada perkara2 yg perlu dilunaskan, tak bole la nak buat gitu. Walaupun badan di tempat kerja dan kelas, fikiran mmg dah kat kg jer... tak sabo rasanya nak balik kg. Maklum this year suma org balik umah nenek. Saya sgt suka tahun ini... Yeay... bole buat sesi bergambar sampai pengsan... Letih la sepupu sepapat aku nak melayan kerenah aku ni...

Perkara yg agak menggembirakan aku jgk utk Ramadhan thn ni ialah berat bdn aku berjaya turun... Alhamdulillah.... Berkat usaha gigih aku, akhirnya aku nmpk resultnya. Dan ramai gak yg dah tgur aku. Tp, aku tak puas ati selagi bos aku tak tegur aku. Ye la, sbb dia org yg nmpk aku tiap2 ari. Jd aku sdg menanti... :) Oleh itu raya ni, aku kena berwaspada skit. Mkn kena control. Tak bole ikut suka jer... Semoga aku berjaya control napsu aku...

Oke la, wa nak chaw dulu. Ari ni bole balik 3.30pm. Jd la...

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan Batin...

See ya... :) :) :)




Thursday, August 19, 2010

Penderaan Ramadhan

Best tak tajuk kat atas? Hehehe... bikin gempak je ;)

Tp realitinya mmg mlm td aku kena dera. Sampai nak muntah. Tgl lg tak muntah je dpn PT aku. Stlh dkt 2minggu tak ketemu mmg dia balas dendam dgn aku. Siap dia gelak2 & rasa nak buat lompat bintang gamaknya. Sbb berjaya buat aku muntah. Mamat ni sengal2 skit. Tp ok la, bole buat aku gelak2. Xla la 24hrs serius. Tp, kena terima la. Sbb dia menjalankan tugas dia. Xla dia mkn gaji buta kan... ;)

Dan yg bestnya ari ni bdn aku tak la sakit2 mcm 1st week aku traning. Alhamdulillah. Cuma kat lutut ni je rs ketaq skit. Tp xla seteruk ari tu. Hari2 bgn tido, bdn aku rs mcm baru kena blasah ngan 10 org je. Might be sbb dh jd rutin. Bdn aku dh bole adjust. Dah xterkujut lg daa...

Dan yg tak bestnya aku bole blasah sepinggan spegeti yg aku msk smlm pd pkl 11pm. Apakah? Tak berbaloi btl aku workout smpai nak muntah mlm td. Ngapa la aku ni tak berubah2 ye? Tak insap2 pulok tu. Dah abih mkn br rs menyesal... :(

Tp kan yg paling best kan aku tanya 2 soklan kat dia (actually byk je benda aku tanya kat dia. tp 2 ni je yg penting bg aku. yg lain2 tu, ala2 warming up je). Hahaha...
Aku: I ada soklan. Nak tanya bole?
PT: Apa dia?
Aku: Kita punya training ni smpai bln bape ek?
PT: Apsal u dah xlrt ke? Ni br skit je. Lps ada byk lg yg akn bg kat u. sampai menangis la u nanti.
(Dlm ati, mmg aku dah tak larat dol. Suka suki je nak buat aku nangis. Mak kental hoke. Ikutkan aku dh nak surrender ni. Aku ni ngan masa xcukup, penat... dah terkangkang kiap aku dibuatnya. adoiii... tp bila pikir my health. aku nekad aku kena teruskan. mesti!!!)
Aku: La soklan je. salah ke? (aku mmg suka carik gado ngan mamat ni... hehehe...)
PT: Tak salah. Ntah la. tgk u la. Ni lagik nak musim2 raya. sure la u asik tak leh g training je. sibuk ngan ketupat la, lemang la. (dia gelak).
Terasa mak noks. Masa ni jelingan mata ku mmg tak henggat la.
PT: Jgn risau. Dlm nov nanti abih la.
Aku: Mak aii lama lagik. (sambil buat muka)

Aku trus blah utk minum air, tanpa tgk reaksi muka dia. Pergh!!! 3 bln lagik. Lamanya... Aku dah xlarat..... Xpa Arina, redha ye. ini adalah pilihan anda. InsyaAllah pulangannya nanti lumayann...

Okela. Sambung esk. Utk soklan ke-2 tu. Nak g class ni.

See ya... :)

Thursday, July 29, 2010

Sapa kata???

Kalo ati tak kuat nak hadapi suma ni, nak je rasanya tinggalkan sumanya.
Tp, tanggungjawab aku sangat banyak dan berat. Kena fikir panjang untuk tinggalkan suma ni.

Jadi... kena selesaikan apa yang telah dimulakan sampai ke penghujungnya...
Harapnya aku diberikan kekuatan olehNya untuk menghadapi suma ni dengan tabah dan sabar.

Sapa kata keje seketeri tak mencabar? Bagi aku sometimes la. And depends with the situation. Lagi2 time mcm ari ni. Stress seh!

Apapun bos aku ttp terbaek. Itu mmg tidak dpt disangkal. Sangat bersyukur dpt bos yg mcm ni. Yang tak best tu aku akn trus je delete from my memory. Tak elok simpan lelama. 

Lambat dtg class dah biasa. Ponteng class? Pepaham sendirik la ek. Apapun, I'm happy with my life now. Eventhough penat, stress, nak terkangkang, etc. But this is my choice. So, just carry on with flying colors. Perhaps. :)

See ya...


Monday, July 26, 2010

Is it true??? Yess! It's true!

Sampai malam td aku still tak percaya yg aku dah join FF. Pergh!!! itu adalah benda yg aku tak pernah terpikir nak buat selama ini. Tp, pada 24 July 2010 aku dgn rasminya jdk member. 25 July 2010 pulok aku dah start training.

Actually ada sbb musabab gak aku join FF ni. Yg pasti bukan sbb org lain. Tp sbb utama adalah utk diri sendiri. Yo la... dolu2 ada 'orang' suh aku loss my weight. Masa aku belajar dan masa aku keje skrg ni. Baru 'mereka' consider nak accept aku. But, itu tak buat aku tercabar. Ada aku kesah. Coz, kalo ko btl nak kat org tu, ko kena accept diri org tu seadanya. Sbb kat donia ni sumanya sementara je.

Tp sejak last week, lps aku call mak, terbuka pintu hatiku. Sbbnya abah baru g wat check-up, dan didapati dah ada darah tinggi dan kencing manis. Ya Allah... Sgt ngeri bila aku dpt berita ni. Before ni mak je yg ada penyakit2 ni. Skrg ni, abah pun ada gak. Abah adalah seorg insan yg tak ada apa2 penyakit selama ini. Accept for batu karang. Tu yg buat aku terkedu seketika. So, posibility aku nak dpt penyakit ni adalah sgt tinggi. Apatah lagi dgn berat aku skrg ni. Org kata, confirm dpt jugak la.

Jadinya inilah sbb utama aku g FF. Supaya aku sedar diri skit. Bak kata Zie, duit yg aku g soping tiap2 bulan tu, baik aku invest utk kesihatan diri aku. Supaya aku sehat. Yg lain2 tu kiranya plus utk aku la.


FF
Aku wat appoinment ngan PT pkl 5. Mmg nak memulakan sesuatu yg baru tu agak payah ye. Bila dah ada kat umah ni, malas sgt nak pi mana2. Tu yg pg tu pun aku cancel nak g tgk futsal kat sunway. Sbb umah aku pon dah mcm tongkang pocah ghupenya. So kesimpulannya aku ngemas rumah la aktiviti aku pg tu.

Nak g IOI Mall tu mcm nak g ke KL gamaknya. Padahal tak sampai 15 minit pon. Jd dgn ujan yg agak lebat, aku redah je ke IOI. Kena semangat ni. Duit dah dilaburkan. Jd kena pi jgk. Ni kalo g yg kat opis, mau aku tarik selimut tido balik. Tak kosa aku nak pi. Hehehe... Ini pon salah satu sbb aku join FF ni. Supaya aku berdisiplin.

Agak terkejut bila PT aku terangkan pasal BMI aku. 50%+ kandungan isi bdn aku adalah fat. Tulang, organ dalaman & kulit cuma 40% je. Hambek ko. MasyaAllah... ni lagi buat aku insap. Sgt... 

For first class, aku kena buat 10+ menda. Kalo tak silap aku la. 6 aktiviti yg aku buat dari 10+ tu dia amek markah aku. Totalnya adalah 24. Time ni aku gelak je. "aik, siap nak amek markah ka?" "ye la kita nak tau u punya strength, weak blablabla...." Ermm... oke, aku rehda. Nak tau result dia bape. Ish... Ish... Ish... mamat ni mesti kena keja keras la nak 'mengajo' aku lps ni. Aku cuma dapat 7 markah dari 24 je. So, sy sgt weak ye.

BTW, ye... PT saya adalah seorg lelaki. Aku rasa PT-PT pompuan/lelaki kat sana pelik gak tgk aku. Yola. Aku ni pompuan, bertudung plak tu, tp amk PT lelaki. Nampak kat muka memasing tanda ?????. PT aku pon siap tanya "U mmg request PT lelaki ye?" "I tak kesah. Mana2 pon oke je." Mmg masa Vitri si consultant, masa sesi consult-mengconsult ari tu ada tanya kat aku. " U ada special request tak on PT?" Aku jawab menda yg sama cuma ada tambahan "I tak kesah. Mana2 pon oke je. Tp I takmo yg garang ye". Boleee??? Hehehe... Then trus dia jwb "If like that I will give u yg garang. Supaya u more berdisiplin & serius". Nehiiii... Amek ko. Mmg dpt yg garang pon. But I must think +ve.

So kesimpulannya hari ni, badan aku sgt sakit. Rasa mcm baru kena pkl ngan segerombolan org je. Especially on my leg. Kiri dan kanan. Ye la. Sabtu aku tibai main bowling, stlh setahun lebih tak turun gelanggang. Smlm plak pi FF. Di mana banyak guna tgn. Pumping 1minit aku hanya mampu buat 7 je. Itupon stlh PT aku tolak sbb aku main tipu. Hehehe...

Semoga, aktiviti baru aku ni akan merubah kehidupan aku, especially on my health. Lebih baik mencegah dari merawat. Eh, betul ka, kata2 aku ni? Belasah je la labu...

See ya... :)